Setelah diserang bertalu-talu oleh BN sepanjang tempoh kempen, Datuk  Zaid Ibrahim kini berpeluang untuk melonjakkan kembali popularitinya di  kalangan pengundi Melayu.
Penyelamatnya itu hadir dalam bentuk,  Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berkempen secara aktif  selama dua hari bermula semalam.
Pengarah penyelidikan PAS pusat,  Wan Abdul Rahman Wan Ab Latif berkata Nik Abdul Aziz diperlukan dalam  kempen kali ini bagi menjawab serangan peribadi ke atas Zaid.
"Tok  Guru (Nik Abdul Aziz) akan temui pengundi dan beritahu Datuk Zaid sudah  bertaubat.
"(Zaid) sudah tidak buat lagi perkara-perkara itu.  Dia akan beri hujah-hujah balas," katanya ketika dihubungi.
Jelasnya,  Nik Abdul Aziz dijangka mengupas kisah Khalid Al-Walid, seorang pejuang  Islam ketika zaman Nabi Muhammad.
"Sebelum masuk Islam, (Khalid)  minum arak, melakukan maksiat dan sebagainya.
"Tapi bila dia  masuk Islam, dia komited dengan perjuangan Islam," katanya.
Wan  Abdul Rahman juga yakin isu Zaid yang dikatakan sebagai 'kaki botol' dan  juga 'kaki judi' itu akan kembali memberi kesan kepada BN.
"(Nik  Abdul Aziz) akan kata itu Zaid buat semasa dalam BN. Sememangnya itulah  budaya dalam BN. Sekarang dia sudah keluar BN, sudah bertaubat,"  katanya lagi.
Ketika ditanya, beliau menjelaskan bahawa Nik Abdul  Aziz tetap popular di Selangor, walau lebih dikenali sebagai pemimpin  Kelantan.
"Dia dikenali bukan saja di Malaysia tapi di peringkat  antarabangsa juga," katanya dan menjelaskan Nik Abdul Aziz telah  menerima beberapa anugerah kehormat daripada beberapa buah negara Islam.
Sebaik  pulang daripada mengerjakan umrah, petang semalam, Nik Aziz terus  berkejar ke Hulu Selangor bagi membantu memenangkan calon Pakatan  Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim meskipun kesihatannya dilaporkan tidak begitu  baik.
Ulama itu secara terbuka mengajak pengundi Hulu  Selangor merentasi semua kaum dan agama supaya mengajar kebongkakan dan  kesombongan Umno.
Pada kempen yang dihadiri ribuan masyarakat  setempat, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan datang dengan  bertongkat dan duduk berucap berikutan keuzuran kesihatannya.
Kehadiran  tokoh agama ini disambut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan  Zaid Ibrahim.
Nik Aziz juga mendedahkan Umno sanggup berbaik-baik  dengan sesiapapun ketika dalam kesusahan, dalam kesempitan tapi  sebaliknya mudah berlaku khianat apabila kembali mengumpul kekuasaan.
Bagi  beliau, perbuatan Umno ini tidak boleh dimaafkan.
"Umno karut,  rasuah dan sebagainya. Teruskan kemenangan yang ada. Kita ajar Umno  supaya tidak sombong," katanya.
Dalam konteks Hulu Selangor, Nik  Aziz berpesan tiada cara lain untuk menyedarkan pimpinan Umno selain  memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.
"Saya tidak  dapat berucap lebih lama tapi pesan saya, semua sekali mesti undi calon  Pakatan Rakyat," katanya disambut tepukan gemuruh. -mk
DOSA DAN PAHALA DALAM BERKOPERASI
5 hari yang lalu
 
 

1 ulasan:
Kehadran Tuan Guru sememangnya dinanti-nantikan. Kami mendoakan kejayaan kepada PR dan selamatkan pemimpin-pemimpin PR
Catat Ulasan