Jumaat, 17 Disember 2010

Felda bankrup bukan main2 tapi inilah realiti...


"Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di bawah YAB Sdra. Lim Guan Eng telah menyahut cabaran untuk mendedahkan perincian tender yang diberi kepada kontrator Bumiputra di negeri itu. Sekarang kita ingin melihat samada kerajaan Umno/BN berani atau bacul untuk menyahut cabaran Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Dr Tan Cabar Kewangan 43 Anak Syarikat Felda Diaudit Badan Bebas

Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong mencabar Lembaga Pembangunan tanah Persekutuan (Felda) menjalankan siasatan audit oleh badan bebas ke atas ke semua 43 anak syarikat agensi itu dan mendedahkannya untuk tatapan rakyat.

Kata Dr Tan langkah ini perlu bagi membersihkan imej 'bankrap' yang didakwa dihadapi Felda setelah rezab tunainya menjunam kepada RM1.2 bilion walaupun harga pasaran antarabangsa minyal sawit mentah berada pada paras tinggi sejak tiga tahun berturut-turut.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lalu di Putrajaya yang mengatakan pihak yang mendakwa Felda bankrap adalahpengkhianat.

"Malangnya apa andalah (Najib) yang menjadi petualang sebenar yang telah merompak wang simpanan kepunyaan golongan peneroka. Saya yakin pada pilihan raya umum ke-13 nanti rakyat akan menentukan nasib 60 kerusi parlimen yang berada di dalam tanah-tanah rancangan Fekda di seluruh negara.

"Daripada maklum balas lawatan saya ke beberapa kawasan Felda, para peneroka kini amat marah dengan dengan kerajaan kerana mereka telah dieksploitasi dan dipergunakan oleh Felda. Mengapa kini secara tiba-tiba mahu beri wang tunai kepada peneroka setelah isu bankrap di bongkar?" kata Dr Tan dalam kenyataannya. 

Seterusnya Dr Tan menyenaraikan beberapa isu bersangkutan Felda yang perlu dijawab oleh agensi itu:

1. Pada tahun 2001, rizab tunai Felda adalah RM4.5 bilion TANPA sebarang bebanan hutang. Baru-baru ini seorang Timbalan Menteri mengatakan rizab tunainya telah menjunam kepada RM1.2 bilion. Berdasarkan harga tinggi minyak kelapa sawit mentah sejak tiga tahun lalu Felda sepatutnya mempunyai rizab tunai sekurabg-kurangnya sebanyak RM8 bilion.

2. Ibu pejabat baru Felda di KLCC dikatakan berharga RM662 juta. Jelaskan bagaimana bangunan bertaraf enam bintang inbi akan membantu peneroka Fekda yang muiskin yang hanya berpendapatan bersih kira-kira RM500 sebulan. Mengapa wang pendahuluan sebanyak RM235 juta dibayar kepada pemaju sebelum pembinaan bermula? Mengapa keputusan pembinaan ibu pejabat baru dibuat secara rahsia di pejabat Timbalan Perdana Menteri tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah Felda? 

Baru-baru ini Datuk Ahmad Maslan berkata pembinaan itu merupakan keputusan pelaburan yang bijak kerana telah memperolehi keuntungan atas kertas sebanyak RM300 juta. Bagaimana beliau boleh membuat rumusan itu apabila bangunan itu masih dalam pembinaan dan masih belum dijual.

3. Felda telah melabur sekurang-kurangnya RM3 bilion dalam projek Felda Global Ventures dan sehingga kini telah mengalami kerugian sebanyak RM300 juta. Ini termasuk pelaburan dalam Twin Rivers Project di Amerika Syarikat sebanyak RM500 juta serta projek membela lembu RM600 juta million.

Sekiranya Felda telus dedahkan apa sebenarnya terjadi kepada projek ini.

Malah peneroka Felda Keratong berhampiran Segamat ketawa besar apabila lembu yang diimpot bagi tujuan projet itu terpaksa di tempatkan di dalam kandang berhawa dingin 24 sehari!

4. Mengapa Felda perlu buat pinjaman dari Tabung Simpanan Pekerja (EPF) untuk projek di bawah Felda Global Ventures? Felda tidak pernah sebelum ini meminjam dari EPF. Adakah pinjaman ini selamat? Kepada semua pencarum EPF perlu diingatkan wang anda telah digunakan untuk membiayai semua projek yang dimulakan oleh Najib dan kini dipertikaikan.

5. Saya melawat satu skim felda dekat Kemaman pada Ogis lalu dan bercakap dengan beberapa peneroka yang mahu menyaman Felda berhubung Tabung Tanam Semula. Setiap daripada mereka telah menyumbang kepada tabung tersebut sejak 17 tahun dan kini berjumlah RM17,000. Apabila mereka menanam semula, wang peribadi digunakan tanpa menyentuh simpanan dalam tabung itu. Sudah tiga tahun mereka menunggu tetapi masih dinafikan oleh pengurusan Felda.

Jika Felda mengatakan ia tidak bankrap mengapa payah sangat untuk mengembalikan wang peneroka yang jumlahnya tidak seberapa? sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi