PAS hari ini menganjurkan beberapa siri perhimpunan secara aman di beberapa lokasi bagi mendesak kerajaan menamatkan kontrak syarikat perunding perhubungan media, Apco Worldwide yang didakwanya terbabit dengan ciptaan gagasan 1Malaysia yang menyerupai gagasan One Israel.
Laungan "Undur Apco" dan "Hancur Israel" bergema di perkarangan masjid Kampung Baru, di Kuala Lumpur hari ini.
Lebih 200 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan ini yang diadakan selepas solat Jumaat.
Menurut Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, kerajaan tidak wajar mengambil Apco dan Asiasoft Malaysia sebagai penasihat dan perunding.
“Malaysia tidak ikhlas membantu Palestin menentang Israel. Bagaimana mereka boleh menggunakan perkhidmatan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel,” katanya pada ucapannya.
Kamaruzaman mendakwa Airsoft Malaysia sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel mempunyai akses ke atas sistem keselamatan Malaysia menerusi projek sistem komputer dengan Polis Diraja Malaysia.
“Ini jelas pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat,” katanya.
Mereka juga membawa sepanduk yang tertera “Tamatkan Apco” dan “Jahanam Israel”.
Turut hadir pada perhimpunan ini Ketua Pemuda PAS, Suhaimi Abdul Aziz dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ustaz Shafie.
Orang ramai kemudiannya bersurai secara aman pada jam 2:15 petang.
Perhimpunan yang sama juga diadakan di pekan Kulim Bandar-Baru, dengan kehadiran lebih 200 orang.
Demonstrasi ini diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kulim Bandar-Baru Mohamad Khairi Saleh and Ketua Pemuda Padang Serai Abu Tolib Yahaya
Ia berlangsung selama kira-kira 15 minit dan mereka terpaksa bersurai apabila hujan lebat.
Antara kain rentang dan sepanduk yang dibawa berbunyi “Tidak kepada Apco dan Tidak kepada Asiasoft” dan “Bersama Menjaga Kedaulatan Negara”.
Selain itu, ahli-ahli PAS juga mengedarkan seribu risalah kepada orang ramai supaya menyokong tuntutan syarikat berkenaan ditamatkan.
Pemimpin mereka kemudiannya menuju ke balai polis untuk membuat laporan supaya kerajaan menyiasat perkara itu dan bertindak.
Di Ipoh, Pemuda PAS Perak menuntut kerajaan memulangkan kepada rakyat, wang RM77 juta yang diberikan kepada Apco Worldwide sebagai bayaran khidmat rundingannya.
Ketua penerangannya, Mohd Akmal Kamuruddin berkata pembaziran wang rakyat itu sepatutnya dibayar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wangnya sendiri.
Katanya, wang RM77 juta yang dibelanjakan untuk mengagung-agungkan Najib sepatutnya digunakan untuk membina rumah, membekalkan bekalan air paip serta elektrik kepada ribuan rakyat miskin di negara ini.
“Ahli Umno adalah pengkhianat bangsa dan juga Islam kerana pembabitan mereka dengan syarikat yang berkaitan dengan Israel,” katanya.
Nota: Semua gambar di atas adalah dirakamkan di Ipoh, Perak
ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Jumaat, 16 April 2010
PAS anjur perhimpunan bantah Apco
-malaysiakini-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Surah Hud ayat 15-16
15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2010
(374)
-
▼
April
(28)
- Dato' Mahfuz: CPO Selangor usah celupar, kami cuma...
- Wanita Melayu Malaysia Berjaya Tuntut Cerai Fasakh
- Mangsa tembak tahun lepas juga akan saman
- Kes Enjin Hilang : Jeneral, Empat Pegawai saman AT...
- APCO Hantar Perisik Sejak 2002?
- BN bukan lagi parti masa depan - Mustafa
- Campurtangan ntv7: Senator usul Dewan Negara bahas
- Populariti Zaid Melonjak Dengan Kehadiran TGNA
- Anwar: Kamu Boleh Hukum Saya, Tetapi Kamu Tidak Bo...
- Hakikat & kenyataan nya UMNO telah bersekongkol dg...
- P94 Hulu Selangor:Peneroka taruh harapan kepada Zaid
- Pilihan Raya Kecil Pas Pertingkat Jentera Pilihan ...
- Tiga Agenda Utama Zaid Untuk Rakyat
- Zambry kini tertekan dengan ‘3 katak’
- DAP cabar Umno buat pengakuan tak minum arak
- Utusan Berjaya Melahirkan Pemfitnah
- Sekat Iran, Najib dicabar saman media antarabangsa
- PAS anjur perhimpunan bantah Apco
- Hadiah Dari BN : Tarif Elektrik Dijangka Naik Pert...
- MAFREL: "Teguran kami Berasas"
- MCA Pulau Konvensyen BN Petanda BN Sedang Menuju K...
- BN Membuli Rakyat Hulu Selangor
- Ahli Parlimen Indera Mahkota Saman Utusan RM29 Juta
- edisi bongkar: isu dan strategi kempen BN di Hulu ...
- raja nong chik menggelabah di parlimen: DBKL Hanya...
- Saya bantah langkah MEB hapuskan 100% kuota ekuiti...
- Sidang DUN Perak tanda Demokrasi terkubur
- Dun Perak Tidak Hormati Rakyat - Bersidang Cuma Du...
-
▼
April
(28)
blogger sempoi
-
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi4 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 tahun yang lalu
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??5 tahun yang lalu
-
DIET KENYANG AZUE - DAY 35 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 tahun yang lalu
-
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya6 tahun yang lalu
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 tahun yang lalu
-
-
Promo Indomaret8 tahun yang lalu
-
Pecah Berita Lagi!!!8 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 tahun yang lalu
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara9 tahun yang lalu
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
Zikir Munajat.avi9 tahun yang lalu
-
-
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?9 tahun yang lalu
-
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio10 tahun yang lalu
-
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre12 tahun yang lalu
-
-
'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'12 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah12 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam12 tahun yang lalu
-
Hujan Itu Rahmat13 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan