Semua pasti tertunggu-tunggu akan
pengumuman tarikh pilihan raya umum
yang akan datang. Ia mungkin berita paling
sensasi buat semua. Ramai yang tahu
siapa yang akan menang. Orang BN atau
penyokong BN tidak sabar untuk mengetahui keputusannya, begitu juga orang Pakatan, atau penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang
diketuai oleh Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Jika Anwar berjaya mengalahkan Perdana
Menteri BN, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dijangka, keadaan
akan parah bagi parti Barisan Nasional yang telah memerintah selama 5
dekad. Ada juga bercakap tentang pengaliran keluar wang yang banyak
dan bagaimana ratusan mesin pencarik telah disiap sediakan untuk
mencarik semua dokumen yang dikhuatiri boleh menjadi bukti.
Sememangnya akan berlaku huru-hara selepas PRU ke -13, tetapi itu sememangnya adalah sebahagian dari politik dan politik sememangnya
kotor.
Tetapi bagi kita, rakyat Malaysia yang tidak bertanding,
Kini, penyokong Pakatan Rakyat semakin yakin bahawa PRU yang
ke-13 adalah pengakhiran untuk BN atas pelbagai sebab.
Mudah-mudahan, mereka tidak terlalu mudah merasa selesa
hanya dengan keputusan pungutan suara yang diadakan baru-baru
ini yang menunjukkan peratusan populariti Najib telah menjunam
sebanyak 6 peratus. Perjuangan ini jauh dari berakhir.Ssebenarnya
ia belum pun bermula. Jadi, sebelum DAP, PAS dan PKR mula
bergembira atas ‘kemenangan’ itu (ya, ramai Ahli Parlimen dan
ADUNs sudah pun mengucapkan tahniah kepada masing-masing!),
mereka benar-benar harus mengggunakan lebih banyak masa mengatu
r strategi dan jentera mereka yang masih jauh dari memuaskan.
Tetapi bagi kita, rakyat Malaysia yang tidak bertanding,
kita boleh cuba membayangkan masa depan tanpa BN.
Bagaimanakan kehidupan dengan Pakatan?
Akan disaksikan adalah sambutan kemenangan besar-besaran
Rakyat akan meraikan kemenangan
Akan disaksikan adalah sambutan kemenangan besar-besaran
di kawasan bandar dan daerah di seluruh Negara. Orang ramai
pasti keluar di jalanan dengan senyuman gembira dan bersama
-sama menyambut kemenangan dengan sorakan selepas
tumbangnya rejim angkuh dan sombongan itu.
Rakyat Malaysia akan diseru untuk bersatu dan memberi layanan yang
Pembaharuan yang sudah lama ditunggu-tunggu akan dilaksanakan
dengan seberapa segera sejurus selepas Parlimen bersidang.
Apa yang boleh dilaksanakan secepat mungkin akan diumumkan
dalam media. Kerajaan Pakatan yang baru akan melancarkan
kempen untuk menerangkan dan mendidik semula rakyat tentang
hak-hak asasi mereka.
Rakyat Malaysia akan diseru untuk bersatu dan memberi layanan yang
sama rata di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Kekok pada
mulanya, akan tetapi, rakyat Malaysia akan mula menerima
kenyataan dan berganding tangan untuk menyatakan bahawa kita
semua adalah rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit dan
keturunan.
Sikap perkauman sememangnya tidak akan hilang dengan begitu cepat.
Sedikit demi sedikit, pengenalan diri, sijil lahir dan passpot
akan tidak lagi mempunyai ruang untuk pengenalan kaum. Agama
juga mungkin tidak dinyatakan di masa hadapan, apabila rakyat
Malaysia mula menghargai kebebasan yang baru dikecapi. Akta
Perhubungan Kaum juga akan diluluskan untuk memastikan sikap
perkauman boleh disabitkan sebagai kesalahan dibawah undang
undang.
Sikap perkauman sememangnya tidak akan hilang dengan begitu cepat.
Namun, pada masa ini, ia tidak mungkin akan disabitkan sebagai
atu kesalahan.
Meritokrasi dan persaingan sihat akan mula diamalkan di Malaysia,
Bila suasana sudah berubah, semakin ramai yang akan berani
untuk meruntuhkan tembok penghalang dan mula menerima setiap
orang dengan identitinya sendiri. Persahabatan tanpa mengira
kaum akan berkembang dan menular disegenap tempat.
Ini sememangnya sesuatu yang harus disuburkan dan bukanlah
dikekang.
untuk hari esok yang lebih cerah. Kerajaan juga akan mencari jalan
untuk membantu yang lemah. Rakyat Malaysia akan keluar dari
tempurung mereka dan berani untuk melakukan kelainan. Sekarang
sudah tiada orang yang akan mengahalang mereka dari melakukan
itu dan ini.
Satu Suruhanjaya Diraja akhirnya akan dibentuk untuk menyemak dan mentransformasikan Polis Diraja Malaysia agar bertaraf dunia, dan
Berakhirnya segala jenis penindasan
Satu Suruhanjaya Diraja akhirnya akan dibentuk untuk menyemak dan mentransformasikan Polis Diraja Malaysia agar bertaraf dunia, dan
menjadi sebuah organisasi abad ke-21 yang cekap, bersih dan
amanah. Berdedikasi untuk memberi khidmat kepada rakyat dan
negara dengan integriti dan menghormati hak asasi manusia, dan
pada pada masa yang sama mengekalkan sikap berkecuali dengan
sepenuhnya.
Badan Kehakiman akan dirombak untuk mencerminkan kebebasannya
Satu lagi Suruhanjaya Diraja akan ditubuhkan untuk memastikan
bahawa Angkatan Tentera Malaysia tidak sama sekali akan terliba
t dalam mainan politik dan bebas dalam menjalankan tugas mereka.
Mereka juga akan diingatkan bahawa tugas mereka adalah kepada Raja
dan negara dan akan mempertahankannya tanpa melayan
permintaan ahli-ahli politik rakus. Ini sudah pasti bukan skop
kerja Angkatan Tentera Malaysia.
Badan Kehakiman akan dirombak untuk mencerminkan kebebasannya
yang mutlak. Ia juga untuk memastikan ‘check dan balance’ badan
Eksekutif dan Perundangan sistem kerajaan Malaysia.
Sementara itu, perkhidmatan awam juga akan menyaksikan perubahan
Sementara itu, perkhidmatan awam juga akan menyaksikan perubahan
yang baik di mana gaji akan naik lebih berpadanan dengan pasaran
semasa. Ini boleh berlaku apabila pembaziran yang tidak munasabah
telah dipotong.
Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kuno dan usang, Akta Rahsia
Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan latihan semula untuk
memastikan pekerja mahir adalah mencukupi bagi pasaran kerja.
Kabinet juga akan melihat pengecilan dengan pelupusan Kementerian
dan jawatan Menteri yang tidak penting.
Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kuno dan usang, Akta Rahsia
Rasmi, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan Akta, Akta Hasutan dan
Ordinan Darurat juga akan dimansuhkan.
Orang ramai akan digalakkan untuk bersuara tanpa rasa takut,
Orang ramai akan digalakkan untuk bersuara tanpa rasa takut,
manakala media arus perdana yang selama ini dikawal oleh
BN akan diberi kebebasan untuk menyiarkan kebenaran yang
tidak diputar-belitkan dan pada masa yang sama menjaga
etika kewartawanan tanpa ada berita palsu yang mengelirukan.
Status bumiputera tidak akan dihapuskan seperti yang ditakuti tetapi
Kita semua bersaudara
Status bumiputera tidak akan dihapuskan seperti yang ditakuti tetapi
kerajaan akan memastikan bahawa ini akan secara beransur-ansur
diperluaskan kepada orang lain.
Kerajaan juga akan menjalankan projek-projek untuk melebarkan
Kerajaan juga akan menjalankan projek-projek untuk melebarkan
akses internet kepada penduduk luar bandar, dalam usaha untuk
mewujudkan rakyat yang celik dan berilmu.
Tadbir Urus akan dilakukan dengan system Kompetensi, Akauntabiliti
Kebarangkalian besar, Bahasa Inggeris sekali lagi akan menjadi medium pengajaran Sains dan Matematik. Sekolah vernakular mungkin
akan dimansuhkan untuk menjadi sekolah kebangsaan di mana
bahasa Melayu dan Inggeris adalah medium pengajaran. Pilihan akan
diberi untuk mempelajari bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa
ketiga yang wajib. Kebanyakan pendidik percaya semangat
nasionalisme bermula dari usia muda, dan dengan memisahkan
kanak-kanak hanya akan membawa kepada perpecahan.
Tadbir Urus akan dilakukan dengan system Kompetensi, Akauntabiliti
dan Ketelusan (CAT) dan akan dilaksanakan di peringkat Persekutuan,
dan juga di semua negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan.
Ini akan menyekat perbuatan rasuah. Kronisme juga akan
pupus setelah amalan wajib tender dilaksanakan.
Anwar dan pasukannya juga akan melaksanakan latihan semula
Anwar dan pasukannya juga akan melaksanakan latihan semula
secara besar-besaran untuk memastikan pekerja-pekerja
menjadi cukup mahir bagi pasaran kerja. Mereka juga akan
mengkaji semula polisi-polisi yang sedia ada dan mengurangkan buruh
asing yang tidak perlu yang menyekat kemajuan ekonomi negar
a dan boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan kita.
Kilang-kilang dan perladangan akan digalakkan untuk beralih
kepada automasi penuh untuk menangani pergantungan yang semakin
meningkat terhadap tenaga kerja asing.
Gaji akan meningkat dan skala gaji minima akan mula berkuat kuasa.
Ekonomi akan kekal sebagai suatu cabaran besar buat kerajaan baru
. Untuk meningkatkan taraf ekonomi, kerajaan akan mengkaji semula
bajet 2011 dengan memotong perbelanjaan yang besar dan sia-sia dan memansuhkan projek-projek yang bermodal besar dan mengalihkan
dana itu kepada sektor-sektor yang kritikal.
Gaji akan meningkat dan skala gaji minima akan mula berkuat kuasa.
Ini akan memberi manfaat kepada sektor besar Malaysia dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara dengan kuasa pembelian rakyat yang
lebih besar. Untuk menarik pelaburan asing, kerajaan akan
meningkatkan amalan perdagangan bebas yang akan memberi
manfaat kepada negara dalam jangka masa panjang.
Proses pembaikpulih negara akan bermula. Rakyat Malaysia
Akhirnya, pembaikpulihan akan bermula
Proses pembaikpulih negara akan bermula. Rakyat Malaysia
tidak sabar-sabar untuk menanti masa depan yang lebih cerah dan lebih
gemilang.
Kehidupan masyarakat seperti yang kita tahu ini akan berubah ke arah
Kehidupan masyarakat seperti yang kita tahu ini akan berubah ke arah
kebaikan dan akan menjadi jauh lebih berbeza dari apa yang
kita lalui sekarang – setelah penat ditindas oleh BN selama
50 tahun pemerintahan.
Tetapi, jika BN menang, iklim politik, ekonomi dan sosial akan kekal
Rakyat Malaysia mesti bersedia untuk perubahan dan belajar untuk
melakukan perkara-perkara yang berbeza. Untuk cemerlang, kita
akan perlu untuk berusaha lebih gigih dan kerana akan ada lebih
banyak peluang terbuka apabila rasuah yang memberi peluang
kepada kekayaan segera sudah pupus.
Tetapi, jika BN menang, iklim politik, ekonomi dan sosial akan kekal
tidak berubah. Najib dan UMNO sentiasa menjanjikan pembaharuan
yang melangit. Sebaliknya, kita tahu mereka tidak pernah menunaikan
janji mereka kerana mereka tidak pernah pun melakukannya sebelum
ini. Tidak sampai sebulan selepas itu, Ibrahim Ali dan koncu-koncunya
akan muncul dan mengugut kaum-kaum minoriti sekaligus
mengakibatkan perpecahan orang Melayu untuk kesekian kali.
Perubahan yang bakal dibawa oleh pilihan raya umum benar-benar
Kehidupan kekal sama seperti 50 tahun yang lalu. Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi Perdana Menteri
untuk tempoh lima tahun seterusnya. Keamanan akan diganggu oleh
orang-orang pengacau Perkasa setiap kali ahli politik UMNO perlu
mengalihkan perhatian negara daripada kerakusan mereka yang
membabitkan wang berbilion-bilion, contohnya dua loji tenaga nuklear
bantuan Perancis.
Perubahan yang bakal dibawa oleh pilihan raya umum benar-benar
harus dinilai oleh rakyat Malaysia kerana undi merekalah yang akan
menentukan segalanya. Jadi, undilah dengan bijak.
- Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan