Khamis, 20 Oktober 2011

Filem KLIP 3GP PENUH KONTROVERSI ..


" Ketika sebahagian rakyat, terutamaremaja, berasa seronok dan teruja dengan penghasilan filem Klip 3GP, terutama selepas tersebarnya di Internet adegan ranjang dipercayai satu daripada babak filem itu oleh pelakonnya, Mimi (One Nation Emcee) atau Shamimi Amalina Norhisham, 25, ada sebahagian lain di negara ini berasa jijik dan ‘nak muntah’ terhadap filem terbabit.

Sesetengah blog menyifatkan filem ini sebagai ‘durjana’. Mengapa?

Banyak web atau blog memperkatakan filem ini. Banyak komen mengenainya juga dapat ditemui di laman sosial Facebook. Ada memuji, terutama remaja, tetapi tidak kurang mengutuk, lebih-lebih oleh kalangan yangada kesedaran moral. Malah ada mencadangkan filem ini diharamkan!

Imej dari dailysocialguide.blogspot.com.

Sebahagian yang mengutuk filem ini mempertikaikan kewibawaan Lembaga Penapis Filem (LPF) meluluskan filem seumpama itu.

Khairulfaizi.com mencatatkan bahawa semakin hari semakin jijik untuk melihat dan menonton filem dikeluarkan penerbit negara ini. Blog ini mengaitkan faktor keuntungan menyebabkan soal agama dan adat sudah tidak lagi menjadi pertimbangan utama dalam penghasilan filem.

“Saya tidak dapat melihat apa-apa pun unsur yang positif daripada klip video ini (babak di Internet dipercayai dari filem Klip 3GP) melainkan ia bakal merangsang nafsu penonton dan sudah pasti ia akan dijadikan sumber utama menarik minat masyarakat khususnyaanak muda untuk menonton filem yang durjana ini,” catat blog berkenaan.

Blog itu turut mempertikaikan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) yang seolah-olah ‘serasi’ dengan filem seperti itu.

Soalnya, adakah LPF dapat memberikan kepastian bahawa filem seumpama ini dapat membina sebuah masyarakat bertamadun dan berakhlak mulia?

Sementara itu, pelbagai komen mengutuk dan mempertikai penghasilan filem Klip 3GP dapat ditemui di kerabatkenshiro.blogspot.com.

Kebanyakan komen terbabit menyifatkan filem itu ‘menjijikkan’, ‘lucah’, ‘tiru barat’ dan’pelakon Islam tetapi nama sahaja Islam’.

Mereka yang tidak senang dengan penghasilan filem ini turut membuka laman khas di Facebook dikenali ‘Kami Boikot Filem Klip 3GP’.

Pada kita, penerbit filem terbabit bekerja menghasilkan filem itu atas sifat lazimnya sebagai penerbit filem. Dalam kata mudah, ‘itu kerja mereka sebagai penerbit filem’.

Namun, apa yang lebih penting diperhatikan dan dipertikaikan ialah peranan LPF serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Apakah asas pertimbangan pegawai agensi itu ketika meneliti sesebuah filem?

Apakah sebenarnya yang mahu dicapai oleh LPF dan Finas dari filem seperti ini?

Ia mahu supaya mesej kerosakan akhlak sampai kepada umum, justeru masyarakat akan mula bertindak memperbaikinya? Sudah tentu ini jauh daripada akan berlaku!

Tidak adakah sekelumit rasa bersalah dan takut di kalangan pegawai LPF dan Finas, kebanyakannya beragama Islam, apabila meluluskan filem seumpama ini dalam konteks impak kerosakan moral dan kebejatan sosial yang bakal terhasil daripadanya.

Benarlah seperti diajar dan selalu diingatkan oleh alim ulama bahawa kita semua patut melahirkan golongan masyarakat yang takut kepada Allah.

Maknanya, jika dia pegawai LPF atau Finas, dia juga sepatutnya adalah pegawai yang takut kepada Allah! – inimajalah.com

"

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi