Rabu, 1 April 2009

Presiden PAS terima kunjungan parti Islam Bangladesh


Dalam kesibukan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang membantu jentera pilihan raya PAS di Bukit Gantang, tugas beliau sebagai Presiden PAS terus dipikul. Tengahari tadi beliau berada di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut untuk meraikan kunjungan wakil Jamaat e Islami Bangladesh ataupun Parti Islam Bangladesh Dr Syed Abdullah Md Taher.

Dr. Syed seorang bekas ahli parlimen Jamaat e Islami Bangladesh membawa pesanan peribadi dari Presiden partinya Maulana Motiur Rahman Nizami untuk disampaikan kepada Dato’ Seri Tuan Guru.
Dalam pertemuan itu kedua-dua belah pihak memberi taklimat dan perkembangan darihal parti masing-masing. Dr Syed Abdullah begitu mengambil minat darihal pilihan raya kecil parlimen di Bukit Gantang dan mendoakan agar calon PAS akan dikurniakan kemenangan oleh Allah swt.
Satu perkara menarik yang dibincangkan oleh kedua-dua pihak adalah proses pilihanraya di Bangladesh dan Malaysia. Ternyata kepincangan yang terdapat di Malaysia turut dialami oleh mereka di Bangladesh dan kedua-dua pihak bersetuju bahawa suatu reformasi terhadap sistem pilihan raya dikedua-dua buah Negara bekas jajahan Biritish itu perlu dilakukan demi mempertahankan sistem demokrasi yang diamalkan di kedua-dua buah Negara.

Dipenghujung pertemuan Dato’ Seri Tuan Guru menyampaikan salam beliau dan seluruh pimpinan serta ahli dan pendukung PAS kepada pimpinan dan ahli Jamaat e Islami Bangladesh.
(Roslan Shahir - S/U Akhbar Presiden PAS)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi