Assalamualikum, Abang Mat berjaya akhirnya mendapat perhatian dan publisiti yang besar bilamana menyatakan kominis dan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan sebenar.Kini semakin ramai yang mula melihat semula sejarah yang selama ini disembunyikan.
Kominis bukanlah untuk disokong tetapi fakta sejarah yang pernah terjadi di Negara perlu diakui, Maka kebudak budakan mereka yang menuduh PAS dan Abang Mat sebagai penyokong kiminis.
Namun lebih dulu dari kehadiran kominis dan Mat Indera dalam kancah perjuangan kemerekaan, sudah muncul wira wira bangsa menentang penjajah dimulai oleh Dato' Maharajalela yang dengan berani berjaya membunuh Residen British yang pertama, tetapi malangnya,sejarah perjuangan Dato Maharajalela tidak ditulis dengan betul oleh sejarah.Satu fakta ia itu kegagalan perjuangan Dato Maharajalela tidak dikupas secara mendalam oleh sejarah.
Yang ditulis hanyalah setakat ada pembelotan pengikut dato' Maharajalela yang akhirnya menyebabkan dato Maharajalela dibunuh British.Tetapi tidak dikupas bahawa pengikut Dato' Maharajalela adalah dari bangsa melayu beragama Islam tetapi terpesona dengan kenikmatan dan kemewahan dunia yang ditawarkan British, yang mula melupai jatidiri sebagai seorang melayu, lupa ajaran Islam hanyalah kerana seluar pendek yang diperkenalkan British.
Jika ditinjau perjaungan menentang penjajah selepas Dato' Maharajalela, taktik yang sama digunakan British untuk menghapuskan perjuangan ini.Dato' Bahaman dan Mat Kilau di Pahang, Dato' Hj. Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Kenali di Kelantan antara pejuang yang gagal kerana kelekaan bangsa Melayu yang terpengaruh dengan tawaran British.Malah dalam kes Tok Kenali, yang mengusung jenazahnya setelah dibunuh British ialah orang Melayu dan yang melihat Jenazahnya dipamerkan di Kota Bharu ialah orang Melayu.
Akhirnya, Melayu menjadi satu bangsa yang hina kerana pembelotan segelintir orang melayu ini dan dengan itu juga muncullah British sebagai penyelamat bangsa melayu dengan menjadikan Tanah melayu sebagai negara naungannya.Sehingga hari ini, ada pula melayu termasuk Doktor Mahadir mengakuinya, dan muncul segelintir orang melayu menjadi penyelamat negara dengan meneruskan tradisi penjajah.
UMNO dipublisitikan sebagai pertubuhan yang menjadi pembela melayu, penyelamat melayu yang akhirnya mendapatkan kemerdekaan(atau istilah yang lebih tepat penyambung tradisi British seandainya negara tidak pernah dijajah British) .Terdapat hujah yang kuat untuk mengatkan UMNO sebagai penyambung tradisi British.Perlembagaan Negara yang diterima pakai sehingga hari ini ialah perlembangaan British, asas undang undang negara masih lagi asas undang undang British.Kod berpakaian rasmi negara masih lagi kod etika British.Budaya menyambut hari hari kebesaran negara termasuk sambutan hari raya aidil fitri dan aidil adha masih lagi budaya British.
Demikain secara ringkas beberapa contoh contoh tradisi dan ikutan British yang masih diamalkan negara.Terpaling atas ialah keahlian negara dalam negara Komanwell dan terikat dengan beberapa undang undang komanwell.
" sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan