Isnin, 26 April 2010

Campurtangan ntv7: Senator usul Dewan Negara bahas


KUALA LUMPUR, 26 April : Timbalan presiden DAP dan senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, hari ini mengemukakan notis kepada Yang Di-Pertua Dewan Negara bagi membahaskan campurtangan politik dalam urusan ntv7 yang didakwa menyekat kebebasan media dan membantutkan budaya perbahasan politik yang sihat.


Pada 20 April, lalu, penerbit kanan ntv7, Joshua Wong, yang bertanggungjawab terhadap rancangan 'Editor's Time' meletakkan jawatan kerana mendakwa wujudnya tekanan politik dari pihak kerajaan dan isteri Perdana Menteri ke atas stesen televisyen swasta berkenaan.

“Campur tangan politik dari pihak kerajaan - termasuk isteri Perdana Menteri yang bukan seorang ahli Eksekutif, pasti menyekat kebebasan media dan membantutkan budaya perbahasan politik yang sihat.

“Ia tidak membantu kita mencapai tahap negara maju, sebaliknya merupakan taktik yang digunakan oleh diktator negara mundur untuk terus membelenggu rakyatnya.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, atas alasan itu, Tunku Aziz berkata Parlimen perlu mengkaji dakwaannya secara serius.

Wong (kanan, tanpa kaca mata) pada sidang medianya, 22 April lalu berkata selain campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan, beliau juga dikenakan 'sekatan yang tidak munasabah' ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini.

Sekatan tersebut termasuk:

• Tiada perbincangan mengenai isu-isu politik
• Tidak dibenarkan menjemput pemimpin pembangkang sebagai tetamu, termasuk ahli parlimen PJ Utara, Tony Pua yang sepatutnya membincangkan topic berhubung Model Ekonomi Baru.
• Tidak membincangkan topik berkaitan pilihan raya kecil Hulu Selangor.

“Sekatan-sekatan tersebut ialah satu bentuk ugutan kepada kebebasan penerbit dalam siaran televisyen. Ia juga bercanggah dengan prinsip laporan media yang bebas dan independen. Ia juga satu bentuk hukuman kepada profesionalisme kumpulan penerbit.

“Usul ini juga dibawa dalam memastikan profesionalisme dan budaya kreatif media dan serta hak rakyat bersuara tidak terus terjejas,” kata Tunku Aziz lagi.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi