Beberapa penganlisis bebas telah menjalankan kajian awal antara dapatan yang mereka simpulkan ialah :-
1) 67 % pengundi Melayu mengundi BN
2) 73 % pengundi bukan Melayu mengundi BN
3) 86 % pengundi pos mengundi BN
Faktor kemenangan Isa :-
1) Isa dibesarkan di Bagan Pinang dan dilihat banyak berjasa kepada rakyat di Bagan Pinang
2) Kelemahan calon dan jentera PAS
3) Isu nasional yang digunakan oleh PR tidak memberi kesan kepada pengundi sebaliknya mereka memberikan respon kepada isu tempatan.
4) Faktor undi pos yang jelas berpihak kepada BN kerana BN bebas berkempen di kem dan ianya mudah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kelebihan BN
5)Rasuah, politik wang, ugutan, janji manis terus berleluasa
6) Penggunaan jabatan, agensi kerajaan, kemudahan kerajaan masih terus digunakan oleh BN tanpa rasa segan silu dan malu
7) Ramai pengundi tidak dapat mengundi kerana nama mereka tiada dalam daftar pemilih sedangkan mereka sudah bertahun-tahun mengundi di DUN tersebut.
8) Penggunaan media massa terutama TV dan Radio terus memainkan peranan utama untuk memutarbelitkan isu bagi memberikan kelebihan kepada BN
Didapati dari blog:SOFI WAHAB - Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka dan YDP PAS Kawasan Bukit Katil.
Kaedah: Jika barang itu menjadi perantara, maka tidak ada riba
4 hari yang lalu
2 ulasan:
Fakta yang menarik,memang Umno ada kekuatan tersendiri di Bagan pinang dan PAS juga ada konflik dalaman yang tak dapat di sembunyikan lagi kepada rakyat Malaysia termasuk pengundi bagan Pinang.
http://ijoks2009.blogspot.com/2009/10/jangan-jadi-macam-perang-uhud.html
Pengundi cina tidak beri kepada PAS bagi mengajar pas tentang perbalahan PAS dan DAP di Selangor. Kaum India juga begitu. Selepas PRU ke 12, walaupun PAS kalah, PAS langsung tidak membuat tindakbalas untuk melawat ladang-ladang mereka.
Kita tidak belajar dari kelemahan kita. UMNO menggunakan kesempatan ini bagi mencari kelemahan PAS. Kita PAS berjaya mentarbiah ahli sahaja. Ini kelemahan kita paling ketara. Kunjungan susulan penting kepada pengundi-pengundi walaupun kita kalah di sesuatu tempat, agar pegungi dapat menerima kita se adanya.
UMNO bijak menggunakan peerangan saraf dan peperangan siokologi bagi memikat hati pengundi, walaupun pada hakikat nya itu adalah janji.
Kesimpulan nya Baga Pinang bukan kemengan bagi UMNO. Pengundi tidak berkehendakan UMNO yang menang hanyalah ISA Samad.
Catat Ulasan