Rabu, 21 April 2010

Tiga Agenda Utama Zaid Untuk Rakyat

KUALA KUBU BARU : Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan tiga agenda utama perubahan yang ingin dilaksanakan di Hulu Selangor sekiranya dipilih mewakili rakyat di kawasan itu dengan menyelesaikan isu pemilikan tanah Felda.Melalui pengalamannya menjadi Menteri Undang-Undang sebelum ini, beliau yakin mampu untuk memastikan para peneroka Felda mendapat hak pemilikan tanah yang sepatutnya.



Dengan menyelesaikan masalah tersebut, beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri campur tangan dalam menghadapi kerenah birokrasi yang menyulitkan isu tersebut.

Selain itu, dua agenda lain turut menyentuh kepentingan anak muda dan isu keperluan air percuma setelah perbincangan dan dipersetujui oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Apa-apa yang nak saya laksanakan saya mesti berbincang dengan Tan Sri Khalid," katanya.

"Sekiranya tiada sokongan rakyat, maka semuanya tidak akan berjaya," katanya dalam sidang media di Pusat Media PKR Hulu Selangor di sini semalam.

Melihat situasi perpindahan anak muda ke kawasan bandar, beliau mahu memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk rakyat khususnya golongan terbabit di kawasan itu.

Selain itu, beliau juga mahu ekonomi penduduk-penduduk di Hulu Selangor dipertingkatkan.

Pusat utama pelancongan hijau

"Golongan belia adalah masa depan Hulu Selangor, tetapi mereka meninggalkan kawasan ini kerana kekurangan peluang pekerjaan.

Maka kita mesti menukar Bukit Beruntung dan Lembah Beringin yang dilihat seperti bandar terbiar menjadi pusat pendidikan, perniagaan dan kebudayaan di Selangor," katanya.

Maka melalui agenda tersebut beliau mahu rakyat khususnya golongan muda berganding bahu dengan menukar Hulu Selangor menjadi pusat utama pelancongan hijau dan warisan semulajadi dalam negeri.

Sementara itu, Khalid menegaskan sekali lagi bahawa Zaid calon yang mampu memberi nilai tambah kepada PKR dan Pakatan Rakyat Selangor.

"Saya ingin tegaskan di sini kerajaan negeri melihat pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai nilai tambah dalam usaha kita untuk memajukan negeri Selangor.

"Sebelum beliau diumumkan sebagai calon, kita telah menilai beliau yang mempunyai pengalaman dalam membangunkan negeri ini," tambah Khalid.

Jika terdapat masalah mengenai pemilikan tanah beliau bukan sahaja memahami masalah tesebut malah boleh memberikan penjelasan mengikut landasan perundangan dan bagaimana hendak menguruskan masalah tersebut", jelas Khalid pada sidang media harian di Pusat Media PR semalam.

Malah nilai tambah perlu memandangkan Zaid boleh membawa isu penafian hak peneroka Felda ke Parlimen serta memberitahu cara-cara untuk menyelesaikan isu tanah menggunakan jalan perundangan.

"Kita mengalu-alukan usahasama antara Zaid dalam mendapat perkhidmatan yang terbaik. Melalui pengalaman dan kepakaran yang ada saya percaya beliau boleh memberi cadangan-cadangan yang dapat membantu meningkatkan nilai tambah rakyat," kata beliau




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi