Khamis, 7 Oktober 2010

Media Punca PERKASA diperkasakan...


Media yang memberi liputan terlalu luas kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sehingga NGO tersebut kini menjadi begitu popular dan ditakuti masyarakat, kata setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau menyifatkan PERKASA sebagai satu makhluk raksasa yang mengerikan (monster), dan menyalahkan media kerana menyebabkan pertubuhan berkenaan dipandang sedemikian.

Bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, beliau cuba mententeramkan keadaan dengan mengatakan, PERKASA juga sama seperti pertubuhan lain yang memperjuangkan hak kaum masing-masing di negara ini seperti Dong Jiao Zong.

“PERKASA cuma satu NGO, ada banyak lagi NGO lain. Kita akan bersama dengan mana-mana NGO yang boleh membantu kita," katanya ketika ditanya mengenai hubungan di antara Umno dengan pertubuhan tersebut.

Beliau ditanya demikian, susulan daripada kenyataannya yang bercanggah sebelum ini mengenai hubungan antara Umno dan BN dengan PERKASA.

Ketika bercakap kepada sebuah portal berita, Tengku Adnan dilaporkan telah menyatakan pendirian bahawa BN perlu menjauhkan diri daripada PERKASA kerana tindakan pertubuhan itu telah menghakis sokongan bukan Melayu kepada parti berkenaan.

Beliau juga memberitahu sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa PERKASA telah menjadi satu bebanan kepada BN kerana pertubuhan yang diketuai ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali itu sering berbalah dengan pemimpin parti itu.
 -SUMBER-

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi