Khamis, 6 Januari 2011

Minyak masak oh minyak masak ....

Minyak Masak...Semakin Kritikal...

Masalah kekurangan bekalan minyak masak yang dilaporkan di beberapa negeri kini merebak ke daerah Manjung dan Perak Tengah menyebabkan ada peniaga makan terpaksa menutup kedai mereka.

Aminah Osman yang menutup kedainya di Seri Iskandar, Bota, dekat sini berkata, "Sebagai kedai menjual pelbagai makanan, saya memerlukan sekurang-kurangnya lima kilogram minyak masak setiap hari.

"Bagaimanapun semua kedai runcit di sekitar Seri Iskandar telah kehabisan bekalan sebelum saya terpaksa ke Sitiawan dan Seri Manjung untuk mencari bekalan tetapi turut hampa," katanya kepada Bernama.

Aminah berkata, usaha mendapat bekalan minyak masak di beberapa pasar raya dan kedai runcit juga gagal. Sementara itu, tinjauan di beberapa buah pasar raya di sekitar Sitiawan dan Seri Manjung mendapati rak-rak menempatkan minyak masak kosong.

Beberapa pelanggan yang ditemui merungut kerana beberapa kedai dan pasar raya ketiadaan bekalan bahan itu. Seorang peniaga restoran, Ahmad Abdullah, 56, berkata beliau mungkin terpaksa menutup restoran jika masih gagal mendapat bekalan minyak masak dalam masa sehari dua ini.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Manjung, Megat Zulkifli Megat Abd Halim berkata berdasarkan rekod bekalan, masalah itu sepatutnya tidak berlaku. sumber

2 ulasan:

pasulukinta berkata...

naikkan saja harga minyak, tentu bekalan penuh di rak rak kedai

Tanpa Nama berkata...

salah satu gimik politik umno untuk PRK Tenang ...skrip oleh apco.... bila sampai tarikh itu nanti ... minyak masak akan dilambakkan .... umno nampak gagah ....sebagai kaki surok minyak ...!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi