Jumaat, 9 April 2010

MAFREL: "Teguran kami Berasas"


Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh menyifatkan teguran badan itu terhadap tindakan Barisan Nasional (BN) meluluskan pelbagai projek di Hulu Selangor sebagai berkempen sebelum hari pengundian pilihan raya kecil Parlimen bermula adalah berasas.

Katanya, teguran tersebut selari dengan fungsi dan peranan badan itu dan tetap melakukan sama terhadap mana-mana pihak yang melakukan perkara sama tanpa memihak kepada sesiapapun.

“Kami adalah badan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pihak dan tidak bersikap pilih kasih dalam melaporkan kesalahan.

“Laporan kami berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan dengan tidak mengehadkannya terhadap pihak tertentu sahaja,” katanya kepada :Sinar Harian, :semalam.

Menurutnya, Mafrel sedia bekerjasama dengan setiap pihak, termasuk parti politik, tanpa melibatkan elemen politik dalam setiap laporannya.

Kelmarin, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menggesa SPR mengkaji semula peranan Mafrel sebagai pemantau pilihan raya yang dilihat sebagai alat kepada pembangkang dan didakwa bersikap tidak bebas dalam menyatakan pandangannya.

Syed Ibrahim turut mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berhubung laporan pilihan raya kecil (PRK) yang gagal dihantar badan bebas itu.

Katanya, sebahagian tuduhan tersebut tidak benar kerana mereka telah menghantar laporan PRK Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.

“Sebahagian PRK itu berlangsung secara berturutan dan masih dalam proses untuk diteliti.

“Kami akan menyiapkan laporan tersebut sebelum PRK Hulu Selangor,” katanya.

Beliau berkata, Mafrel sedia berkongsi maklumat kerana terdapat kejayaan yang diperoleh berdasarkan cadangannya dan dilaksanakan SPR.

Abdul Aziz kelmarin, mendakwa Mafrel gagal menghantar laporan sembilan PRK yang berlangsung sebelum ini dan kecewa penggunaan media sebagai saluran untuk mengkritik SPR.-S/H



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi