Khamis, 5 Mac 2009

Krisis Perlembagaan VS Laksamana Doremi

Apa yang menyebabkan kekecohon politik di Malaysia sekarang? Bagi aku ianya terjadi kerana Perlembagaan Negara yang bertindih dan bercelaru. Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Negara yang diwarisi dari British serta Common Law British juga tidak selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri-Negeri dan Perlembagaan Negeri-Negeri.

Kecelaruan ini menyebabkan pakar-pakar perlembagaan sendiri terkeliru dan bercelaru, hingga ada pada satu masa ada seorang pakar undang-undang dan perlembagaan merujuk kepada Common Law dan Perlembagaan British dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia untuk merujuk kepada krisis perlembagaan di Perak.

Media yang tak tahu apa-apa tentang perlembagaan Negara ini juga turut pandai-pandai menyibuk untuk menambahkan kontroversi.
Turut terkeliru ialah pemimpin-pemimpin Negara sendiri, lihat sahaja Perdana Menteri semasa perlantikkan Menteri Besar Perlis dan Terengganu selepas PRU 12 dahulu, dia juga tidak tahu siapa yang berkuasa untuk melantik Menteri Besar.
Begitu juga dengan Kontrak Sosial Negara, ianya tidak jelas sehingga menjadi pertikaian antara maksud sebenar Kontrak Sosial diantara PR dan BN.

Tapi krisis begini bagus juga untuk renungan kita dan belajar dari kelemahan. Krisis ini juga akan jadi rujukan sejarah pada masa hadapan.
Waktu dahulu, semasa menonton filem Laksamana Doremi, kita ketawa apabila melihat Menteri –menteri dan Sultan Negara Pasir Berdengung bersidang di bawah pokok, tapi kini ianya benar-benar terjadi di Sidang DUN Perak. Aku tidak tahu sama ada selepas ini aku akan ketawa lagi melihat babak itu dalam filem Laksamana Doremi, ternyata nilai falsafah babak itu cukup tinggi, apakah Tan Sri P. Ramlee sengaja membuat babak itu?

Jadi sekarang, hamper semua rakyat Malaysia terutamanya rakyat Perak dalam keadaan keliru dan bingung dengan krisis ini. Yang faham pun jadi tak beberapa faham, yang tak faham jadi makin tak faham, tapi jangan cuba-cuba tunjuk faham.
Mengapa kita tidak cuba melakukan penambah baikkan terhadap kekeliruan dan pertindihan dalam perlembagaan Negeri dan Persekutuan serta Kontrak Sosial. Atau kenapa tidak pilih sahaja perlembagaan yang berteraskan Islam?

Tentera Hijau dari Gunung

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

blogger sempoi