Jumaat, 30 April 2010

Wanita Melayu Malaysia Berjaya Tuntut Cerai Fasakh



KUALA LUMPUR: “Syukur, alhamdulillah, tiada kata dapat diucapkan,” kata Farinnie Mohd Farid, bekas isteri lelaki Lubnan yang mendakwa dirinya sebagai ‘hartawan’, Ellie Youseff Najem.

Farinnie, 24, menarik nafas lega apabila Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Mamat Haizan Salleh membenarkan permohonan cerai fasakh dengan Ellie, 50, di dalam kamarnya, semalam.

Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farinnie ketika ditemui berkata, mahkamah membenarkan permohonan anak guamnya selepas bersetuju dengan alasan dan keterangan saksi yang dikemukakan ketika prosiding kes itu dijalankan.

Selain itu, mahkamah juga bersetuju bahawa Ellie mendatangkan mudarat kepada tubuh badan Farinnie dengan memaksa wanita itu melakukan hubungan secara lucah selain memaksa memakai lambang keagamaan serta menyambut perayaan Hari Easter.

Mahkamah juga menerima semua bukti gambar yang dikemukakan bagi menunjukkan kedudukan akidah defendan.

Oleh itu, permohonan Farinnie dibenarkan dan wanita itu diperintahkan untuk beredah.

Farinnie mengemukakan permohonan cerai fasakh terhadap Ellie bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk membubarkan perkahwinan mereka.

Pasangan itu yang berkahwin pada 6 Oktober 2005, dikurniakan dua cahaya mata, Prince-Kovadis Elias Youssef Najem, 3, dan Nur Analeeza Sofya, 2.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi