UMNO nampak garang mempertahankan maruah bangsa Melayu. Nampak garang. Sesekali sampai menghunus keris di depan khalayak, sambil ada nada memberi amaran kepada bangsa lain. Jangan cabar anak Melayu! Pemuda UMNO akan pertahankan maruah bangsa Melayu hingga ke titisan darah yang terakhir.
Syabas!
Maruah apa yang ada pada bangsa Melayu hari ini? Maruah apa yang ada pada UMNO sebagai parti bangsa Melayu paling besar di dunia? Maruah Melayu jenis yang mana satu mahu dipertahankan? Betulkah bangsa Melayu masih bermaruah?
Yang namanya maruah adalah berkait dengan hal, sifat dan perkara yang baik, elok, indah, hebat dan tinggi martabat. Bangsa Melayu ada maruah kalau bangsa itu baik pekerti, elok gaya, indah kehidupan, hebat pencapaian dan tinggi martabat ilmu.
Apakah bangsa Melayu hari ini memiliki pekerti, gaya, kehidupan, pencapaian dan ilmu yang melayakkan kewujudan maruah itu? Apakah pemimpin UMNO bangsa Melayu hari ini memiliki ciri-ciri manusia bermaruah seperti itu?
Bangsa Melayu pernah memiliki semua itu satu masa dulu. Sebelum tunduk kepada penjajah, bangsa Melayu di zaman Kesultanan Melaka pernah mencapai martabat hebat sebagai bangsa berakhlak mulia, berilmu tinggi, berdaya perkasa dan makmur bahagia. Adunan kecemerlangan bangsa Melayu waktu itu menjadikan Melaka sebagai destinasi bangsa timur dan bangsa barat.
Kunci kepada kecemerlangan itu ialah ilmu dan ketaatan beragama. Ia membawa kepada pembentukan dan pembinaan bangsa Melayu yang tinggi peradaban. Melayu yang urus tadbirnya adil saksama. Melayu yang menjulang hukum mendaulat undang-undang. Melayu yang jujur lagi amanah. Melayu yang kaya budi bahasa. Melayu yang kreatif meneroka pencapaian. Melayu yang gigih mencipta peluang. Melayu yang tinggi peduli pada nasib sebangsa.
Selepas daulat kesultanan tersungkur dikaki penjajah, nilai maruah bangsa Melayu beransur lucut satu demi satu, sedikit demi sedikit. Dengan paksa bercampur rela, bangsa Melayu menguis asas peradaban bangsa secara perlahan-lahan. Akhlak dan gaya bawaan penjajah menyusup masuk ke dalam minda dan jiwa bangsa Melayu. Hukum muluk dari Tuhan berganti aturan ciptaan akal manusia. Bangsa Melayu susut budipekerti. Bercampur amanah dengan khianat. Keadilan dan ketelusan tinggal kanun tidak berdaulat. Melayu merobah peradaban bangsa. Bukan menganjak ke depan tetapi berundur ke belakang. Akhirnya maruah bangsa Melayu hanya tinggal sebagai kenangan.
Maruah bangsa Melayu mengorak langkah lebih parah selepas merdeka. Bangsa Melayu dipimpin oleh UMNO membina gaya hidup baru acuan peninggalan penjajah. Kesopanan bangsa Melayu ditelan oleh kebebasan melanggar perintah tuhan. Politik bangsa Melayu bertukar nilai daripada pertanggungjawaban beramanah kepada mengejar pangkat kedudukan dan kepentingan sendiri. Kepimpinan politik bangsa Melayu ditangan UMNO beransur-ansur menjadi penguasa undang-undang, bukannya dikuasai undang-undang. Keadilan dan kesaksamaan tinggal jadi laungan palsu semata-semata. Maruah bangsa telah mati!
Melayu wajib sedar hakikat kehilangan maruah bangsa. Sebenarnya hampir tiada lagi saki baki maruah yang boleh dipertahankan. Kalau masih ada jiwa bangsa maka langkah sebenar ialah langkah membina semula nilai peradaban. Lahirkan dan asuh bangsa ini dengan acuan peradaban serba baru daripada peninggalan lama yang pernah menjulang bangsa. Maruah bangsa Melayu boleh diadakan semula setelah ditiadakan oleh tangan-tangan Melayu UMNO.
Tentang maruah itu, apa yang telah hilang?
Hampir semuanya telah hilang. Bangsa Melayu telah hilang Tuhan yang sebenar. Tuhan yang masih ada pada bangsa Melayu hanya ada pada huruf, kalimah dan perkataan yang disebut dan ditulis. Tuhan Yang Maha Besar telah dikecilkan oleh bangsa Melayu. Tuhan semesta alam ditukar oleh bangsa Melayu menjadi Tuhan masjid, Tuhan surau dan Tuhan tikar sejadah sahaja. Zat dan sifat Tuhan yang diisyaratkan oleh 99 Asma'ulHusna, telah dievolusikan secara songsang oleh Melayu UMNO hingga tinggal dua atau tiga Asma' sahaja.
Tuhan itu As-Salam, tetapi bangsa Melayu mempersetankan kesejahteraan hakiki. Hanya Tuhan itulah yang Al-Mutakabbir, tetapi bangsa Melayu telah berani berlaku sombong (takbur - takabbur) terhadap sistem yang diwahyukanNya. Tuhan itu Ar-Razzaq, Al-Fattah dan Al-'Alim, tetapi bangsa Melayu rela bergantung rezki pada manusia dan kuasa sementara. Tuhan itu Al-Hakam dan Al-'Adlu, tetapi bangsa Melayu sanggup memperlekehkan hukum-hakam dan keadilan aturan Tuhan. Tuhan itu Al-Ba'ith, Asy-Syahid dan Al-Haq, tetapi bangsa Melayu tak mahu peduli hari mereka akan dibangkitkan semula ke mahsyar untuk dipersaksikan apakah mereka hidup menjunjung kebenaran.
Banyak lagi yang telah dihilangkan oleh UMNO.
Hampir semuanya telah hilang. Bangsa Melayu telah hilang adab sopan dan budipekerti. Malu telah lebur sehingga lelaki perempuan jadi jantan betina. Pepatah aur dengan tebing hilang ditelan peribahasa enau dalam belukar. Hidup bangsa Melayu penuh keakuan. Kerana harta yang fana, bangsa Melayu sanggup berbohong, memfitnah dan membunuh. Melayu didikan UMNO memenuhi sel penjara dan pusat serenti. Melayu adalah juara buang anak, menagih dadah, meragut, rempit, black metal, punk, ponteng sekolah dan macam-macam lagi.
Hampir semuanya telah hilang. Bangsa Melayu telah hilang nilai fitrah kemanusiaan. Keadilan telah lama dicabul. Amanah tinggal hanya retorik ucapan dan persembahan. Rasuah telah termaktub sebagai syarat kehidupan. Anti rasuah cuma ada di atas lencana yang dipakai oleh peminta rasuah dan penerimanya. Mahkamah jadi pentas komedi. Penguatkuasa pembenterasan jenayah bertukar jadi pelindung atau tali barut penjenayah. Kedaulatan undang-undang tinggal hanya dalam buku. Dalam hidup yang sebenar, kepatuhan kepada undang-undang itu terpulang kepada bangsa Melayu yang berkuasa. Kalau berguna untuk UMNO - daulatkan! Kalau menyakitkan UMNO - koyakkan!
Hampir semuanya telah hilang. Bangsa Melayu telah hilang khazanah kebendaan pusaka peninggalan nenek moyang. Tetapi, bangsa Melayu perlu objektif dan jujur menilai perkara ini. Fakta tetap fakta. Malanglah kalau masih mahu menafikan fakta yang tersurat dalam rekod dan laporan resmi. Malanglah kalau masih mahu menafikan fakta yang terbentang secara hidup di depan mata.
Bumi Malaysia yang berasal nama Tanah Melayu ini, dulu setiap incinya bertuankan bangsa Melayu. Hari ini tanah itu milik siapa? Pusing-pusinglah di bandaraya, selusurilah bandar besar dan pekan kecil. Kemegahan apa yang ada pada bangsa Melayu? Dari hyper market sampai ke meja kecil pasar sayur dan ikan, berapa banyak bangsa Melayu jadi tuan? Ronda-ronda di zon industri berat, kecil dan sederhana. Tuannya bangsa apa? Pandang-pandang kebun besar dan ladang saujana mata memandang, di kiri kanan jalan dan lebuh raya, atau selaut tanah hutan yang dipugar. Siapa yang punya?
Tuannya bukan bangsa Melayu. Taukehnya bukan bangsa Melayu. Managernya bukan bangsa Melayu. Kalau ada pun, pangkat bangsa Melayu hanya mandur setia dan kuli cabuk. Begitulah kebanyakannya.
Jadah apa yang membawa nasib malang pada bangsa Melayu hingga sedemikian rupa? Jawabannya ada. Sudah terang lagi bersuluh. Namun bangsa Melayu amat sukar menerima hakikat punca kesialan itu. Melayu malu mengaku. Melayu takut menerima kenyataan. Melayu sombong untuk mengesahkan kebodohan diri. Itulah masalah bangsa Melayu!
Beratus billion ringgit wang rakyat diranapkan melalui skandal BMF, Fleet Group, KWSP, Tabung Haji, LTAT, KPB, MAS, Renong, UEM, PLUS, Perwaja, MITI, ECM Libra, Khazanah, Scomi, pengkorporatan IPTA, penswastaan perkhidmatan kesihatan, Hawk, Eurocopter, Scorpene, tender tertutup dan ribuan skandal kolar putih yang lain. Tetapi bangsa Melayu tidak mahu tahu. Atau tahu tetapi tidak mahu mengakuinya. Atau mengaku tetapi tidak peduli. Paling sial ialah bangsa Melayu yang menganggap perkara itu biasa saja. Siapa pun yang memerintah, begitulah keadaannya. Pemikiran celaka kepondanan bangsa!
Tentang maruah itu, apa yang perlu dibina semula?
Bangsa Melayu perlu merawat semua punca kemusnahan maruah itu. Menyeluruh tanpa kecuali. Membalut jari kaki yang busuk bernanah tidak menyembuhkan diabetes yang menyerang seluruh sistem badan. Mengurangkan makan belum tentu menyelesaikan masalah obesiti. Pakai baju baru tidak menghilangkan gatal kurap. Punca penyakit itu mesti dirawat dan ditiadakan.
Maruah bangsa Melayu punah kerana sistem hidup yang salah. Sistem itu mesti diperbetulkan atau diganti bergantung kepada keparahannya. Perosak sistem itu ialah UMNO. Oleh itu UMNO mesti diberhentikan dari tugas mengolah dan mengawal sistem. Terus beri kepercayaan kepada UMNO sambil mengharap kepunahan itu akan beransur sembuh, adalah tindakan dan harapan yang sia-sia. Budaya songsang yang merosakkan bangsa itu telah berakar umbi dan berdarah daging dalam UMNO. Bangsa Melayu wajib berani melakar sejarah baru.
Dipetik dari nukilan cyberboron
ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Jumaat, 27 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Surah Hud ayat 15-16
15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2009
(331)
-
▼
Mac
(15)
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI – siri 3/10
- Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI 2/10
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI-SIRI 1/10
- PEMILIHAN KETUA KERAJAAN ATAU KETUA NEGARA (bhg 2)
- Pemimpin yang baik….
- Najib..Apa hang dah buat ni
- Krisis Perlembagaan VS Laksamana Doremi
- Istana setuju terima memo anti-PPSMI
- Nik Aziz :Elak guna istilah bumuputera
- Matahari dan mendung merah
- kenyataan Prof DR AGUS Yusoff
- PEMILIHAN KETUA KERAJAAN ATAU KETUA NEGARA (BHG 1)
- Beza Antara Merebut Nama ALLAH dan Mempertahankan ...
- SPRM yang menghampehkan....
-
▼
Mac
(15)
blogger sempoi
-
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi4 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 tahun yang lalu
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??5 tahun yang lalu
-
DIET KENYANG AZUE - DAY 35 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 tahun yang lalu
-
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya6 tahun yang lalu
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 tahun yang lalu
-
-
Promo Indomaret8 tahun yang lalu
-
Pecah Berita Lagi!!!8 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 tahun yang lalu
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara9 tahun yang lalu
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
Zikir Munajat.avi9 tahun yang lalu
-
-
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?9 tahun yang lalu
-
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio10 tahun yang lalu
-
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre12 tahun yang lalu
-
-
'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'12 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah12 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam12 tahun yang lalu
-
Hujan Itu Rahmat13 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan