Jumaat, 30 Oktober 2009

PERLANCARAN 1MALAYSIA DI PERAK BN GAGAL

Perbelanjaan Kerajaan Pusat - RM600,000
(+) Kerajaan Negeri - RM600,000
(+) UMNO - RM300,000
-------------
RM1.5 juta (banyaknya duit diorang, betul ke? )
=========

Bas yang digunakan - 1500 buah
kalau penuh bas - 1500 x 40 = 60,000 orang
Bil penduduk Seluruh Perak (wikipedia bancian 2005) - 2.2 juta orang
Oleh krn tak ada makan,
dema bagi le RM10 sorang,
tapi mula-mula nak bagi RM50,
dan ada dijanji nak bagi RM100 - RM10 x 40(satu bas) x 1500 (bas) = RM600,000

Aih, tu jumlah upah makan,
x kan bas free kot???? baiknya
tokei bas tu, dengor kata dari selangor
pun ada, krn iklannya sampai ke Johor
ok simple congak orang kampung - RM500 (satu bas) x 1500 = RM750,000

jadi ada baki - RM1.5juta - (RM600,000 + RM750,000) = RM150,000

ehmm apa lagi yerk, ok x pe ler kita biarkan ianya berbaki = RM150,000

tapi mengapa teman kata gagal.... ok teman ambil pandangan orang ramai..

Orang DBI yang menyelia Stadium kata "Semua kerusi ada 25,000 je bang.." teman tengok x penuh pun.


Peniaga-peniaga di sekitar stadium kata " bisnes tak le lebat sangat.. sebab mungkin diorang dah masuk ke dalam, malas nak keluar pastu bila habis program diorang balik terus sebab bas tak boleh tunggu lama.." ehmm betul jugakk, sebab esoknya nak angkut budak sekolah pulak.

Cikgu salah sebuah sekolah di Chemor kata " kami diarahkan supaya semua pengawas sekolah berkumpul di sekolah pada pukul 5.30 ptg, sebab bas nak bertolak pukul 6petang, sapa lambat tinggal.." haaa budak sekolah apa diorang tahu, pengundi ker??

Semasa aku balik Kampung di Sungkai, ada makcik tu cerita dia kena tinggal sebab lambat kerana bas bertolak pukul 5 petang, esoknya bila dia tanya kat kengkawan dia penuh ke bas, kawan dia kata ada 2 orang je, sebab bas tak boleh tunggu sebab kena ikut arahan, 2 orang pun jalan jugakkk.. haaa satu bas yang besor tu 2 orang jer??

Perghhh sepanjang jalan nak masuk ke Ipoh sesak dengan Bas, memang le korang bayang le kalau dah 1500 buah bas, ini makna mereka di angkut pergi bukan dengan kerelaan hati...

Ramai yang tak boleh sembahyang kerana fasiliti surau atau tempat solat tidak mencukup dan suasana tidak mengalakkan mereka untuk sembahyang, lain semasa Pakatan memerintah orang ramai boleh solat di tengah padang... dan fasiliti dan suasana mengalakkan untuk sembahyang, penganjur kena bertanggungjawab kepada sesiapa yang tak solat..

dan korang cuba bayangkan kalau diorang buat untuk seluruh negeri - RM1.5juta x 12 = RM18 juta... perh banyak tu...


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi