Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menasihatkan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar tidak mengeluarkan kenyataan celupar meminta ahli-ahli politik mengelak dari mengulas insiden remaja 15 tahun mati ditembak polis.
“Adalah menjadi tanggungjawab warga PDRM untuk menuntut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid menutup mulut dari mengeluarkan kenyataan celupar dan tidak membantu usaha memperbaiki imej PDRM,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata kenyataan Khalid yang meminta ahli politik jangan campur tangan dalam kes menembak mati Allahyarham Aminulrasyid Amzah di Shah Alam Isnin lalu amat dikesali.
“Kenyataan beliau seolah olah ahli politik cuba mencampuri dan mengganggu urusan polis,” kata beliau lagi.
Mahfuz juga berkata, kenyataan ketua polis negeri itu juga dilihat sebagai satu percubaan yang terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat dari mempersoalkan integriti polis.
Kejadian yang menimpa Aminulrasyid, kata beliau, memburukkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan dan polis.
“Sedangkan tindakan yang diambil oleh ahli politik hanya bersifat untuk memberi pembelaan dan keadilan untuk mangsa dan keluarganya.
“Kepada anggota PDRM ingin saya nyatakan kenyataan ketua Polis Selangor telah menambah persepsi negatif rakyat terhadap polis,” katanya.
Kelmarin, Khalid meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden tersebut.
Beliau berkata campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan.
Dalam kejadian berkenaan kira-kira pukul 2 pagi, Aminulrasyid meninggal dunia selepas terkena tembakan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis.-BO

Ahmad Kamil, 55, berkata, dengan bantuan itu sudah pasti dapat meringankan bebanan pihak yang terlibat memandangkan mereka sudah ditimpa dengan musibah kejadian yang terjadi dengan tiba-tiba sahaja tanpa pernah disangka. 

Beliau turut menyifatkan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu hanya sebagai kemenangan sementara.


Di samping itu, Zaid juga diharapkan dapat mencari punca dengan sikap pengurusan Felda yang mengenakan bayaran sekitar RM340 hingga RM380 untuk mendapatkan geran sebagaimana yang berlaku di Felda Sungai Tengi peringkat dua.
Menurutnya, berdasarkan perjanjian asal, tiap-tiap hak milik tanah berkenaan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
i mengapa dikenakan bayaran sedangkan saya pun mendapat hak milik tanpa diminta bayaran,” ujarnya.
Bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mampu memberi nilai tambah kepada PKR, Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan negeri sendiri.
mengumumkan tiga agenda utama perubahan yang ingin dilaksanakan di Hulu Selangor sekiranya dipilih mewakili rakyat di kawasan itu dengan menyelesaikan isu pemilikan tanah Felda.Melalui pengalamannya menjadi Menteri Undang-Undang sebelum ini, beliau yakin mampu untuk memastikan para peneroka Felda mendapat hak pemilikan tanah yang sepatutnya.

Utusan sepatutnya malu atau setidak-tidak ingin terasa malu. Namun mereka yang tak tahu malu dan tak pernah merasa malu, tak akan merasa malu juga kesudahannya. Kemaluannya sudah tiada.










Belum pun kering air liur Ibrahim Ali pada keris Perkasa yang diciumnya Sabtu lalu, Najib pula umumkan pelancaran Dasar Model Ekonomi Baru (MEB). Bunyi memang gempak, tapi belum sampai 24 jam, pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz pecah rahsia.