Ahad, 12 April 2009

Antara yang sudah terlepas atau hilang dari Umat Islam, ialah:-

1. Ilmu Pengetahuan
2. Kepimpinan bertaraf sejagat
3. Akhlak dan budi pekerti yang mulia
4. Ukhwah dan kasih sayang
5. Rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadap kaum wanita
6. Perpaduan dan kesatuan Umat Islam
7. Rasa bertuhan dan rasa tauhid
8. Rasa cinta kepada Akhirat
9. Rasa takut dengan Tuhan atau dosa
10. Rasa tawakal
11. Rasa qanaah
12. Sifat redha
13. Sifat sabar
14. Sifat tolak ansur
15. Persahabatan di kalangan kaum muslimin
16. Sifat taat dan setia kepada pemimp[in
17. Tamadun Islam
18. Undang undang dan perlembagaan Islam

Oleh itu kalau kita ingin mengembalikan sesuatu yang hilang dari umat Islam agar mereka memilikinya semula memerlukan satu perjuangan yang gigih.Memerlukan pengorbanan apa saja.Memerlukan pemimpin yang boleh menjadi contoh terutama ketaqwaan dan ilmu serta kepimpinannya.Memerlukan ketaatan dan kesetiaan para pengikut.Memerlukan perjuangan yang terus menerus tanpa henti henti.Memerlukan kebijaksanaan.Memerlukan role model di kalangan para pejuang dan pemimpin pemimpin nya.

1 ulasan:

Unknown berkata...

salam

sifat² ni mmg dah lama hilang bukan disebabkan oleh kaum yg lain tapi kesalahan perlu diletakkan pada umat Islam sendiri. ambil contoh kehidupan masyarakat di negara Islam seperti Mesir dan Bahrain, waktu malam sama je macam negara² eropah tapi ia tidak diketahui ramai sebab mereka sendiri menyorokkannya di bawah nama 'Negara Islam', sama seperti Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi