PRK Galas Pada Hari Bekerja..Sah SPR Kuda Kepang UMNO.
Hari ini sudah diketahui yang PRK Galas akan diadakan dalam masa 3 minggu lebih lagi. Apa yang mengejutkan ialah hari penamaan dan hari mengundi jatuh pada hari bekerja..
Penamaan Calon 26 Oktober bersamaan hari Selasa..
Hari Mengundi 4 November bersamaan hari Khamis!!
Nah SPR. Memang kaki balaci UMNO. Jika kawasan itu diyakini akan dimenangi oleh PR, maka SPR akan buat hari penamaan dan pengundian pada hari bekerja. Tujuannya adalah untuk elak kehadiran penyokong PR pada hari penamaan dan juga pada hari pengundian, untuk perlihatkan peratusan keluar mengundi jatuh. Ini bukannya fitnah, tapi lengkap berfakta. Ini dia tarikh PRK yang dimenangi oleh PR, telah berlangsung pada hari bekerja...
PRK Permatang Pauh : Hari mengundi pada 26 Ogos 2008 (Rabu)
PRK Bukit Selambau : Hari mengundi pada 7 April 2009 (Selasa)
PRK Bukit Gantang : Hari mengundi pada 7 April 2009 (Selasa)
PRK Permatang Pasir : Hari mengundi pada 25 Ogos 2009 (Selasa)
PRK Manek Urai : Hari mengundi pada 14 Julai 2009 (Selasa)
Tetapi bila ada PRK yang diyakini akan dimenangi oleh UMNO, maka SPR akan buat pada hari cuti sabtu dan ahad. Ini buktinya.
PRK Bagan Pinang : Hari mengundi pada 11 Oktober 2009 (Ahad)
PRK Hulu Selangor : Hari mengundi pada 25 April 2010 (Ahad)
Memang jelas bahawa macam ada satu rancangan untuk kalahkan PR di PRK Galas kali ini. Semuanya demi kepentingan politik UMNO untuk turunkan peratusan pengundi yang keluar mengundi. Apapun hanya satu pilihan yang ada di tangan PAS, iaitu isytiharkan cuti umum di hari pengundian itu sama seperti yang dilakukannya di Manek Urai dahulu dan juga apa yang dibuat oleh Lim Guang Eng dalam PRK Permatang Pasir dahulu.SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan