KOTA BAHARU:
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju istilah "bumiputera" digunakan terutama bertujuan untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan.Malah, beliau juga berkata, bukan Islam boleh dibenarkan menggunakan perkataan "Allah" yang kini menjadi kontroversi.Beliau berkata, istilah bumiputera itu juga berbau perkauaman dan menafikan hak kaum lain sedangkan mereka mempunyai hak yang sama rata dan mempunyai kad pengenalan yang sama."Bila pilihan raya kaum lain boleh mengundi dengan satu undi, begitu juga dengan kaum bumiputera dapat mengundi dengan satu undi," katanya mengulas kedudukan bumiputera di negara ini yang didakwa sama dengan golongan aparteid di Afrika.
Nik Aziz bagaimanapun berkata, sewajarnya pihak tertentu menyamakan bumiputera itu sama seperti aparteid.Beliau berkata, kerajaan perlu menubuhkan satu badan bagi mengendalikan golongan miskin di negara ini bukannya membantu satu kaum yang dikenali sebagai bumiputera."Saya tidak suka dengan perkataan bumiputera. Yang saya suka perkataan miskin, melibatkan semua kaum, begitu juga dalam Islam tidak sebut (Islam) hak Arab sahaja tetapi hak semua termasuk Arab Quraisy," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, penubuhan sebuah badan yang mengendalikan bantuan kepada golongan miskin dapat menentukan pihak yang bertanggungjawab mendapatkan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan.Beliau berkata, semua golongan yang terdiri dari kalangan miskin perlu dibantu sebagaimana kerajaan membantu golongan bumiputera sekarang."Apa kita hendak guna bumiputera sahaja sedangkan kaum Cina, kaum India pun miskin juga dan perlu dibantu," katanya.
BOLEH GUNA PERKATAAN "ALLAH"Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, penggunaan nama Allah oleh masyarakat bukan Islam, yang kini menjadi kontroversi, dibolehkan.Bagaimanapun, kata Menteri Besar Kelantan itu, ia terserah kepada Kerajaan Pusat untuk menentukannya."Saya tidak mahu campur tangan dalam perkara ini, Kerajaan Pusat yang membuat keputusan, kerana sebelum ini mereka anggap penggunaan God itu Allah, itu salah," kata beliau dipetik Bernama.Sehubungan itu, tambah beliau, terserah kepada Kerajaan Pusat menentukan tindakan dan berharap ia tidak menimbulkan kebimbangan orang ramai.
Kelmarin, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan bahawa ia telah membatalkan warta kerajaan yang membenarkan penggunaan bersyarat perkataan "Allah" dalam penerbitan agama Kristian berkuat kuasa serta merta.Sambil mengakui bahawa ada kesilapan dalam menggubal warta itu yang menyebabkan kekeliruan berhubung isu itu, Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, keputusan kerajaan untuk melarang penggunaan perkataan itu dalam penerbitan majalah Herald tetap berkuatkuasa sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut meminta kerajaan menarik balik keputusan itu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.Sementara itu, Nik Aziz berkata, kejayaan rakyat Kelantan dalam bidang ekonomi adalah kerana semangat setelah kecewa dengan sekatan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini.Nik Aziz berkata, sikap pemimpin Pusat mempertikai keinginan pelabur ke Kelantan menyebabkan rakyat naik muak dan semangat diguna untuk berusaha sendiri sehingga berjaya."Apabila pelabur datang dan bertanya hendak ke Kelantan dia (menteri) akan tanya balik... why Kelantan? (mengapa Kelantan?), why Kelantan?... u know la... (anda tau la)," katanya ketika mengulas kejayaan dalam bidang ekonomi oleh rakyat Kelantan sekarang.Kata beliau, matlamat utama kerajaan negeri juga mahu melihat rakyatnya memperoleh kekayaan secara halal."
Bagaimana dia buat, apa yang dia hendak usaha, sama ada depu (gaharu) atau tanam lain, janji dibuat secara halal," katanya.Bagaiamanapun beliau kesal dengan sikap rakyat yang suka membina rumah besar dan berkereta besar kerana boleh menyebabkan ekonomi tidak berkembang."Saya bimbang dengan rumah besar, kereta besar yang sepatut buat lain, bila bina rumah besar duit mati, wang tidak rolling," katanya.
ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Rabu, 4 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Surah Hud ayat 15-16
15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2009
(331)
-
▼
Mac
(15)
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI – siri 3/10
- Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI 2/10
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI-SIRI 1/10
- PEMILIHAN KETUA KERAJAAN ATAU KETUA NEGARA (bhg 2)
- Pemimpin yang baik….
- Najib..Apa hang dah buat ni
- Krisis Perlembagaan VS Laksamana Doremi
- Istana setuju terima memo anti-PPSMI
- Nik Aziz :Elak guna istilah bumuputera
- Matahari dan mendung merah
- kenyataan Prof DR AGUS Yusoff
- PEMILIHAN KETUA KERAJAAN ATAU KETUA NEGARA (BHG 1)
- Beza Antara Merebut Nama ALLAH dan Mempertahankan ...
- SPRM yang menghampehkan....
-
▼
Mac
(15)
blogger sempoi
-
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi4 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 tahun yang lalu
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??5 tahun yang lalu
-
DIET KENYANG AZUE - DAY 35 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 tahun yang lalu
-
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya6 tahun yang lalu
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 tahun yang lalu
-
-
Promo Indomaret8 tahun yang lalu
-
Pecah Berita Lagi!!!8 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 tahun yang lalu
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara9 tahun yang lalu
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
Zikir Munajat.avi9 tahun yang lalu
-
-
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?9 tahun yang lalu
-
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio10 tahun yang lalu
-
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre12 tahun yang lalu
-
-
'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'12 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah12 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam12 tahun yang lalu
-
Hujan Itu Rahmat13 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan