Jumaat, 24 Julai 2009

LILIN punya pasal kecoh satu malaysia......


NIZAR PEGANG LILIN?

Berita kematian seorang setiuasaha politik kepada salah seorang exco kerajaan negeri Selangor yang berbangsa cina telah tersebar. Bagi menuntut keadilan terhadap kematian tersebut, ramai sahabat-sahabat yang berbangsa Cina memasang lilin, sebagai satu symbol protes terhadap kezaliman pembunuhan terhadap Saudara Teoh Beng Hock.

Isu pasang lilin ini tidak menjadi hebat, melainkan apabila didapati Ir Mohammad Nizar Jamaluddin turut sama memegang lilin. Ramai mendakwa, tindakan itu bercanggah dengan islam, dan dikatakan bisa melahirkan kerosakan pada akidah.

ADAT ATAU IBADAT?

Memegang lilin dalam masyarakat cina tidak sekadar merujuk kepada pemujaan, atau berkabung. Sebaliknya, dalam masyarakat cina, memegang lilin tidak sekadar dilakukan dikala berlaku kematian, bahkan ia digunakan sebagai satu symbol dalam melakukan sesuatu protes.

Sebelum ini pun, banyak program-program berbentuk protes terhadap kezaliman ISA disertakan dengan acara membawa lilin kecil. Ia merujuk kepada kezaliman telah bermaharajalela, pun begitu, masih ada lagi golongan yang sedikit yang akan mempertahankan keadilan.

Apabila banyak orang membawa lilin, ia merujuk kepada maksud, golongan yang mempertahankan keadilan itu ramai, waimma mereka bukan dari golongan yang berkuasa.

Apabila difahami ini, nyata bahawa tindakan membawa lilin yang dilakukan oleh Saudara Mohammad Nizar Jamaluddin itu bukanlah amalan yang berbentuk ibadat dalam agama budha, malah ia merupakan budaya bangsa cina yang merujuk kepada maksud protes. Apabila ini difahami, nyata, ia bukan perkara ibadat, tetapi perkara adat.

Kondisi ini, sama seperti tindakan bangsa melayu yang memasang pelita di 10 hari terakhir bagi bulan ramadhan. Ia bukan bermaksud ibadat, tetapi sekadar adat melayu yang menunjukkan peringatan agar bersiap sedia dalam usaha untuk mendapatkan malam lailatul qadar.

ADAT ADALAH HARUS

Apabila sesuatu perkara itu merujuk kepada adat, sudah pasti hukumnya adalah harus, selagimana tidak wujud sebarang dalil yang jelas dan nyata atas pengharamannya.

Kaedah fiqh menyebut;

الأصل في الأشياء الإباحة

Maksudnya;
“Asal sesuatu perkara adalah harus”

Asas kaedah ini disandarkan kepada firman Allah SWT;

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا

Maksudnya;
”Dia (Allah) yang telah menciptakan untuk kamu semua perkara yang ada di bumi”

(Surah Al-Baqarah : 25)

Justeru, hukum memegang lilin yang dilakukan oleh Nizar bukanlah perkara haram, malah ia adalah perkara yang harus, kerana merujuk kepada amalan adat dalam masyarakat Cina, sepertimana keizinan orang islam memakai pakaian berbangsa cina.


Sekian

Baca sama;

1- nizar pegang lilin : kenyataan media ADUN Titi Serong. (cina islam)
2- Sertai perhimpunan nyalaan lilin tidak salah – Timb Mufti kedah (Cina Islam)


Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi