Jumaat, 30 April 2010

Dato' Mahfuz: CPO Selangor usah celupar, kami cuma bantu rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita25/mahfuz.jpgNaib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menasihatkan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar tidak mengeluarkan kenyataan celupar meminta ahli-ahli politik mengelak dari mengulas insiden remaja 15 tahun mati ditembak polis.


“Adalah menjadi tanggungjawab warga PDRM untuk menuntut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid menutup mulut dari mengeluarkan kenyataan celupar dan tidak membantu usaha memperbaiki imej PDRM,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.


Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata kenyataan Khalid yang meminta ahli politik jangan campur tangan dalam kes menembak mati Allahyarham Aminulrasyid Amzah di Shah Alam Isnin lalu amat dikesali.




“Kenyataan beliau seolah olah ahli politik cuba mencampuri dan mengganggu urusan polis,” kata beliau lagi.


Mahfuz juga berkata, kenyataan ketua polis negeri itu juga dilihat sebagai satu percubaan yang terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat dari mempersoalkan integriti polis.


Kejadian yang menimpa Aminulrasyid, kata beliau, memburukkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan dan polis.


“Sedangkan tindakan yang diambil oleh ahli politik hanya bersifat untuk memberi pembelaan dan keadilan untuk mangsa dan keluarganya.


“Kepada anggota PDRM ingin saya nyatakan kenyataan ketua Polis Selangor telah menambah persepsi negatif rakyat terhadap polis,” katanya.


Kelmarin, Khalid meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden tersebut.


Beliau berkata campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan.


Dalam kejadian berkenaan kira-kira pukul 2 pagi, Aminulrasyid meninggal dunia selepas terkena tembakan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis.-BO

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi