Sistem Westminster (sistem peninggalan penjajah British yang diguna pakai oleh Pilihanraya Malaysia)
Setiap dalam tempoh masa yang telah ditetapkan maka piliharaya akan diadakan untuk memilih wakil rakyat. Calon Wakil Rakyat dicalonkan oleh Parti-Parti yang bertanding.
Perlantikkan Ketua Negara atau Ketua Kerajaan dan Menteri-Menteri
Dalam sistem Westminster ini, Ketua dari pihak Parti yang menang dan menguasai Dewan Rakyat akan (Selalunya presiden Parti) yang akan diperkenankan dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memegang jawatan Perdana Menteri. Perdana Menteri yang diperkenankan ini akan memilih menteri-menteri kabinet yang majoritinya daripada wakil rakyat dari Parti yang menang pilihanraya. Dalam konteks Malaysia sekarang ini, Perdana Menteri adalah seorang Individu yang mengetuai UMNO yang menjadi parti “Big Brother” dalam BN. Menteri-menteri kabinet pula selalunya dilantik daripada ketua-ketua parti komponen dan berdasarkan kepada jawatan dalam parti tanpa mengira kelayakkan mereka.
Perbincangan
Apakah pilihanraya dengan sistem Westminster ini dapat menterjemahkan pilihan rakyat secara adil? Kita lihat satu fakta dari PRU Malaysia yang ke 12 (tak termasuk pilihanraya kecil yang terbaru dan Parti yang keluar dari BN).
Jumlah Kerusi yang dimenangi BN -140
Jumlah Kerusi yang dimenangi PR – 82
Jumlah Kerusi parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat hanya mewakili sekitar 40% sedangkan fakta dari undi popular menunjukkan sokongan keseluruhan rakyat Malaysia yang menyebelahi PR ialah 49.7 (jika didasarkan kepada undi popular, sepatutnya PR mampu memenangi 110 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan)
Sistem ini mementingkan pilihan rakyat mengikut kawasan pilihanraya dan bukannya pilihan rakyat secara umum. Aku akan buat satu lagi perbandingan yang lebih parah, dan ini berkemungkinan akan terjadi.
Kawasan A : Parti X = 11 manalaka Parti Y = 9 jumlah undi
Kawasan B : Parti X = 11 manakala Parti Y = 9 jumlah undi
Kawasan C : Parti X = 5 manakala Parti Y = 15 jumlah undi
Jumlah Undi Part X =27 manakala Parti Y = 33 jumlah keseluruhan
(undi keseluruhan adalah undi popular )
Ketidakadilan sistem Westminter boleh ditermahkan seperti ini, walaupun Parti A menang di 2 kawasan (Kawasan A dan B), namun undi majoriti seluruh negara atau undi popular condong ke arah Parti B. Tetapi malangnya Parti B tidak mampu memerintah kerana hanya menang 1 dari 3 kerusi. Jumlah undi popular kurang berkesan di sini.
Ini amat tidak adil dan agak berbahaya, kerana Ahli Parlimen dari parti yang menang akan memilih calon dari kalangan mereka untuk jawatan Perdana Menteri, dan mungkin ianya tidak selari dengan kehendak rakyat secara majoriti. Keputusan pilihanraya untuk memilih ahli majlis Dewan Rakyat sekaligus secara tidak langsung akan terus memilih ketua kerajaan. Apakah ini sistem yang menepati konsep ‘Bai’ah’ dan menepati konsep keadilan demokrasi.
Dalam hal perlantikan menteri-menteri kabinet, Perdana Menteri akan melantiknya daripada kalangan ahli-ahli dewan yang menganggotai dari parti yang menang. Bukankah pilihannya amat terhad, juga kadang kala kita lihat, orang yang tidak sesuai dilantik untuk memegang sesuatu kementerian. Amat jarang kita lihat menteri yang di lantik dari kalangan senator.
Jika anda belajar tentang Sains Politik dan menjunjung sistem politik barat, Sistem Westminster juga tidak mampu menjelmakan semangat Trias Politica (sistem pengasingan kuasa kepada legislatif [Dewan Rakyat], eksekutif [Perdana Menteri dan Kabinet Menteri] dan juga kehakiman). Ini kerana Ketua Kerajaan (ketua eksekutif) dilantik dari kalangan perwakilan rakyat (legislatif), jadi di sini Perdana Menteri dan menteri kabinet (eksekutif) berada dari kalangan legislatif (dewan rakyat) dan mampu mepengaruhi Dewan Rakyat. Perdana Menteri juga mempunyai pernanan dalam melantik melantik hakim dan secara tidak langsung Ketua kerajaan mempunyai pengaruh dalam legislatif dan kehakiman. Sepatutnya badan kehakiman di Malaysia harus terletak dibawah Yang di-Pertuan Agong secara terus. Penasihat Yang di-Pertuan Agong juga sepatutnya ada tiga, iaitu wakil-wakil dari legislatif, eksekutif serta kehakiman dan dari Perdana Menteri sahaja. Ini akan menghasilkan Ketua Kerajaan atau Ketua Negara yang bersikap totalitarian dan diktator. Oleh kerana itu juga penyokong-penyokong UMNO terkeliru tentang istilah Parti yang menang dalam pilihanraya dan Kerajaan.
Jika anda ada belajar tentang sains politik, Ketua Negara atau Ketua Kerajaan juga harus mendapat sokongan terus daripada rakyat, kerana beliau akan memimpin rakyat.
ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Rabu, 4 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Surah Hud ayat 15-16
15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2009
(331)
-
▼
Mac
(15)
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI – siri 3/10
- Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI 2/10
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI-SIRI 1/10
- PEMILIHAN KETUA KERAJAAN ATAU KETUA NEGARA (bhg 2)
- Pemimpin yang baik….
- Najib..Apa hang dah buat ni
- Krisis Perlembagaan VS Laksamana Doremi
- Istana setuju terima memo anti-PPSMI
- Nik Aziz :Elak guna istilah bumuputera
- Matahari dan mendung merah
- kenyataan Prof DR AGUS Yusoff
- PEMILIHAN KETUA KERAJAAN ATAU KETUA NEGARA (BHG 1)
- Beza Antara Merebut Nama ALLAH dan Mempertahankan ...
- SPRM yang menghampehkan....
-
▼
Mac
(15)
blogger sempoi
-
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi4 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 tahun yang lalu
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??5 tahun yang lalu
-
DIET KENYANG AZUE - DAY 35 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 tahun yang lalu
-
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya6 tahun yang lalu
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 tahun yang lalu
-
-
Promo Indomaret8 tahun yang lalu
-
Pecah Berita Lagi!!!8 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 tahun yang lalu
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara9 tahun yang lalu
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
Zikir Munajat.avi9 tahun yang lalu
-
-
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?9 tahun yang lalu
-
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio10 tahun yang lalu
-
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre12 tahun yang lalu
-
-
'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'12 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah12 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam12 tahun yang lalu
-
Hujan Itu Rahmat13 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan