Jumaat, 16 September 2011

Pengakuan PM Bangladesh menyerlahkan kebobrokan BN dan pencacai...

PKR minta siasat pengakuan PM Bangladesh

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Sept: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, lapor Keadilan Daily.

“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.

“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani
tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Keadilan Daily,
hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kuantan berkata demikian apabila
diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik
dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan
kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri Negara itu.

Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh
di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi
parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam
beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak
tahun lalu.

Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam
Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi