
Beliau tidak akan berdiam diri jika Kerajaan Negeri yang diterajuinya kini berdepan dengan fitnah daripada mereka termasuk memutar belit fakta sebenar yang didedahkan pihaknya semata-mata mahu menutup kelemahan pentadbiran sebelum ini.
Amaran itu ada persamaan yang pernah dibuat oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika menjadi menteri besar Terengganu dahulu dengan katanya "jangan jolok sarang tebuan".
Tapi malang sekali realitinya tidak demikian miskipun sarang tebuan sudah dijolok hingga pecah dan ibu dan bapa tebuan tak pun mengamak sehingga PAS tersungkur pada pilihanraya umum ke 11.
Cakap boleh cakap, tetapi tiba masanya tiada sebarang tindakan dilakukan untuk memperkasakan kerajaan yang diterajui. Yang dilakukan hanya memjawap fitnah demi fitnah punca pengundi mengalih sokongan dan menyokong Umno sebab PAS Terengganu kalah dengan pukulan KO.
Cakap bukan main sedap, hendak dedah itu dan ini tiba masanya diam membisu. Bukan setakat itu sahaja malahan kerajaan negeri Terengganu berhadepan dengan beberapa saman yang boleh menjejaskan reputasi kerajaan Islam.
Untuk menyakinkan rakyat, terutama orang melayu pendedahan penyeleweangan kerajaan Barisan Nasional cukup baik, kerana kebanyakan rakyat tak kena yang mana intan dan yang mana permata.
Lebih lebih lagi Umno begitu lama berjasa kepada rakyat berbanding PAS yang hanya empat tahun sahaja berjasa kepada rakyat. Apakah sangat PAS hanya baru dua tahu berjasa kepada Kedah.
Rakyat tak akan percaya dengan kerajaan yang baru memerintah miskipun sudah banyak melakukan perubahan yang cukup baik berbanding dengan Umno.Lebih lebih lagi kebanyakan rakyat hari ini tak kena mana dia kaca dan mana dia intan,
Boleh dikatakan PAS Terengganu sangat berjasa kepada rakyatnya, termasuk berjasa kepada orang umno iaitu meluluskan 50,000 lot tanah yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sepanjang pemerintahannya, termasuk menghapus cukai pintu dan Tol Jambatan sultan Mahmud yang jelas membebankan rakyat.
Oleh itu, pendedahan penyelewengan wajib dilakukan secara berkala agar rakyat faham dan tahu menilai betapa buruknya kerajaan Barisan Nasional dan berbandingkan dengan kerajaan PAS.
saya sangat setuju dengan tindakan MB Kedah mendedahkan mengenai hutang penggunaan bekalan air Kerajaan BN mencecah RM1.7 bilion,miskipun fakta itu diputar belit pemimpin BN kononnya salah. Inilah senjata untuk menjatuhkan kerajaan BN dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.
Jika tidak berbuat demikian jangan diharap rakyat akan memberi sokongan kepada PAS, kerana UMNO/BN lebih besar jasa konon kepada rakyat wahl hal umno/BN adalah pengkhianat yang tidak boleh di maafkan lagi.SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan