Rabu, 28 September 2011

pru13:Tektik Media Massa Di Malaysia Diperkudakan Oleh UMnGOK BN

Apa media BN buat sewaktu dekat dengan pilihanraya?




Dari aspek kebebasan media dunia, Malaysia menduduki tangga tercorot. Semua media utama di Malaysia masih dikongkong BN. Kongkongan ala komunis ini dibuat bagi menyekat maklumat sampai kepada rakyat.

Bagaimanapun BN agak cerdik kerana memberi permit kepada Harakah dan Roket yang mewakili suara pembangkang, itu pun terhad untuk ahli sahaja. Apabila ada pihak yang pertikai kebebasan akhbar di
Malaysia mereka akan berkata, "kalau tiada kebebasan akhbar macam mana Harakah dan Roket diberi permit?" Walhal semua media elektronik dan akhbar-akhbar utama tidak dibenarkan memberi ruang kepada pembangkang, jika mereka degil permit akan ditarik serta-merta!

Media-media utama tersebut bukan setakat dipaksa sokong BN tapi diprojekkan dengan propaganda BN. Menjelang pilihanraya, semua media tersebut menjalankan propaganda mengikut arahan khas dari pihak atas, yang dipercayai dengan nasihat perunding mereka iaitu Yahudi APCO. (Sebelum APCO penasihat mereka ialah Sathi & Sathee juga sebuah perunding Yahudi).

Berikut adalah penekanan khas yang diberi oleh media setiap kali akan berlangsung pilihanraya (ia berlaku sejak 1990):

1. Membangkitkan isu Hudud dan negara Islam kerana merasai peluang terbaik menampakkan kononnya perbezaan PAS-DAP

2. Ahli parti pembangkang keluar beramai-ramai untuk sertai parti komponen BN. Misalnya beribu ahli PAS masuk UMNO, yang sebenarnya ialah 'UMNO masuk UMNO'

3. Menggambarkan berlaku keretakan dalam pakatan pihak lawan BN dengan menonjolkan perbezaan pandangan. Jika ianya tidak berlaku maka mereka akan mengada-adakan cerita bohong dan fitnah mengenai 'perkelahian' yang wujud

4. Serangan bertalu-talu untuk isu tertentu yang difokuskan mereka. Misalnya sejak 1990... PAS kerjasama dengan DAP, PAS gugur negara Islam, PAS nak lelong Putrajaya, Tuhan 'mencarut', buku Shit karya Shahnon Ahmad dll. Yang terbaru isu Mat Sabu sokong Mat Indera. Modus operandi mereka sama sahaja iaitu mengasak bertalu-talu dengan kekuatan media yang mereka miliki.

5. Menampilkan imej PM disokong ramai rakyat dengan menyiarkan Najib diserbu rakyat dalam suasana berhimpit-himpit. Walhal itu semua cuma lakonan yang dibuat di tempat agak sempit (bagi menampakkan kesesakan) dan menggunakan teknik focus dan cropping

6. Peruntukan, pemberian atau sumbangan yang banyak oleh pemimpin BN di mana-mana

7. Imej positif PM difokuskan dalam pelbagai situasi, misalnya naik bas, naik keretapi, naik basikal, makan bersila, masuk masjid, masuk pasar dll.

8. Menimbulkan ancaman dan ketakutan di kalangan rakyat. Misalnya PR menang DAP (Cina) berkuasa, PR menang negara huru hara, PR bawa ideology komunis, PR menang kuasa asing akan menjajah dll.

9. Berikut adalah istilah/frasa wajib yang digunakan oleh media BN untuk pembangkang menjelang pilihanraya:

a) Terdesak
b) Hilang sokongan
c) Celaru
d) Ketandusan isu
e) Mengalih isu
f) Menutup kelemahan
g) Menyebarkan dakyah
h) Menyemai kebencian
i) Kepentingan politik
j) Memperalatkan
k) Berdolak-dalik
l) Propaganda
m) Permainan politik
n) Sandiwara
o) Cuba mengkaburi
(Cuba baca mana2 akhbar BN hari ini... istilah di atas wajib ada dalam ayat yang digunakan)

10. Laporan bohong dan fitnah mengenai pembangkang, mengulang-ulang pembohongan itu dan memanjangkan komentar terhadap pembohongan tersebut bagi menampakkan seolah-olah ia benar, sesuai dengan prinsip Joseph Gobbels (Menteri Penerangan kerajaan Hitler) iaitu 'bohong yang diulang-ulang akan dipercayai orang akhirnya'
Oleh: Saiburi Sudin


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi