Jumaat, 24 Julai 2009



Dalam artikelnya "Matlamat tidak menghalalkan cara," saya nampak Raja Petra Kamarudin menyifatkan mereka yang mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah orang-orang Melayu. Manakala mereka yang menentang ISA pula adalah orang-orang Islam.

Orang Melayu menyokong ISA. Orang Islam menentang ISA.

Bagaimanapun, pada pandangan saya yang bersyukur dengan ketetapan Allah yang menjadikan saya seorang Melayu, semua bangsa di negara ini menentang ISA tidak kira Melayu, Cina atau India. Ada orang mendakwa, satu-satunya bangsa yang mempertahankan ISA ialah bangsa Umno.

Kenapa saya kata begitu? Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif yang jelas kepada makna orang Melayu. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menakrifkan orang Melayu sebagai:
1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur Bahasa Melayu
3. Mengamalkan Adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

ISA menahan tanpa bicara. Islam mengharamkan penahanan tanpa bicara. Allah s.w.t. sendiri membicarakan hamba-hamba-Nya sebelum menentukan syurga atau neraka di Hari Perhitungan nanti.

Adakah ISA lebih berkuasa dari Allah?

Berdasarkan takrif Melayu di atas, orang Melayu beragama Islam. Seseorang yang beragama Islam tidak akan menjunjung undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan Islam serta mencabar kedudukan Allah sebagai Yang Maha Berkuasa lagi Maha Menghakimkan.

Melayu yang beragama Islam tidak akan menyokong ISA.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi