Ahad, 3 Oktober 2010

mat sabu - Judi dan Umno


Sepanjang perjuangan dalam politik negara, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menentang kewujudan judi dalam negara ini.
Sejak menerajui negara, Umno dan BN banyak meluluskan lesen judi seperti Toto, Magnum, Empat Nombor Ekor, Genting dan juga kilang arak seperti
Carlsberg serta rumah-rumah urut.
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, perjuangan PAS sentiasa menentang kemungkaran yang dilakukan oleh Umno dan BN.
“Sepengalaman saya selama tiga penggal menjadi ahli Parlimen, tidak pernah ada pemimpin Umno yang bangun menentang pemberian lesen judi yang dikeluarkan dalam negara ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah isu semasa di Pongsu Seribu, Tasek Gelugor malam tadi. Turut hadir ialah Exco Masyarakat Penyayang Negeri, Phee Boon Poh.
Dalam majlis tersebut juga sebanyak 200 borang pendaftaran warga emas baru bagi kawasan Parlimen Tasek Gelugor telah disampaikan kepada Phee untuk didaftarkan dalam sistem pendaftaran kerajaan negeri.
Katanya, kerajaan yang dipimpin oleh Umno jugalah yang mewujudkan Loteri Kebajikan Masyarakat sehingga menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam suatu ketika dahulu.
“Namun begitu, sejarah ini mereka lupa dan pinggirkan. Memang Umno mudah lupa kerana pemimpin mereka juga sering lupa akan apa yang telah mereka lakukan sebelum ini,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dalam isu sumber judi yang didakwa digunakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Mohamad membidas Umno negeri yang cuba mempolitikkan warga emas bagi kepentingan mereka.
Justeru, ujarnya dakwaan yang mengatakan warga emas menerima sumber judi dari kerajaan negeri sepatutnya diperhalusi dengan teliti dan jangan buat serangan semberono.
“Bagaimana dengan ‘sin-tax’ atau cukai dosa yang pernah dibangkitkan dalam Parlimen sebelum ini. Ada soalan bagaimana wang dari sumber judi yang dikutip oleh Kerajaan Pusat seperti cukai penjualan judi, arak, rumah urut dihabiskan.
“Walaupun mereka faham dan tahu hakikat kebenarannya, tetapi Umno dan BN senantiasa menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) khususnya di Pulau Pinang bagi memperlihatkan kepada rakyat negeri ini bahawa PR tidak mampu untuk memimpin negeri,” tegasnya lagi.
Beliau juga menyelar Umno Pulau Pinang yang mempolitikkan isu pemberian wang RM100 kepada warga emas yang disifatkan sebagai sumber dari wang judi.

Katanya lagi, sepatutnya Umno melihat kembali perlakuan mereka dalam menyalurkan wang kutipan hasil judi seluruh negara dan ke mana disalurkan wang dari punca tersebut sebelum menuduh orang lain bertindak sebaliknya.
“Inilah antara bukti terkini bahawa Umno dan BN itu sudah terdesak dan terpaksa memainkan pelbagai isu agama dan kaum supaya sokongan dapat diraih kembali.
“Saya juga yakin tindakan mereka ini adalah kerana ketakutan yang teramat sangat kehilangan kuasa berterusan yang tidak pernah diimpikan selama ini telah menjadi realiti dalam tahun 2008, kini dan selamanya,” katanya lagi.  sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi