Bagi menunjukkan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak peka dengan penderitaan para peneroka Felda , penero ka dijanjikan oleh Najib untuk diberi RM 350 bagi setiap peneroka yang berupa bayaran khas untuk hari raya aidilfitri. Dilaporkan bahawa 101,391 peneroka Felda akan mendapat bayaran tersebut ( lihat The Star 14/8/2010 )
Bagi kita Pas, segala bayaran yang boleh mengurangkan beban para peneroka amat-amat kita alukan. Namun yang kita tidak boleh terima sama sekali mengapakah seramai 11, 244 peneroka yang memilih untuk tanam semula secara sendiri dan tidak melalui Felda hanya akan diberikan RM 150 sahaja untuk hari raya aidilfitri nanti .
Tiada sebarang alasan mengapakah para peneroka yang yang memilih untuk tanam semula secara sendiri dan tidak melalui Felda hanya akan diberikan RM 150 sahaja sedangkan rakan-rakan mereka mendapat RM 350-00 dari pihak Felda. Kalau ini bukan diskriminasi apa nak kita namakan dengan tindakan ini ?
Apa guna kita mempunyai Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang jika Kerajaan dengan secara mudah dan tanpa rasa bersalah terus menerus melakukan tindakan diskriminasi sesama peneroka.
Memanglah kita tidak boleh harapkan Kerajaan Najib untuk takut pada Allah kerana bertindak zalim ke atas peneroka dengan mendiskriminasi sesama mereka – yang tanam semula dengan Felda dapat RM 350 dan yang tanam semula secara sendiri hanya dapat RM 150-00 sahaja- namun sekurang-kurangnya kita masih harapkan Kerajaan Najib ini masih boleh berfikir dan bertindak secara rasional dan dalam kerangka Perlembagaan.
Nampaknya tindakan terbaru Najib ini mengesahkan bahawa rakyat tidak boleh mengharapkan pemimipin No 1 Umno dan Negara ini untuk hormati ayat Al-Quran yang melarang umatnya melakukan kezaliman . Hatta untuk mengharapkan mereka Najib menghormati Perlembagaan pun jauh panggang dari api. Kesimpulannya Najib tidak mesra Perlembagaan jauh sekali mesra Al-Quran.
Harus diingat apabila para peneroka memilih untuk tanam secara sendiri dan tidak melalui Felda ( selepas pokok mereka ditebang ) para peneroka hakikatnya hanya melaksanakan opsyen yang Felda berikan kepada mereka. Felda sendiri sebenarnya telah memberikan pilihan kepada para peneroka untuk menanam semula secara sendiri.
Hakikatnya mereka yang menanam semula secara sendiri telah dijanjikan oleh Felda untuk diberikan wang sebanyak RM 1700 seekar bagi menanggung perbelanjaan kerja-kerja tanam semula.
Mantan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gadam dan juga Pengerusi Felda Holdings Yusuf Noor pernah membuat kenyataan di akhbar dan memberi jaminan bahawa peneroka-peneroka yang memilih untuk menanam semula secara sendiri berhak mendapatkan wang mereka daripada tabung tanam semula.
Melalui mesyuarat antara Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia ( PKPKM ) dengan Kementerian Perusahaan Utama yang turut dihadiri oleh wakil Felda pada 11/1/2001 , Felda bersetuju memulangkan kembali wang daripada tabung tanam semula kepada peneroka yang sudah menjelaskan bayaran skim Felda tidak kira sama ada mereka membuat tanam semula secara bersendiri atau menerusi Felda dan jumlah wang yang akan dikembalikan ialah RM 1,700.00 setiap ekar.
Sebenarnya para peneroka yang menanam semula secara sendiri dalam banyak hal didiskriminasi. Mereka bukan sahaja didiskriminasi dalam isu pemberian duit raya tapi juga dalam perkara yang lain.
Ada para peneroka yang terpaksa pergi ke Mahkamah bagi mendapatkan wang RM 1700 seekar . Pada masa ini saya sedang mewakili 24 peneroka Air Tawar 5 Kota Tinggi, Johor dan 11 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 yang dinafikan oleh Felda bagi mendapatkan wang dari tabung tanam semula sebanyak RM 1700 seekar tersebut. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedih dan pilunya melihat para peneroka yang sudah lanjut umur dan ada yang sudah uzur bersusah payah memanjat tangga Mahkamah bagi mendapatkan hak mereka.
Meskipun Felda dan Najib terus menerus memberikan janji manis bahawa peneroka yang tanam semula secara sendiri akan diberikan wang dari tabung tanam semula sebanyak RM 1700 seekar namun apabila tiba waktu perlaksanaan janji tersebut maka peneroka akan dikenakan pelbagai syarat melalui beberapa Pekeliling yang dikeluarkan oleh Felda dari semasa ke semasa. Sekejap Pekeliling TBB –Operasi 4/2004, kemudian Pekeliling TBB –Operasi 2/2005, kemudiannya Pekeliling TBB –Operasi 2/2006 dan kemudiannya Pekeliling TBB –Operasi 2/2008 pula. Meskipun wang tabung tanam semula adalah hasil caruman para peneroka namun apabila tiba waktu membuat Pekeliling –Pekeliling tersebut kita tidak nampak kepentingan dan hak para peneroka yang menanam semula secara sendiri benar-benar dijaga.
Apabila peneroka memilih tanam semula melalui Felda, ironinya Felda juga menggunakan wang dari tabung tanam semula. Jadi kita tidak faham mengapakah apabila pihak peneroka menanam secara sendiri ada dari mereka yang dinafikan hak oleh Felda untuk mendapatkan wang tersebut sedangkan kesemua mereka adalah peneroka tanpa mengira yang tanam sendiri atau yang tanam melalui Defendan.
Wang tabung tanam semula adalah milik para peneroka di mana wang itu diambil dari potongan hasil peneroka setiap bulan dan bayaran tersebut dinyatakan secara spesifik di dalam Penyata Bayaran Hasil yang peneroka terima dari Felda.
Sebenarnya para peneroka mempunyai alasan yang kuat untuk tidak mahu tanam semula melalui Felda. Para peneroka sebenarnya tidak mahu berhutang semula dengan Felda sepertimana yang mereka pernah alami sebelum mereka mendapat Hakmilik Geran hartanah mereka. Mereka yang tanam semula melalui Felda ,meskipun mendapat bantuan Felda akan terpaksa membayar kembali bantuan tersebut bersama-sama dengan kadar faedah ( baca riba ) yang mana kadar itu boleh diubah dari semsa ke semasa.
Para peneroka yang tanam semula melalui Felda tidak boleh campurtangan berkenaan rundingan harga jualan hasil tanaman mereka yang dilakukan oleh pihak Felda dengan pihak Kilang.
sumber
Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Surah Hud ayat 15-16
15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2010
(374)
-
▼
Ogos
(22)
- Malaysia Sambut Tetamu Dengan Arak
- UST ZAHARUDN & DR ASRI : HUKUM DOA UNTUK LIM GUAN ENG
- POLITIK YANG MEMUALKAN
- Zidane agihkan juadah puasa dipinggir kota Paris
- Umno pencetus Islamphobia
- Isu Khutbah Jumaat: Kenyataan Ketua Polis Pulau Pi...
- DR.ASRI : Isu khutbah, Apakah ‘Salam 1 Malaysia’ j...
- Isu Syariah : Pendirian Jelas dari Nik Nazmi
- Hukum Islam Dalam Umno Ada Dua Kategori
- Pemuda PAS Promosi Nikah Gantung
- Perkauman: Rakyat perlu berpayung di bawah PR
- Siapa penderhaka sebenar? Nurul persoal Zahid Hamidi
- Terkini: Radio Rakyat Online Ke Udara 24 Jam
- utusan meloya Online didakwa fitnah Universiti Al-...
- Lagi Cerita Peneroka Felda dibuli (SELAMAT MEMBULI...
- D n D: Umno kalau bab duit... terkejut sakan.
- Jika Kewangan Felda Kukuh Mengapa Perlu Pinjam KWS...
- wajah Dalang kain rentang Derhaka DI Johor
- 'Speaker Haram' Perak, seorang peguam yang tidak t...
- sok sek sok sek cerita "Oh Saiful dan Farah"....
- Harga sehelai kemeja seorang MB
- Dakwa Liong Sik Satu Lagi Dalil PRU Dah Dekat
-
▼
Ogos
(22)
blogger sempoi
-
-
Hadith mana yang suruh solat hajat untuk PERASUAH?Setahun yang lalu
-
Tulahan : Lambang PH semasa PRU 15, logo PH atau PKR?3 tahun yang lalu
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Menteri balik dari Turki tak payah kuarantin.Dia kebal.4 tahun yang lalu
-
Membongkar sejarah pendatang5 tahun yang lalu
-
Sebenarnya begini Nashruddin Tontowi...5 tahun yang lalu
-
AYUURAA TERAPI - MINYAK ANGIN MODEN5 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM5 tahun yang lalu
-
Pegawai Imigresen Yang Biadab6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 tahun yang lalu
-
Maha Suci Allah dari Apa yang dipersekutukan.7 tahun yang lalu
-
-
Promo Alfamart8 tahun yang lalu
-
Panas!! Perbincangan Sulit Bocor Lagi.8 tahun yang lalu
-
Malam ini di UTP .. The Apai Show8 tahun yang lalu
-
-
Terima kasih rakyat Malaysia8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 tahun yang lalu
-
Video Terbaik !!! Himpunan Fastaqim H60K9 tahun yang lalu
-
-
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
Hadi sah dicabar Ahmad Awang9 tahun yang lalu
-
Bakal Mursyidul Am Pas jawap fitnah9 tahun yang lalu
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre11 tahun yang lalu
-
-
Cikgu Mala nafi masuk Umno12 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah12 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam12 tahun yang lalu
-
Malaysia Vs Liverpool (Video)13 tahun yang lalu
-
Kebenaran Al Qur'an : Teknologi Umat Silam Melangkaui Zaman14 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
1 ulasan:
Masyarakat felda yang ada kesedaran bahawa mereka selama ini telah ditipu dan dibelit oleh felda jangan lagi membiarkan puak-puak celaka ini menipu dan mengambil kesempitan di atas kesusahan hidup mereka.
Mereka perlu bangun dan nyatakan pendirian mereka dengan menolak umno dalam pru 13 ini nani.Inilah caa yang boleh menyedarkan pemimpin umno yang jahat lagi penipu itu.
Catat Ulasan