Isnin, 10 Oktober 2011

Skandal telekom: India fail kes ke atas empat termasuk Ananda Krishnan, Ralph Marshall

NEW DELHI, 10 Okt[themalaysianinsider] — Pihak berkuasa India memfailkan kes terhadap tokoh perniagaan Malaysia T Ananda Krishnan dan ketua eksekutif kepercayaannya Ralph Marshall bersama seorang bekas menteri telekomunikasi negara itu dan adiknya berhubung tuduhan konspirasi jenayah membabitkan urusan telekomunikasi Maxis dan Aircel.
Agensi berita Press Trust of India berkata tiga tiga syarikat termasuk Maxis telah disenaraikan dalam kes itu.
Dua syarikat lain ialah Aspro dan Sun TV dari India.
Bekas menteri India itu ialah Dayanidhi Maran dan adiknya bernama Kalanidhi.
Press Trust of India berkata Biro Siasatan Pusat (CBI) mengadakan serbuan ke atas premis kedua-dua beradik di Delhi dan Chennai.
“CBI telah memfaikan kes ke atas adik-beradik Maran, Ralph Marshall dan T Ananda Krishnan(gambar) dan tiga syarikat di bawah Seksyen 120b Kanun Keseksaan India yang dibaca bersama Seksyen 13(2) dan Seksyen 13 (1)(d) dan juga Seksyen 7 dan 12 Akta Pencegahan Rasuah.
“Kes ini didaftarkan pada 9 Oktober. Serbuan diadakan di New Delhi dan Chennai,” kata jurucakap CBI Dharini Mishra hari ini.
Bekas ketua Aircel C Sivasankaran mendakwa bahawa Dayanidhi Maran ketika menjadi menteri telah bertindak memihak kepada Kumpulan Maxis dalam pengambilalihan syarikat itu dan sebagai ganjaran pelaburan dibuat oleh syarikat itu menerusi rangkaian Astro di Sun TV dimiliki oleh keluarga Maran.
CBI berkata selepas Aircel dijual kepada Maxis pelaburan dibuat oleh firma Malaysia ke dalam bisnes keluarga Maran.
Dalam pada itu jurucakap Maxis ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata pihaknya sedar tentang perkembangan tersebut.
“Kami sedar mengenainya dan kami akan menghubungi anda kemudian,” kata pegawai komunikasi itu lagi.
Kumpulan Aircel merupakan rakan kongsi antara Maxis Communications Berhad dan Sindya Securities & Investments Private Limited dari India, yang mempunyai liputan perkhidmatan terbesar di negeri selatan Tamil Nadu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi