Ahad, 30 Januari 2011

Tangga ke-2 bawa keluar wang haram, Malaysia bakal muflis – Anwar



LABIS: Malaysia kini berada di tangga kedua tertinggi di dunia yang mempunyai aliran keluar wang haram sekaligus bakal menempatkan Malaysia sebagai negara bankrap, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan Global Financial Integrity (GFI) di bawah kajian Illicit Financial Flow From Developing Country 2000 hingga 2009.
“Tahun 2000 sahaja, sejumlah USD 28 bilion wang dibawa keluar dari negara ini. Manakala pada 2008 telah naik sehingga 33%, iaitu dengan jumlah USD 68 bilion.''


Wang ini adalah wang rasuah, wang tipu dengan kerja-kerja tidak halal dan wang yang dilarikan daripada cukai. Maknanya, wang tanpa rekod yang dibawa keluar berjumlah RM240 bilion setahun,” katanya dalam ceramah pada kempen Pilihanraya Kecil Tenang di Dataran Wayang Pacak, malam tadi.
Anwar bagaimanapun mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan segera mengenai laporan tersebut, yang didakwanya sebagai tanda-tanda bahawa negara ini bakal muflis.
“Sepatutnya Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengambil tanggungjawab kerana ada laporan antarabangsa. Mana dia Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi?
“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil kena jalankan siasatan, tentang siapa yang bertanggungjawab melarikan wang dan khianat
kepada negara. Kalau macam ini alamatnya negara akan bankrap.
“Bila ditanya kepada Menteri, tak tahu untuk menjawab. Menteri apa ini? Sebab itu saya ulang, saya nak debat soal ekonomi. Bukan kita nak aibkan orang,” jelas Anwar di hadapan kira-kira 2,000 hadirin.
Beliau juga menegaskan, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, pesalah-pesalah tersebut akan didakwa dan wang tersebut akan dikembalikan kepada rakyat Malaysia.
Pada 20 Januari lalu, GFI – sebuah badan pemerhati kewangan menyenaraikan Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun.
Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.
Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.
GFI mendefinisikan wang haram sebagai merujuk kepada wang daripada aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan serta pengelakan cukai.
Sehingga kini, belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan, malah Perdana Menteri enggan mengulasnya ketika ditanya pada 21 Januari lalu.
Sehingga kini, belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan, malah Perdana Menteri enggan mengulasnya ketika ditanya pada 21 Januari lalu.

Tangga ke-2 bawa keluar wang haram, Malaysia bakal muflis – Anwar 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi