kemaskini 4.51pm Istana Negara memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.Persetujuan istana itu dianggap "
kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menganjurkan perhimpunan besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata istana tidak melarang majlis penyerahan memorandum tersebut.Beliau dimaklumkan Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berada di istana pada masa yang dijadualkan dan memorandum tersebut akan diserahkan kepada seorang pegawai bagi pihak baginda.Dr Hassan menambah, satu salinan memorandum tersebut telah disampaikan kepada istana melalui setiausaha sulit kanan Yang di-Pertuan Agong semalam.Memorandum lapan halaman itu diserahkan awal, tambahnya, sebagai makluman kehadiran mereka di istana, petang 7 Mac ini.
GMP merancang berhimpun di tiga tempat di ibu negara – kompleks membeli-belah Sogo, Pasar Seni dan Masjid Negara – sebelum berarak beramai-ramai ke Istana Negara pada jam 2 petang.Mereka merancang berarak dalam pakaian putih sebagai lambang pembersihan PPSMI, tanpa sebarang logo, bendera dan simbol parti-parti politik walaupun GMP turut disertai PAS dan PKR.Selain Dr Hassan, Sasterawan Negara A Samad Said dan pemimpin pembangkang termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual hadir.Menjelang perhimpunan besar itu, GMP akan menghabiskan empat programnya di seluruh negara sebelum ceramah akhir di Markaz Tarbiah PAS di Taman Melewar, Gombak pada Jumaat ini.
Malam ini, satu forum isu PPSMI akan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).Selain Dr Hassan, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli parlimen BN Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut membahaskan isu ini.Ditanya tindakan lanjut GMP jika kerajaan tetap enggan melayan tuntutan mereka, Dr Hassan berkata gabungan itu akan terus memperjuangkan pemansuhan dasar kontroversi itu sehingga berjaya."Tidak ada tempoh tamat. Kita akan terus berjuang sehingga kembali kepada dasar asal (sebelum diperkenalkan PPSMI pada 2003)," katanya.Sementara itu, Setiausaha GMP Hasni Abas berkata 1,000 anggota Unit Amal PAS dikerahkan bagi mengawal keadaan dan lalulintas supaya perhimpunan itu terkawal dan aman.
Pada mulanya, kata Hasni, GMP telah menghantar permohonan untuk mendapatkan permit berhimpun ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, katanya, mereka dinasihatkan supaya mengemukakan permohonan itu kepada di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.Pada 17 Februari lalu, seramai 20 aktivis bahasa dan sastera GMP berarak ke Parlimen dari Tugu Negara bagi menyerahkan memorandum membantah PPSMI kepada ahli-ahli parlimen, termasuk Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.]
Manakala pada 31 Januari pula, tokoh-tokoh utama GMP buat pertama kali turun ke jalanraya sempena pelancaran kempennya di pusat membeli-belah Sogo.Mereka juga menabur 50,000 risalah mengenai kempen menentang dasar itu ketika pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari lepas.
ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Rabu, 4 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Surah Hud ayat 15-16
15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2009
(331)
-
▼
Mac
(15)
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI – siri 3/10
- Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI 2/10
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI-SIRI 1/10
- PEMILIHAN KETUA KERAJAAN ATAU KETUA NEGARA (bhg 2)
- Pemimpin yang baik….
- Najib..Apa hang dah buat ni
- Krisis Perlembagaan VS Laksamana Doremi
- Istana setuju terima memo anti-PPSMI
- Nik Aziz :Elak guna istilah bumuputera
- Matahari dan mendung merah
- kenyataan Prof DR AGUS Yusoff
- PEMILIHAN KETUA KERAJAAN ATAU KETUA NEGARA (BHG 1)
- Beza Antara Merebut Nama ALLAH dan Mempertahankan ...
- SPRM yang menghampehkan....
-
▼
Mac
(15)
blogger sempoi
-
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi4 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 tahun yang lalu
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??5 tahun yang lalu
-
DIET KENYANG AZUE - DAY 35 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 tahun yang lalu
-
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya6 tahun yang lalu
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 tahun yang lalu
-
-
Promo Indomaret8 tahun yang lalu
-
Pecah Berita Lagi!!!8 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 tahun yang lalu
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara9 tahun yang lalu
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
Zikir Munajat.avi9 tahun yang lalu
-
-
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?9 tahun yang lalu
-
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio10 tahun yang lalu
-
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre12 tahun yang lalu
-
-
'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'12 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah12 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam12 tahun yang lalu
-
Hujan Itu Rahmat13 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan