Bagi anda, siapa yang atau bagaimana ciri pemimpin yang baik? Jika anda pergi ke sebuah kampung di Malaysia, dan bertanya kepada orang-orang tua yang selalu berbual-bual sesama kawan, anda boleh mendengar jawapan yang begini, “pemimpin yang baik mestilah membantu rakyat dan dapat membawa pembangunan”. Apakah benar pemikiran sebegini?
Jika ada dua orang pemimpin, yang seorang taat pada perintah Allah, solatnya, ibadahnya dan akhlaknya amat terjaga dan dia begitu menjaga agamanya, tetapi kurang membawa pembangunan dan kebajikkan rakyat agak terabai (mungkin kerana tekanan politik atau sebagainya, tapi kita abaikan dahulu), bukan kerana dia malas, tetapi dia kurang kebolehan untuk menjadi pemimpin (mungkin kerana tekanan politik atau sebagainya, tapi kita abaikan dahulu). Yang seorang lagi agak tidak baik akhlak dan kehidupan sosialnya, tetapi mampu menjaga rakyat di kawasannya secara fizikal dengan baik dan membawa pembangunan dengan pesat ke kawasannya. Bagi anda, siapa pemimpin yang baik?
Tentu sahaja kita mendambakan seorang pemimpin yang benar-benar berkebolehan dari segi rohani dan jasmani, dan mampu membawa kemajuan dunia dan akhirat. InsyaAllah, memimpin begini memang ada, buka mata hati anda.
Firaun (firaun semasa zaman Nabi Musa), cuba anda bayangkan, bukankah dia pemimpin yang gemilang, lihat sahaja peninggalannya seperti Piramid dan Sphinx, bukankah ianya peninggalan yang terbilang? Tetapi Al-Quran menyatakan dia pemimpin yang zalim, mengapa?
Jika berlaku sesuatu masalah di kawasan anda, apakah pada pendapat anda Perdana Menteri, Menteri Besar, Ahli Parlimen dan ADUN patut dating melawat kawasan anda bagi menunjukkan mereka adalah pemimpin yang bertanggung jawab dan baik? Bagi aku ADUN, Exco Negeri yang berkenaan dan Menteri yang berkenaan sahaja yang perlu turun, lalu mereka akan melaporkan perkara tersebut kepada pemimpin atasan dan mengarahkan pihak dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan keadaan.
Tak perlulah Menteri Besar atau Perdana Menteri perlu turun kecuali jika mereka ada masa terluang atau kejadian itu terlalu serius. Satu lagi masalah orang kita, mereka kurang tahu peranan Ahli Parlimen dan ADUN, jika ada sesuatu kejadian di kawasan tertentu, yang perlu bertanggungjawab ialah ADUN, bukan Ahli Parlimen, kerana tugas utama Ahli Parlimen ialah di Dewan Rakyat, untuk menyelesaikan masalah peringkat Negara dan menentukan dasar Negara, bukannya menyelesaikan masalah setempat.
Pemimpin yang kita pilih bukan sahaja dapat memimpin kita di dunia, tetapi juga membawa kita ke akhirat dengan jalan yang betul. Jalan ke Masjid, bukannya jalan ke disko di Bangsar……
Lihat sahaja Rasulullah (pemimpin agung), pada mula dakwah baginda di Mekah, baginda dan para pengikutnya dikenakan sekatan ekonomi, tetapi baginda dan para pengikut tetap bertahan, makan pun susah, hanya sebiji atau setengah biji kurma sehari, kemajuan apa yang diharapkan jika begini keadaannya? Tetapi berkat kualiti mereka untuk bertahan, lalu Islam berkembang dengan jaya.
Rasulullah mengatur pembangunan dengan teratur dan berlandaskan Al-Quran, kemajuan yang berasaskan takwa, bukan kemajuan berasaskan Rom dan Parsi!! (Rom dan Parsi adalah tamadun yang maju ketika itu), begitu juga dengan keadaan sekarang, bukan dasar kapitalis Amerika atau dasar pandang ke timur (Jepun dan Korea), seharusnya kita berpegang kepada dasar memuliakan Al-Quran, membangun bersama Islam!!!! Tetapi jika ada sesuatu yang baik daripada tamadun lain, dan tidak bertentangan dengan Islam, maka kita boleh mengambil kebaikkan itu.
Tentera Hijau dari Gunung
Kaedah: Jika barang itu menjadi perantara, maka tidak ada riba
4 minggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan