Rabu, 4 Mac 2009

Matahari dan mendung merah

Matahari menyinari bumi, membawa harapan bila menjelang pagi, matahari tidak mengira siapa yang disinarinya, tidak pernah meminta sesiapun untuk mengucapkan terima kasih kepadanya, kerana matahari tahu, itu ialah tugasnya, tanpa mengira sesiapa atau apa, tanpa mengira pangkat atau harta. Bumi yang disinarinya pasti ada rezeki dari Allah untuk sama dinikmati dan dikongsi.

Kerajaan dan pemimpin sesuatu wilayah yang berdaulat juga harus bertindak adil seperti matahari, mereka tidak boleh memilih, siapa yang harus ditolong dan siapa yang akan dipilih. Tetapi jika kita lihat sekarang, terlalu banyak mendung-mendung merah yang menghalang cahaya matahari daripada sampai kepada bumi. Bumi itu umpama rakyat yang memerlukan pemimpin yang adil, pemimpin tidak sepatutnya bertindak atas dasar ideologi dan penyokongnya sahaja. Mengapa kerajaan untuk semua berubah menjadi kerajaan untuk sebelah pihak sahaja dan mendiskriminasi pihak-pihak lain.

Mengapa ada mendung-mendung merah yang menghalang cahaya matahari untuk menyinari pepohon hijau. Matahari itu selain dari menyinari dan membawa rahmat Allah ke muka bumi, ia juga tetap beredar mengelilingi bumi di atas orbitnya, itulah ketetapan Allah kepadanya, dan matahari begitu mematuhinya. Begitulah jua sepatutnya peranan pemimpin dan kerajaan, mematuhi perintah Allah dan amanah. Jika matahari tidak beredar di atas orbitnya, maka rosaklah ekosistem bumi dan binasalah juga matahari itu sendiri. Jika terlalu banyak juga mendung-mendung merah yang menghalang cahaya bumi, maka suramlah alam ini.
‘Jika kamu menyokong pembangkang, jadi kenapa kamu bersekolah di sekolah kerajaan, kenapa menggunakan jalanraya?’. Apakah ini pandangan orang-orang yang menyokong kerajaan? Bukakankah tanggungjawab kerajaan itu untuk semua, tanpa mengira apa ideologi dan pilihan rakyatnya? Apakah penyokong pembangkang ini tidak membayar cukai sehingga begitu mereka diperkatakan….

Tidak kira siapa yang menjadi kerajaan, matahari yang sentiasa mematuhi perintah Allah dan menerangi seluruh bumi tanpa sikap pilih kasih wajib dicontohi. Para penyokong-penyokongnya pula janganlah menjadi seperti awan mendung yang membawa bala, jadilah seperti mendung yang membawa hujan dan menyiramkan rezeki dari Allah kepada bumi. Moga bumi ini akan menghijau dengan segar sebagai anugerah kepada semua penghuni yang mendiaminya, moga akan datang keamanan dan keadilan yang berteraskan kepada kebenaran…..InsyaAllah.

Tentera Hijau dari Gunung

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

blogger sempoi