Dari segi konsep Islam, aku rasa ianya tidak selari dengan konsep ‘Bai’ah’ yang dianjurkan. Konsep menteri-menteri itu juga tidak selari dengan semangat sistem Khalifah walaupun bagi aku ianya tidak bermasalah. Islam yang menekankan konsep Kekuasaan di Tangan Umat (ada penerangan lanjut di bawah) .Adapun prinsip kedua iaitu kekuasaan di tangan umat diambil dari fakta bahawa syara’ telah menjadikan pengangkatan Khalifah oleh umat, dimana seorang Khalifah hanya memiliki kekuasaan melalui bai’at. Dalil bahawa syara’ telah menjadikan pengangkutan Khalifah oleh umat adalah tegas sekali di dalam hadith-hadith tentang bai’at.
Imam Muslim telah meriwayatkan dari Ubadah bin Shamit yang berkata:
“Kami telah membai’at Rasulullah saw untuk setia mendengar dan menta’ati perintahnya, baik dalam keadaan susah maupun baik dalam keadaan yang kami senangi ataupun tidak kami senangi”.
Dari Jarir bin Abdillah yang berkata:
“Aku memba’at Rasulullah saw untuk mendengar dan menta’ati (perintah)-Nya dan aku akan menasihati tiap kaum Muslimin”.
Bai’at tersebut diberikan oleh kaum Muslimin kepada Khalifah, bukan oleh Khalifah kepada kaum Muslimin, kerana merekalah yang sebenarnya mengangkat Khalifah sebagai penguasa mereka.
Kenyataan ini menunjukkan bahawa kekuasaan di tangan umat. Nabi saw sekalipun beliau adalah Rasul namun beliau tetap mengambil bai’at dari umat, menunjukkan bahawa bai’at adalah untuk mendapatkan kekuasaan dan pemerintahan, bukan bai’at terhadap kenabian. Beliau telah mengambil bai’at tersebut baik dari lelaki maupun wanita dan beliau tidak mengambil bai’at dari anak-anak kecil yang belum baligh kerana kaum musliminlah yang mengangkat seorang Khalifah dan membai’at mereka dengan Kitabullah dan Sunah Rasul-Nya, di samping Khalifah mendapatkan kekuasaan hanya dengan adanya bai’at tersebut, maka semuanya tadi telah menjadi dalil yang tegas bahawa kekuasaan adalah milik umat di mana umat boleh memberikannya kepada siapa sahaja yang dikehendakinya.
Sistem Pemilihan Presiden (Gaya Amerika Syarikat)
Pilihan raya
Di Amerika ada beberapa pilihanraya umum, tapi yang aku ingin bincangkan di sini ialah pilihanraya presiden dan pilihanraya majlis perwakilan (House of Representatives) yang sama fungsinya dengan dewan rakyat di Malaysia.
Pemilihan Ketua Kerajaan atau Ketua Negara dan pemegang jawatan penting (Eksekutif) dan Majilis Perwakilan (Legislatif).
Di Amerika, majlis perwakilan rakyat tidak berhak melantik Presiden mahupun dari kalangan Parti yang menang. Pilihanraya Umum perlu diadakan untuk memilih Presiden. Parti mesti mencari calon Presiden yang paling berkelayakan dari pihak mereka, calon juga mesti melepasi pilihanraya peringkat parti terdahulu jika mahu menjadi calon. Pilihanraya untuk memilih Majlis Perwakilan dan dan Memilih Presiden akan dijalankan secara berasingan.
Perbincangan
Cara melantik ahli majlis perwakilan rakyat dengan menggunakan sistem Westminster dan Amerika kelihatan agak sama, dengan memilih calon dari sesuatu kawasan. Tapi di sini undi majoriti atau undi popular kurang membawa kesan kepada perlantikkan Ketua Negara atau Ketua Kerajaan, ini kerana ahli majlis perwakilan rakyat dari parti yang menang dan dewan majlis perwakilan itu sendiri tidak di beri kuasa untuk memilih Ketua Kerajaan. Ini kerana akan ada satu lagi Pilihan Raya untuk memilih Ketua Kerajaan atau Ketua Negara. Di sini kelihatannya pilihanraya demokrasi ala Amerika Syarikat lebih adil berbanding sistem Westminster.
Kadangkala kita dapat lihat di Amerika, Presiden adalah dari Parti yang berlainan dengan Ahli-ahli majlis yang menguasai dewan perwakilan rakyat dan ada “check and balance”. Dengan sistem ini, hasrat rakyat dapat dinyatakan dengan lebih jelas. Ketua Negara dan orang-orang beliau dalam kerajaan juga tidak berada dalam dewan Majlis Perwakilan dan tidak akan mempengaruhi Ahli-ajli dewan dalam membuat keputusan dasar dan undang-undang Negara yang dijalankan oleh Dewan Majlis Perwakilan. Tetapi Presiden dan orang-orangnya harus hadir untuk menjawab soalan berbangkit di dalam dewan.
Tetapi ada juga kecacatan dalam sistem ini, Pilihanraya Presiden Amerika ditentukan melalui ‘electoral college’, sekali lagi cara ini menentukan dari kemenangan dari kawasan pusat undi (seperti sistem pemilihan yang berdasarkan kerusi parlimen di Malaysia), ianya tidak mengambil kira dari undi popular atau undi majoriti.
Tetapi dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negara, Presiden mempunyai kuasa untuk melantik pegawai-pegawai penting (kabinet) dari ahli parti yang beliau anggotai, sistem ini lebih berkesan kerana pilihan beliau tidak terhad dan tidak menganggu pihak legislatif (majlis perwakilan rakyat). Beliau juga akan sentiasa di awasi oleh ahli-ahli legislatif dan anggota-angota parti beliau sendiri kerana, pada kebiasaannya calon bukanlah individu yang mengepalai parti.
Secara dasarnya, aku rasa sistem ini lebih telus dan adil berbanding sistem Westminster.
Sistem Non-Partisan
Secara keseluruhanya, sistem demokrasi oleh non-partisan ini masih terikat dengan cara pemilihan demokrasi Westminster atau demokrasi Ala-Amerika.
Pilihanraya
Ahli majlis perwakilan rakyat yang dipilih bukan berdasarkan parti yang ditandingi, tetapi atas dasar kemampuan secara inividu, ini kerana tiada parti dalam sistem ini.
Pemilihan dan Perlantikan Ketua Negara dan dan menteri-menteri.
Dalam sistem ini pemilihan calon untuk ketua negara akan dilakukan tanpa pengaruh semangat kepartian oleh ahli majlis perwakilan rakyat. Perwakilan akan memilih berdasarkan kemampuan individu. Ketua negara juga akan memilih menteri-menteri daripada kalangan perwakilan berdasarkan kemampuan dan bukan berdasarkan parti yang diwakili atau kedudukan dalam parti. Dalam sistem ini tiada pembangkang, yang ada Cuma kerajaan dan penasihat kerajaan yang berada dalam satu bumbung. Tiada parti yang membentuk kerajaan.
Perbincangan
Pada pendapat aku, sistem ini lebih berkesan dalam mencari kebaikan untuk rakyat berbanding sistem Parti. Contoh yang terbaik dapat diambil ialah kerajaan Negeri Perak. Di sini aku cuma andaikan dalam suatu situasi, Jika menteri besar dari PAS mengusulkan sesuatu yang baik bagi umat Islam di dewan perwakilan negeri, tetapi ditentang oleh parti gabungan dalam kerajaan dari DAP yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak dalam kerajaan, apakah ahli majlis dari kalangan UMNO akan bertindak untuk menyokong menteri besar? Ini hampir mustahil akan berlaku kerana ahli majlis terpaksa mangikut arahan parti untuk tidak menyokong usul dari kerajaan kerana berlainan parti. Dalam sistem ini, parti diutamakan, bukan rakyat secara keseluruhan. (untuk mempersetujui usul, majoriti anggota majlis perlu bersetuju tanpa mengira dia dari sebelah parti kerajaan atau tidak).
Bagi aku dengan sistem ini, dewan majilis perwakilan akan bertindak lebih adil dan bertanggungjawab kepada rakyat. Sistem Non-Partisan ini juga disokong oleh Hassan al Banna iaitu pengasas Ikhwan Muslimin.
ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Jumaat, 13 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Surah Hud ayat 15-16
15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2009
(331)
-
▼
Mac
(15)
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI – siri 3/10
- Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI 2/10
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI-SIRI 1/10
- PEMILIHAN KETUA KERAJAAN ATAU KETUA NEGARA (bhg 2)
- Pemimpin yang baik….
- Najib..Apa hang dah buat ni
- Krisis Perlembagaan VS Laksamana Doremi
- Istana setuju terima memo anti-PPSMI
- Nik Aziz :Elak guna istilah bumuputera
- Matahari dan mendung merah
- kenyataan Prof DR AGUS Yusoff
- PEMILIHAN KETUA KERAJAAN ATAU KETUA NEGARA (BHG 1)
- Beza Antara Merebut Nama ALLAH dan Mempertahankan ...
- SPRM yang menghampehkan....
-
▼
Mac
(15)
blogger sempoi
-
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi4 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 tahun yang lalu
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??5 tahun yang lalu
-
DIET KENYANG AZUE - DAY 35 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 tahun yang lalu
-
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya6 tahun yang lalu
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 tahun yang lalu
-
-
Promo Indomaret8 tahun yang lalu
-
Pecah Berita Lagi!!!8 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 tahun yang lalu
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara9 tahun yang lalu
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
Zikir Munajat.avi9 tahun yang lalu
-
-
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?9 tahun yang lalu
-
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio10 tahun yang lalu
-
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre12 tahun yang lalu
-
-
'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'12 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah12 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam12 tahun yang lalu
-
Hujan Itu Rahmat13 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan