Jumaat, 15 Oktober 2010

Sekolah Harapan: Alah bisa tegal biasa?

Kita sedia maklum, kerajaan negeri Melaka memulakan langkah dalam pembinaan dan pembiayaan sebuah sekolah khusus untuk pelajar hamil yang dinamakan Sekolah Harapan.

Sekolah yang ditempatkan di daerah Jasin, Melaka ini bahkan boleh menampung sehingga 40 orang pelajar. Ketika sekolah ini mula dilancarkan, saya berfikir untuk menyediakan masa membuat 'pemerhatian'


Ternyata setelah lebih kurang 3 minggu sekolah ini dibuka, hipotesis saya benar; akan berlaku pertambahan pelajar dari semasa ke semasa. Walaupun di peringkat permulaan kita tahu tiada yang berani mendaftarkan diri. Sehingga saat ini, media melaporkan bilangan pelajar sudah melebihi 10 orang bahkan ada yang telah melahirkan.
Apa yang perlu kita risaukan soal kuantiti?
Inilah perkara pokok dalam isu ini. Pada pandangan saya, sekolah yang pada awalnya hanya diperuntukkan untuk 40 orang pelajar sahaja ini begitu 'berisiko' besar untuk menambah bilangan kerusi dan meja untuk pelajar lain lagi.
Saya begitu bimbang, sikap 'keterbukaan' para menteri kita ini akan menjadikan pepatah 'alah bisa tegal biasa ' diterjemahkan dalam isu ini. Mula-mula malu, kemudian ramai yang mahu. Lama-kelamaan, tiada apa lagi yang akan menjadi 'isu' kerana ia telah menjadi sebati dalam masyarakat kita.
Para remaja yang gemar bersosial tanpa batasan akan mula berasa 'selamat' setelah ada jaminan bahawa mereka tetap boleh 'menjadi manusia' seperti rakan-rakan sekolah mereka yang lain walaupun sebenarnya nilai hidup sebagai seorang manusia berakhlak itu makin terhakis dalam diri.
Saya juga ingin menimbulkan dua persoalan yang nyatanya akan memberi kesan berbeza. Pertama, jika benar seorang pelajar itu hamil sebelum sekolah ini diwujudkan dan beliau benar-benar menginsafi perbuatannya, mungkin benar dirinya 'layak' ke sekolah harapan ini (jika berpandukan matlamat penubuhan).
Tetapi kedua, jika pelajar tersebut hamil setelah wujudnya sekolah ini akibat rasa selamat akan 'terjaminnya' masa depannya walau hamil di luar nikah, ini yang bermasalah. Bahkan masalah ini memberi kemudaratan yang lebih besar kepada masyarakat kita berbanding keadaan pertama. Bukankah mengelakkan kemudharatan yang lebih besar itu adalah lebih perlu kita utamakan berbanding mewujudkan kebaikan yang sedikit?
Benar, kita tidak akan mampu menjangkakan masa depan. Tetapi, jika jalan yang kita gunakan lebih berisiko dalam mengundang nilai negatif berbanding nilai positif untuk masyarakat, tindakan kita perlu dikaji semula.
Bernilai lagikah masyarakat kita jika hidup dalam budaya 'keterbukaan tanpa batasan' hingga mengurangkan nilai sensitiviti terhadap maruah dan kehormatan? Sumber

1 ulasan:

otaklunyai berkata...

Sya masih ingat dalam tempoh 10 ke 15 tahun lalu, seorang sahabat saya seorang Iman di sebuah masjid di kawasan Segambut, merungut menceritakan kaedah yang digunapakai oleh ketua Imam di masjid tersebut yang mengarahkan nya untuk menjadi saksi pernikahan sumbang laku remaja yang sudah termengandung. Dia berkata dia tidak gusar dengan ugutan ketua imam yang akan memecatnya sekiranya dia enggan menjadi saksi untuk menghalalkan dosa yang telah dilakukan oleh remaja itu, tetapi apa yang lebih dibimbangkan adalah kewajaran tindakan untuk menikahkan pasangan yang telah berzina dan mengandung diluar nikah demi menjaga air muka keluarga dan kampung... dan kini perkara itu telah menjadi amalan yang diterima pakai oleh masyarakat melayu yang kununnya amat teguh pegangan keislamannya. Dan para pasangan yang berzina telahpun berasa selamat sejak 10 ke 15 tahun dulu apabila pihak jabatan agama islam di malaysia yang kununnya amat arif dengan syariat Islam membenarkan bentuk pernikahan begitu tanpa mengkaji kesan buruk yang akan ditimbulkan kepada masyarakat dimasa depan.

Dan kini terbukti perlakuan sumbang oleh jabatan agama telah menjadi biasa dan sebagai kesan naik taraf kepada perbuatan itu "SEBUAH" sekolan zina dibuka untuk memberi ruang yang lebih luas dan lebih liberal kepada pelaku2 zina.

Dimanakan masyarakat melayu yang kununnya hebat keislamannya meletakkan darjat Islam itu sendiri. Mengapa masyarakat melayu yang kununnya begitu islam begitu payah untuk menerima kaedah yang telah ditetepkan oleh Allah S.W.T. untuk menangani permasalahan masyarakat manusia. Apakah pihak yang bertanggungjawab dalam membuat fatwa begitu mudah untuk membenarkan tindakan sumbang ini tanpa merujuk kepada perintah Allah S.W.T. yang amat jelas.

Sudah tiba masanya kita perlu malah wajib untuk merubah segala perlakuan sumbang oleh pihak yang diberi kuasa yang ternyata gagal melaksanakan perintah Allah dan gagal untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan Islam dan masyarakat setelah diberi kuasa oleh Allah S.W.T.

Atau apakah kita sudah bersedia atau amat berani untuk dihadapkan dimahkamah Allah Rabbul Jalil dengan dosa-dosa mereka akibat dari sikap ketidak pedulian kita terhadap kesejahteraan Agama Allah.

WALLAHUALAM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi