Tergugatkah nasib bangsa Melayu kalau UMNO kalah? Setakat ini kebanyakan ahli biasa UMNO memang percaya kalau UMNO kalah maka tergugatlah nasib bangsa. Ketuanan bangsa Melayu dikaitkan dengan UMNO sahaja. Nasib bangsa Melayu hanya ditangan UMNO. Hilang UMNO teraniayalah bangsa. Parti bangsa Melayu hanyalah UMNO.
Ahli biasa UMNO percaya bahawa jasa UMNO kepada bangsa Melayu terlalu besar. Tiada tolok bandingnya. Tanah Melayu dimerdekakan oleh UMNO. Tanpa UMNO terjajahlah negara. UMNO telah membangunkan negara ini selama 52 tahun. Semua yang ada di depan mata pada hari ini adalah hasil usaha gigih UMNO. Kalau bukan kerana UMNO, pasti tidak membangunlah negara ini. Jasa UMNO terlalu besar!
Kata seorang tua berumur 82 tahun:
“ Dulu rumah orang Melayu berdinding papan beratap rembia atau nipah. Sekarang berdinding konkrit berbumbung genting atau asbestos. Dulu waktu malam berpelita katak, sekarang indah disinari lampu kalimantang dan neon. Dulu orang Melayu berbasikal cabuk, sekarang berkereta Proton Wira. Dulu minum air sungai dan air telaga, sekarang pulas tembaga di tepi dinding bahkan ada water filter berharga mahal. Dulu menonton wayang pacak propaganda 5 bulan sekali, sekarang dah pasang Astro dan boleh menonton movie 24 jam sehari. Dulu anak dara Melayu melumur bedak sejuk, sekarang nenek Melayu pun pandai guna masking gel keluaran Avon. Dulu budak-budak main galah panjang dan hand-made gasing, sekarang main online computer games, siap bertarung dengan budak mat saleh di Frankfurt. Dulu hisap rokok daun tembakau jawa kilang cina Sungai Petani, sekarang hisap American Blend cigarettes dan sekali sekala pekena Cuban Cigars. Dulu pemuda Melayu setakat boleh mengorat ratu kampung yang jarang-jarang keluar rumah, sekarang boleh sewa 3 GRO sekali jalan.
“
Siapa yang membawa perubahan ini? UMNO! Kalau bukan jasa UMNO, mungkin ramai bangsa Melayu masih pakai cawat. Kalau bukan jasa UMNO, mungkin bangsa Melayu masih berkayuh basikal di atas jalan tanah berdebu. Kalau bukan jasa UMNO, mungkin bangsa Melayu berjalan waktu malam masih menjunjung jamung. UMNO memang berjasa!
Pengkisahan, perbandingan dan jawab-soal ini mungkin keterlaluan atau melucukan, namun inilah realiti pemikiran kebanyakan orang Melayu ahli biasa UMNO.
PAS memang parti Melayu juga walau pun muslim bukan Melayu boleh menjadi ahlinya. Tetapi PAS bukan memperjuangkan hak dan ketuanan bangsa Melayu seperti UMNO. Kalau pun ada serba sedikit pembelaan nasib bangsa Melayu dalam agenda PAS kerana kebetulan majoriti orang Islam di negara ini berbangsa Melayu, kesungguhan parti Islam itu tetap tidak dapat dibandingkan dengan ketulenan dan jasa agenda Melayu dalam UMNO. Seperkara lagi, imej Islam PAS telah bersalut dengan extremism, fanatik, kolot, anti-establishment dan pelbagai label yang buruk lagi menakutkan. Oleh itu PAS tidak sesuai dengan agenda perjuangan bangsa untuk orang Melayu.
PKR baru setahun jagung. Jasa dan bukti apa yang boleh menarik bangsa Melayu untuk menyertainya? Tambahan pula keahlian parti itu terbuka untuk semua kaum. Pemimpin-pemimpinnya pun ada Melayu dan ada bukan Melayu. Oleh itu perjuangan bangsa tiada kena mengena dengan PKR. Selain itu, PKR juga dilihat sebagai parti Anwar Ibrahim dan keluarganya. Parti Anwar-Azizah-NurulIzzah. Kelahirannya pun hanya kerana membela Anwar selepas disingkirkan daripada UMNO dan didakwa atas tuduhan meliwat. Agendanya ialah cita-cita peribadi Anwar. Maka parti itu tiada kaitan langsung dengan perjuangan hak dan kedaulatan Melayu.
Parti yang bernama DAP tak perlu dihurai panjang. DAP telah lama sinonim dengan komunis, anti-Melayu dan babi. Menyebut namanya pun sudah jijik. Lim Kit Siang dan Karpal Singh adalah kafir yang jahat lagi laknat. Penderhaka kepada Raja. Pencabar maruah, hak dan ketuanan bangsa Melayu. Mereka mahu menjadikan negara ini sebagai sebahagian daripada negara China atau jajahan takluk Singapura.
Demikian ulasan tentang parti-parti politik utama di Malaysia menurut persepsi orang Melayu ahli biasa UMNO di cawangan dan pemimpin-pemimpin kecil UMNO yang belum kaya raya setelah dua tiga puluh tahun setia bersama parti itu.
Wahai saudaraku bangsa Melayu!
Tiada sesiapa pun boleh menafikan sumbangan UMNO kepada bangsa dan negara ini. Walau pun langkah dan tindakan UMNO di sepanjang sejarah ada pro dan kontranya, namun sumbangan parti itu tetap wujud. Walau pun gelagat pemimpin-pemimpin UMNO sejak sebelum merdeka hingga kini sarat dengan kisah kepentingan diri dan skandal, namun kekuatan massa yang dibentuk oleh ahli-ahli biasa UMNO tetap menjadi faktor yang menggentarkan ketahanan penjajah. Tiada siapa boleh menafikannya!
Bersama dengan pengiktirafan kepada UMNO itu, bangsa Melayu tidak boleh menafikan sumbangan pihak lain di sepanjang sejarah tanahair ini. Kemerdekaan adalah buah yang dituai oleh UMNO, tetapi pokok yang mengeluarkan buah itu ditanam, dibajai, disiram dan dibelai bersama-sama oleh UMNO, Hizbul Muslimin, PAS, API, AWAS, PKMM, Parti Buruh, karyawan Kaum Muda dan beberapa kumpulan kecil yang lain. Tribulasi gerakan menuntut kemerdekaan ditanggung dengan lebih parah oleh parti dan kumpulan selain UMNO. Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam dan Pak Sako yang merengkok dalam tahanan penjajah, bukan pejuang UMNO. Kenapa mereka dipenjarakan? Kerana penjajah dapat merasakan kesan gerakan tokoh-tokoh itu membangkitkan kesedaran orang Melayu menentang penjajahan. Penjajah takut kepada mereka. Dan mereka bukan UMNO!
UMNO adalah parti yang direstui oleh penjajah. Kebanyakan kakitangan berbangsa Melayu yang bekerja dengan kerajaan penjajah adalah ahli dan pemimpin UMNO. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sendiri adalah pegawai daerah dalam kerajaan penjajah. Penjajah memberi laluan kepada UMNO untuk menonjol sebagai kumpulan paling penting dalam gerakan menuntut kemerdekaan, dengan tujuan menyerap asakan yang lebih kuat oleh parti dan kumpulan lain. Penjajah senang berurusan dengan UMNO kerana parti itu mudah menerima kehendak dan kepentingan penjajah yang mahu dikekalkan bersama kemerdekaan yang dirundingkan.
Kesedaran bangsa Melayu bangkit menentang penjajahan bukan hasil usaha UMNO.
Keyakinan dan semangat memerdekakan tanahair itu berpusat di institusi-institusi pendidikan masyarakat yang formal dan tidak formal iaitu di pondok-pondok pengajian Islam, sekolah-sekolah agama, masjid dan surau. Lanjutan daripada pembenihan yang berlaku di institusi-institusi tersebut, barulah kesedaran itu merebak ke unit-unit komuniti yang lain seperti organisasi pentadbiran kampung-kampung dan persatuan-persatuan orang Melayu yang lain.
Sejarah mencatatkan fokus sebenar ketakutan penjajah terhadap gerakan yang membiak daripada institusi keagamaan ini, dengan ungkapan “Bahaya Dari Gunung” yang merujuk kepada Maahad Al-Ehya’ Al-Syariff di Gunong Semanggol Perak. Sekolah agama itu diterajui oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, pemimpin Hizbul Muslimin. Kesungguhan parti Islam itu menggerakkan kesedaran rakyat menyebabkan penjajah mengambil tindakan mengharamkannya. Kematian Hizbul Muslimin digantikan dengan kelahiran Persatuan Islam SeTanah Melayu (PAS) oleh kumpulan aktivis yang sama.
Kesedaran dan kebangkitan bangsa Melayu berkait langsung dengan ilmu dan maklumat. Pemimpin yang mampu menyedarkan dan membangkitkan kudrat rakyat ialah pemimpin berilmu dan bermaklumat. Di zaman penjajahan, kebanyakan bangsa Melayu yang berilmu adalah graduan institusi pendidikan tinggi Timur Tengah dan Asia Selatan. Mereka tidak berada dalam UMNO. Persatuan pilihan mereka ialah Hizbul Muslimin, PAS, PKMM dan kumpulan karyawan Kaum Muda. UMNO menjadi lubuk graduan yang dihantar oleh penjajah ke institusi pendidikan tinggi United Kingdom. Melayu berijazah yang memimpin UMNO bersifat mesra ‘orang putih’. Melayu UMNO ini juga mahukan kemerdekaan tetapi boleh bertolak ansur dengan kehendak penjajah British. Justeru itulah penjajah mencipta ruang sehingga UMNO dapat mengambil alih kepimpinan suara kebangkitan rakyat yang dimobilisasi oleh golongan agama dan sosialis. UMNO bukan pencetus dan penggerak kemerdekaan. Parti itu hanya menuai buah yang terhasil daripada kerja keras pihak lain.
Wahai saudaraku bangsa Melayu!
Sejarah adalah guru. Malangnya ia kurang diberikan perhatian. Lebih malang lagi apabila fakta sejarah diputar-belitkan. Kulitnya dipamerkan sedang isinya disembunyikan. Inilah nasib sejarah bangsa Melayu termasuk fakta tentang perjuangan kemerdekaan.
Pingat perjuangan kemerdekaan adalah milik seluruh rakyat. Bukan milik UMNO sahaja, bahkan mungkin jasa UMNO hanya juzuk kecil dalam kebangkitan besar itu. Yang berpayah dan derita di perjalanan menuntut kemerdekaan itu bukan pemimpin UMNO tetapi pemimpin parti dan persatuan Melayu lain. Itulah hakikat dan fakta sejarah.
Oleh itu bangsa Melayu perlu menyingkirkan nostalgia songsang tentang jasa UMNO kepada kemerdekaan nusa tercinta ini. Kononan nostalgia itu telah terlalu banyak merosakkan usaha memartabatkan bangsa melalui pentas politik. Kepercayaan karut bahawa UMNO saja yang boleh mentadbir negara ini, wajib dihumban dan ditimbus dalam perigi buta.
Wahai saudaraku bangsa Melayu!
Kenapa takut dan ragu pada parti politik lain? Kerana kepentingan bangsa? Apa bukti parti politik lain telah atau akan merugikan bangsa? Tidakkah keistimewaan dan keutamaan bangsa Melayu itu telah termaktub dalam perlembagaan? Apakah bangsa Melayu terlalu naïf sehingga tidak menyedari betapa tanah, bahasa, budaya, agama dan keperibadian bangsa Melayu serta segala macam ruang menikmati khazanah negara telah dikikis dan dihakis oleh UMNO?
Kalau asas pendirian dan semangat kita ialah bangsa Melayu, maka yang memimpin parti-parti lain itu pun Melayu juga. PAS dipimpin oleh orang Melayu. PKR pun dipimpin oleh bangsa Melayu. Cuma DAP didominasi oleh kaum Tionghua walau pun asas parti itu berbilang kaum. Kalau isunya pada DAP, harus diinsafi betapa MCA, MIC, PPP dan banyak lagi parti komponen BN adalah parti bukan Melayu. Kalau orang Melayu boleh bersahabat dengan MCA dan MIC, kenapa tidak boleh berkawan dengan DAP? Pendirian dalam hal ini berkait dengan kualiti pemikiran. Fikirkanlah!
Nyawa sebenar pentadbiran negara dan negeri ialah keadilan. Nadi kesaksamaan pengagihan khazanah negara dan negeri ialah ketelusan. Pemacu pembangunan dan kemajuan bangsa Melayu bersama semua rakyat berbilang kaum ialah amanah dan ilmu.
Bangsa Melayu perlu cukup kewarasan untuk menilai persoalan ini. Orang Melayu ahli biasa dan pemimpin kecil UMNO tahu betapa ketidakadilan telah lama membarah dalam pengurusan negara di tangan pemimpin UMNO. Orang Melayu ahli biasa dan pemimpin kecil UMNO juga tahu betapa ketelusan telah pupus dalam pentadbiran negara acuan pemimpin UMNO. Terlalu banyak perkara yang disembunyikan oleh pemimpin UMNO. Terlalu banyak yang disekat daripada pengetahuan rakyat melalui akta hasutan, OSA dan manipulasi media. Orang Melayu ahli biasa dan pemimpin kecil UMNO juga tahu betapa amanah telah lama punah dalam budaya UMNO. Rasuah telah beraqidah dalam politik UMNO dari atas sampai ke bawah. Maka apa lagi yang ada pada UMNO? Hak bangsa? Maruah bangsa? Ketuanan bangsa? Kedaulatan bangsa? Martabat bangsa? Kemajuan bangsa? Pemimpin UMNO telah lama menguburkan semua itu!
Bangsa Melayu perlu buang nostalgia cinta UMNO. Kita harus membina kejujuran pada daya fikir yang masih sihat. Tidak perlu rasa malu untuk mengakui kebenaran. Tidak hilang maruah diri kalau menjabat tangan bekas musuh demi keadilan, ketelusan, amanah dan kemajuan hakiki. PAS bukan musuh. PKR bukan seteru. Pintu rumah ini sentiasa terbuka untuk menyambut anak Melayu yang sayangkan bangsa dan nusa.
ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Sabtu, 21 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Surah Hud ayat 15-16
15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2009
(331)
-
▼
Mac
(15)
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI – siri 3/10
- Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI 2/10
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI-SIRI 1/10
- PEMILIHAN KETUA KERAJAAN ATAU KETUA NEGARA (bhg 2)
- Pemimpin yang baik….
- Najib..Apa hang dah buat ni
- Krisis Perlembagaan VS Laksamana Doremi
- Istana setuju terima memo anti-PPSMI
- Nik Aziz :Elak guna istilah bumuputera
- Matahari dan mendung merah
- kenyataan Prof DR AGUS Yusoff
- PEMILIHAN KETUA KERAJAAN ATAU KETUA NEGARA (BHG 1)
- Beza Antara Merebut Nama ALLAH dan Mempertahankan ...
- SPRM yang menghampehkan....
-
▼
Mac
(15)
blogger sempoi
-
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi4 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 tahun yang lalu
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??5 tahun yang lalu
-
DIET KENYANG AZUE - DAY 35 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 tahun yang lalu
-
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya6 tahun yang lalu
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 tahun yang lalu
-
-
Promo Indomaret8 tahun yang lalu
-
Pecah Berita Lagi!!!8 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 tahun yang lalu
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara9 tahun yang lalu
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
Zikir Munajat.avi9 tahun yang lalu
-
-
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?9 tahun yang lalu
-
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio10 tahun yang lalu
-
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre12 tahun yang lalu
-
-
'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'12 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah12 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam12 tahun yang lalu
-
Hujan Itu Rahmat13 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan