Suasana kemesraan tidak lagi wujud di pejabat MB Perak sekarang, staf-staf pejabat berkerja dalam suasana agak tertekan dan takut. Berbeza dengan suasana semasa kami berkhidmat di pejabat MB terdahulu. Setiap pagi, sarapan percuma disediakan di pantri pejabat, sarapan tersebut disumbangkan oleh MB Nizar setiap hari. Semua pegawai dan staf makan sama-sama. Saya jarang bersarapan pagi, tetapi ada peluang bersarapan, saya bersarapan sekali dengan staf pejabat. Suasananya cukup mesra.
Di surau SUK, suasana tidak sebagaimana dahulu, setiap Zohor memanglah ada yang solat berjamaah, tetapi tidak seramai dahulu. Tazkirah Zohor sudah tidak kedengaran lagi. Dulu MB Nizarlah yang mengimami solat Zohor dan menyampaikan tazkirah, ramai yang menjadi makmumnya, termasuk EXCO dan pegawai-pegawai kanan kerajaan kecuali dua orang EXCO yang setiap hari ada dipejabat tetapi tidak pernah sekalipun terjumpa berjamaah sekali di surau apatah lagi mendengar tazkirah.
Dato' SUK pun dulu jarang sangat terjumpa berjamaah di Surau, sekarang dengar cerita rajin pulak, Alhamdulillah ada perubahan.Dulu MB Nizar selepas solat Zohor akan makan tengahari di Kantin Pejabat, dia akan mengajak semua pegawai-pegawainya makan sekali, kalau kebetulan ada orang awam nak berjumpa MB diajaknya makan sekali. MB setiap hari belanja kami makan tengahari. Orang lain tidak ada peluang untuk membayarnya.
(Sumber: Al-Futhuhat)
Kaedah: Jika barang itu menjadi perantara, maka tidak ada riba
4 minggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan