Ahad, 10 Oktober 2010

Agenda Musuh-musuh Islam



Sebelum ini Musuh-musuh Islam telah melaksanakan tiga fasa bagi menghancurkan dan menyekat kebangkitan Islam.


Fasa 1
Musuh-musuh Islam berpakat meruntuhkan Khilafah Islamiyyah kemudian membahagi-bahagikan negara-negara umat Islam yang dijajah. Mereka berusaha menakut-nakutkan umat Islam dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan. Mereka meruntuhkan masjid dan membakar kitab suci al-Quran. Mereka berusaha keras untuk menghancurkan benih-benih Islam.


Namun, ibarat tanah yang tandus akibat kemarau. Pokok-pokok semuanya mati. Tetapi apabila hujan turun, tanpa disangka benih yang masih tinggal di dalam tanah menumbuhkan pokoknya. Islam kembali subur di seluruh dunia walau sekuat manapun tekanan yang dikenakan ke atas umat Islam.

Fasa 2

Pada fasa kedua atau gelombang kedua penentangan terhadap Islam, mereka memasukkan fahaman-fahaman yang memisahkan ajaran Islam di antara satu juzuk dengan juzuk yang lain. Mereka menanam pelbagai fahaman seperti komunisme, sosialisme dan nasionalisme yang ditunjangi sekularisme bagi memisahkan umat Islam daripada ajaran Islam.

Fasa 3

Gerakan Islamisasi diwujudkan. Penerapan nilai-nilai Islam begitu mendapat sambutan daripada umat Islam. Padahal, ia adalah satu gerakan yang bertujuan untuk melambat-lambatkan atau menyekat kebangkitan Islam. Umat Islam menjadi keliru dan sebahagiannya bersetuju dengan gerakan Islamisasi yang dilihat lebih halus pendekatannya.

Fasa ini diikuti dengan satu program yang besar iaitu tragedi 11 September. Zionis antarabangsa sanggup mengorbankan bangunan tertinggi mereka semata-mata untuk melaksanakan misi menghancurkan gerakan Islam yang semakin kuat di beberapa buah negara di atas tiket memerangi pengganas. Islam dilabel sebagai agama pengganas. Umat Islam yang komited dengan ajaran Islam dianggap ekstrim. Akhirnya, timbullah fenomena Islamophobia padaa hari ini.

Pelan Baru

Akhirnya, Amerika membuat pelan baru di mana mereka akan menerima Islam tetapi tanpa siasah. Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap dalam sidang PBB mencadangkan untuk mewujudkan satu kelompok baru iaitu negara-negara Islam sederhana. Perkara ini disokong oleh Senat Amerika dan disambut oleh beberapa tokoh dari negara-negara Barat. Hal ini menepati rancangan mereka yang menggunakan pelan baru untuk tidak menentang Islam atau menolak Islam tetapi menerima Islam tanpa kekuatan politik.

Beberapa tahun akan datang diramalkan akan berlaku tiga fenomena:

PERTAMA

Munculnya Gerakan sufiyyah/tarekat/tasawuf di negara-negara umat Islam yang mencabut jihad dalam gerakan mereka. Membiarkan negara diperintah oleh orang kafir atau sistem kuffar. Membiarkan sistem yang merosakkan akar umbi Islam berlaku di kalangan umat Islam. Sufi dan tarekat tidak salah. Tetapi, apabila dicabut jihad itu adalah satu penyelewengan. Gelombang ini akan bangkit kembali. Kemudian, lahirlah satu kelompok umat Islam yang seronok atau ghairah dengan suasana itu.

KEDUA

Munculnya gerakan dakwah atas nama Islam yang tidak menjadikan siasah sebagai asas kekuatan bahkan membuang siasah dalam gerakan mereka. Gerakan ini sudah wujud. Tetapi, selepas ini akan tumbuh seperti cendawan musim hujan. Gerakan ini menjadi lebih kuat dan subur dalam beberapa tahun yang akan datang dengan mendapat pembiayaan khusus. Gerakan Islam seperti ini sebenarnya tiada kekuatan. Islam yang dicabut siasah adalah Islam yang tiada kekuatan.

Dalam satu kisah, Saidina Utsman Ibn Affan r.a. turun dari mimbar dan berkata: “Mana-mana perintah Allah di dalam al-Quran yang tidak dapat kita sempurnakan, maka kita akan menggunakan kuasa politik untuk menyempurnakannya.”

Islam itu sempurna. Sebahagian perintah Allah di dalam al-Quran tidak berhajat kepada kekuasaan seperti perintah solat dan puasa. Tetapi, untuk menyempurnakan sebahagian perintah Allah yang lain berhajat kepada kekuasaan. Seperti pengharaman arak, judi dan zina. Kuasa politik menyempurnakan perintah Allah tersebut.

Gerakan ini diberi layanan yang baik dan bebas bergerak mengajak manusia kepada amalan-amalan fardiyyah bagi membentuk peribadi muslim. Namun, kesan daripada gerakan ini, akan muncul satu gambaran bahawa orang Islam yang dianggap baik adalah mereka yang tidak mencampuri urusan politik. Urusan politik dianggap kotor. Perbincangan tentang sekularisme yang dianggap sudah hampir selesai akhirnya kembali mencengkam umat Islam.

Sebab itu kita lihat pada hari ini, masyarakat Islam begitu peka kepada arak dan judi. Mereka mengetahui dan menjauhinya. Tetapi, menegakkan sistem pengharamannya tidak. Kerana urusan ini ditegakkan oleh politik. Mereka jahil dan lupa tentang ahli politik yang menghalalkan judi kerana di dalam masjid hanya diajar tentang hukum memakan hasil judi dan berjudi. Tetapi, hal yang membiarkan perjudian adalah urusan politik. Politik dianggap kotor dan ia tidak diajar di dalam masjid.

KETIGA

Akan muncul garis pemisah di antara gerakan Islam yang memperjuangkan Islam secara syumul yang berada di satu pihak; mereka dilabel sebagai ekstrimis dan Islam fanatik dan di sebelah yang lain, satu blok negara-negara Islam yang sederhana yang diterima oleh Yahudi dan Nasrani dan negara-negara kuasa besar dunia dengan baik. Fenomena ini adalah hasil daripada pelan baru yang disebutkan di atas. Maka, berlakulah pertembungan besar dari sudut kefahaman Islam. Manakah ajaran Islam yang sebenar?

Wallahua’lam. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada fitnah akhir zaman.sumber


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi