UMNO nampak garang mempertahankan maruah bangsa Melayu. Nampak garang. Sesekali sampai menghunus keris di depan khalayak, sambil ada nada memberi amaran kepada bangsa lain. Jangan cabar anak Melayu! Pemuda UMNO akan pertahankan maruah bangsa Melayu hingga ke titisan darah yang terakhir.
Syabas!
Maruah apa yang ada pada bangsa Melayu hari ini? Maruah apa yang ada pada UMNO sebagai parti bangsa Melayu paling besar di dunia? Maruah Melayu jenis yang mana satu mahu dipertahankan? Betulkah bangsa Melayu masih bermaruah?
Yang namanya maruah adalah berkait dengan hal, sifat dan perkara yang baik, elok, indah, hebat dan tinggi martabat. Bangsa Melayu ada maruah kalau bangsa itu baik pekerti, elok gaya, indah kehidupan, hebat pencapaian dan tinggi martabat ilmu.
Apakah bangsa Melayu hari ini memiliki pekerti, gaya, kehidupan, pencapaian dan ilmu yang melayakkan kewujudan maruah itu? Apakah pemimpin UMNO bangsa Melayu hari ini memiliki ciri-ciri manusia bermaruah seperti itu?
Bangsa Melayu pernah memiliki semua itu satu masa dulu. Sebelum tunduk kepada penjajah, bangsa Melayu di zaman Kesultanan Melaka pernah mencapai martabat hebat sebagai bangsa berakhlak mulia, berilmu tinggi, berdaya perkasa dan makmur bahagia. Adunan kecemerlangan bangsa Melayu waktu itu menjadikan Melaka sebagai destinasi bangsa timur dan bangsa barat.
Kunci kepada kecemerlangan itu ialah ilmu dan ketaatan beragama. Ia membawa kepada pembentukan dan pembinaan bangsa Melayu yang tinggi peradaban. Melayu yang urus tadbirnya adil saksama. Melayu yang menjulang hukum mendaulat undang-undang. Melayu yang jujur lagi amanah. Melayu yang kaya budi bahasa. Melayu yang kreatif meneroka pencapaian. Melayu yang gigih mencipta peluang. Melayu yang tinggi peduli pada nasib sebangsa.
Selepas daulat kesultanan tersungkur dikaki penjajah, nilai maruah bangsa Melayu beransur lucut satu demi satu, sedikit demi sedikit. Dengan paksa bercampur rela, bangsa Melayu menguis asas peradaban bangsa secara perlahan-lahan. Akhlak dan gaya bawaan penjajah menyusup masuk ke dalam minda dan jiwa bangsa Melayu. Hukum muluk dari Tuhan berganti aturan ciptaan akal manusia. Bangsa Melayu susut budipekerti. Bercampur amanah dengan khianat. Keadilan dan ketelusan tinggal kanun tidak berdaulat. Melayu merobah peradaban bangsa. Bukan menganjak ke depan tetapi berundur ke belakang. Akhirnya maruah bangsa Melayu hanya tinggal sebagai kenangan.
Maruah bangsa Melayu mengorak langkah lebih parah selepas merdeka. Bangsa Melayu dipimpin oleh UMNO membina gaya hidup baru acuan peninggalan penjajah. Kesopanan bangsa Melayu ditelan oleh kebebasan melanggar perintah tuhan. Politik bangsa Melayu bertukar nilai daripada pertanggungjawaban beramanah kepada mengejar pangkat kedudukan dan kepentingan sendiri. Kepimpinan politik bangsa Melayu ditangan UMNO beransur-ansur menjadi penguasa undang-undang, bukannya dikuasai undang-undang. Keadilan dan kesaksamaan tinggal jadi laungan palsu semata-semata. Maruah bangsa telah mati!
Melayu wajib sedar hakikat kehilangan maruah bangsa. Sebenarnya hampir tiada lagi saki baki maruah yang boleh dipertahankan. Kalau masih ada jiwa bangsa maka langkah sebenar ialah langkah membina semula nilai peradaban. Lahirkan dan asuh bangsa ini dengan acuan peradaban serba baru daripada peninggalan lama yang pernah menjulang bangsa. Maruah bangsa Melayu boleh diadakan semula setelah ditiadakan oleh tangan-tangan Melayu UMNO.
Tentang maruah itu, apa yang telah hilang?
Hampir semuanya telah hilang. Bangsa Melayu telah hilang Tuhan yang sebenar. Tuhan yang masih ada pada bangsa Melayu hanya ada pada huruf, kalimah dan perkataan yang disebut dan ditulis. Tuhan Yang Maha Besar telah dikecilkan oleh bangsa Melayu. Tuhan semesta alam ditukar oleh bangsa Melayu menjadi Tuhan masjid, Tuhan surau dan Tuhan tikar sejadah sahaja. Zat dan sifat Tuhan yang diisyaratkan oleh 99 Asma'ulHusna, telah dievolusikan secara songsang oleh Melayu UMNO hingga tinggal dua atau tiga Asma' sahaja.
Tuhan itu As-Salam, tetapi bangsa Melayu mempersetankan kesejahteraan hakiki. Hanya Tuhan itulah yang Al-Mutakabbir, tetapi bangsa Melayu telah berani berlaku sombong (takbur - takabbur) terhadap sistem yang diwahyukanNya. Tuhan itu Ar-Razzaq, Al-Fattah dan Al-'Alim, tetapi bangsa Melayu rela bergantung rezki pada manusia dan kuasa sementara. Tuhan itu Al-Hakam dan Al-'Adlu, tetapi bangsa Melayu sanggup memperlekehkan hukum-hakam dan keadilan aturan Tuhan. Tuhan itu Al-Ba'ith, Asy-Syahid dan Al-Haq, tetapi bangsa Melayu tak mahu peduli hari mereka akan dibangkitkan semula ke mahsyar untuk dipersaksikan apakah mereka hidup menjunjung kebenaran.
Banyak lagi yang telah dihilangkan oleh UMNO.
Hampir semuanya telah hilang. Bangsa Melayu telah hilang adab sopan dan budipekerti. Malu telah lebur sehingga lelaki perempuan jadi jantan betina. Pepatah aur dengan tebing hilang ditelan peribahasa enau dalam belukar. Hidup bangsa Melayu penuh keakuan. Kerana harta yang fana, bangsa Melayu sanggup berbohong, memfitnah dan membunuh. Melayu didikan UMNO memenuhi sel penjara dan pusat serenti. Melayu adalah juara buang anak, menagih dadah, meragut, rempit, black metal, punk, ponteng sekolah dan macam-macam lagi.
Hampir semuanya telah hilang. Bangsa Melayu telah hilang nilai fitrah kemanusiaan. Keadilan telah lama dicabul. Amanah tinggal hanya retorik ucapan dan persembahan. Rasuah telah termaktub sebagai syarat kehidupan. Anti rasuah cuma ada di atas lencana yang dipakai oleh peminta rasuah dan penerimanya. Mahkamah jadi pentas komedi. Penguatkuasa pembenterasan jenayah bertukar jadi pelindung atau tali barut penjenayah. Kedaulatan undang-undang tinggal hanya dalam buku. Dalam hidup yang sebenar, kepatuhan kepada undang-undang itu terpulang kepada bangsa Melayu yang berkuasa. Kalau berguna untuk UMNO - daulatkan! Kalau menyakitkan UMNO - koyakkan!
Hampir semuanya telah hilang. Bangsa Melayu telah hilang khazanah kebendaan pusaka peninggalan nenek moyang. Tetapi, bangsa Melayu perlu objektif dan jujur menilai perkara ini. Fakta tetap fakta. Malanglah kalau masih mahu menafikan fakta yang tersurat dalam rekod dan laporan resmi. Malanglah kalau masih mahu menafikan fakta yang terbentang secara hidup di depan mata.
Bumi Malaysia yang berasal nama Tanah Melayu ini, dulu setiap incinya bertuankan bangsa Melayu. Hari ini tanah itu milik siapa? Pusing-pusinglah di bandaraya, selusurilah bandar besar dan pekan kecil. Kemegahan apa yang ada pada bangsa Melayu? Dari hyper market sampai ke meja kecil pasar sayur dan ikan, berapa banyak bangsa Melayu jadi tuan? Ronda-ronda di zon industri berat, kecil dan sederhana. Tuannya bangsa apa? Pandang-pandang kebun besar dan ladang saujana mata memandang, di kiri kanan jalan dan lebuh raya, atau selaut tanah hutan yang dipugar. Siapa yang punya?
Tuannya bukan bangsa Melayu. Taukehnya bukan bangsa Melayu. Managernya bukan bangsa Melayu. Kalau ada pun, pangkat bangsa Melayu hanya mandur setia dan kuli cabuk. Begitulah kebanyakannya.
Jadah apa yang membawa nasib malang pada bangsa Melayu hingga sedemikian rupa? Jawabannya ada. Sudah terang lagi bersuluh. Namun bangsa Melayu amat sukar menerima hakikat punca kesialan itu. Melayu malu mengaku. Melayu takut menerima kenyataan. Melayu sombong untuk mengesahkan kebodohan diri. Itulah masalah bangsa Melayu!
Beratus billion ringgit wang rakyat diranapkan melalui skandal BMF, Fleet Group, KWSP, Tabung Haji, LTAT, KPB, MAS, Renong, UEM, PLUS, Perwaja, MITI, ECM Libra, Khazanah, Scomi, pengkorporatan IPTA, penswastaan perkhidmatan kesihatan, Hawk, Eurocopter, Scorpene, tender tertutup dan ribuan skandal kolar putih yang lain. Tetapi bangsa Melayu tidak mahu tahu. Atau tahu tetapi tidak mahu mengakuinya. Atau mengaku tetapi tidak peduli. Paling sial ialah bangsa Melayu yang menganggap perkara itu biasa saja. Siapa pun yang memerintah, begitulah keadaannya. Pemikiran celaka kepondanan bangsa!
Tentang maruah itu, apa yang perlu dibina semula?
Bangsa Melayu perlu merawat semua punca kemusnahan maruah itu. Menyeluruh tanpa kecuali. Membalut jari kaki yang busuk bernanah tidak menyembuhkan diabetes yang menyerang seluruh sistem badan. Mengurangkan makan belum tentu menyelesaikan masalah obesiti. Pakai baju baru tidak menghilangkan gatal kurap. Punca penyakit itu mesti dirawat dan ditiadakan.
Maruah bangsa Melayu punah kerana sistem hidup yang salah. Sistem itu mesti diperbetulkan atau diganti bergantung kepada keparahannya. Perosak sistem itu ialah UMNO. Oleh itu UMNO mesti diberhentikan dari tugas mengolah dan mengawal sistem. Terus beri kepercayaan kepada UMNO sambil mengharap kepunahan itu akan beransur sembuh, adalah tindakan dan harapan yang sia-sia. Budaya songsang yang merosakkan bangsa itu telah berakar umbi dan berdarah daging dalam UMNO. Bangsa Melayu wajib berani melakar sejarah baru.
Dipetik dari nukilan cyberboron
ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Jumaat, 27 Mac 2009
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "
Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang l ain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah A langkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di mas jid2 maupun disurau2..
Amin. Wasallam. Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam..
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, k era s dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun se mas a azan berkumandang . Sebagai orang b era gama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya .
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita se mas a ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu se mas a nyawa kitasedang dicabut. "Ya Allah! Anug era hkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin .."
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat b era ntai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali...FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.

Sabtu, 21 Mac 2009
MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI 2/10
Tergugatkah nasib bangsa Melayu kalau UMNO kalah? Setakat ini kebanyakan ahli biasa UMNO memang percaya kalau UMNO kalah maka tergugatlah nasib bangsa. Ketuanan bangsa Melayu dikaitkan dengan UMNO sahaja. Nasib bangsa Melayu hanya ditangan UMNO. Hilang UMNO teraniayalah bangsa. Parti bangsa Melayu hanyalah UMNO.
Ahli biasa UMNO percaya bahawa jasa UMNO kepada bangsa Melayu terlalu besar. Tiada tolok bandingnya. Tanah Melayu dimerdekakan oleh UMNO. Tanpa UMNO terjajahlah negara. UMNO telah membangunkan negara ini selama 52 tahun. Semua yang ada di depan mata pada hari ini adalah hasil usaha gigih UMNO. Kalau bukan kerana UMNO, pasti tidak membangunlah negara ini. Jasa UMNO terlalu besar!
Kata seorang tua berumur 82 tahun:
“ Dulu rumah orang Melayu berdinding papan beratap rembia atau nipah. Sekarang berdinding konkrit berbumbung genting atau asbestos. Dulu waktu malam berpelita katak, sekarang indah disinari lampu kalimantang dan neon. Dulu orang Melayu berbasikal cabuk, sekarang berkereta Proton Wira. Dulu minum air sungai dan air telaga, sekarang pulas tembaga di tepi dinding bahkan ada water filter berharga mahal. Dulu menonton wayang pacak propaganda 5 bulan sekali, sekarang dah pasang Astro dan boleh menonton movie 24 jam sehari. Dulu anak dara Melayu melumur bedak sejuk, sekarang nenek Melayu pun pandai guna masking gel keluaran Avon. Dulu budak-budak main galah panjang dan hand-made gasing, sekarang main online computer games, siap bertarung dengan budak mat saleh di Frankfurt. Dulu hisap rokok daun tembakau jawa kilang cina Sungai Petani, sekarang hisap American Blend cigarettes dan sekali sekala pekena Cuban Cigars. Dulu pemuda Melayu setakat boleh mengorat ratu kampung yang jarang-jarang keluar rumah, sekarang boleh sewa 3 GRO sekali jalan.
“
Siapa yang membawa perubahan ini? UMNO! Kalau bukan jasa UMNO, mungkin ramai bangsa Melayu masih pakai cawat. Kalau bukan jasa UMNO, mungkin bangsa Melayu masih berkayuh basikal di atas jalan tanah berdebu. Kalau bukan jasa UMNO, mungkin bangsa Melayu berjalan waktu malam masih menjunjung jamung. UMNO memang berjasa!
Pengkisahan, perbandingan dan jawab-soal ini mungkin keterlaluan atau melucukan, namun inilah realiti pemikiran kebanyakan orang Melayu ahli biasa UMNO.
PAS memang parti Melayu juga walau pun muslim bukan Melayu boleh menjadi ahlinya. Tetapi PAS bukan memperjuangkan hak dan ketuanan bangsa Melayu seperti UMNO. Kalau pun ada serba sedikit pembelaan nasib bangsa Melayu dalam agenda PAS kerana kebetulan majoriti orang Islam di negara ini berbangsa Melayu, kesungguhan parti Islam itu tetap tidak dapat dibandingkan dengan ketulenan dan jasa agenda Melayu dalam UMNO. Seperkara lagi, imej Islam PAS telah bersalut dengan extremism, fanatik, kolot, anti-establishment dan pelbagai label yang buruk lagi menakutkan. Oleh itu PAS tidak sesuai dengan agenda perjuangan bangsa untuk orang Melayu.
PKR baru setahun jagung. Jasa dan bukti apa yang boleh menarik bangsa Melayu untuk menyertainya? Tambahan pula keahlian parti itu terbuka untuk semua kaum. Pemimpin-pemimpinnya pun ada Melayu dan ada bukan Melayu. Oleh itu perjuangan bangsa tiada kena mengena dengan PKR. Selain itu, PKR juga dilihat sebagai parti Anwar Ibrahim dan keluarganya. Parti Anwar-Azizah-NurulIzzah. Kelahirannya pun hanya kerana membela Anwar selepas disingkirkan daripada UMNO dan didakwa atas tuduhan meliwat. Agendanya ialah cita-cita peribadi Anwar. Maka parti itu tiada kaitan langsung dengan perjuangan hak dan kedaulatan Melayu.
Parti yang bernama DAP tak perlu dihurai panjang. DAP telah lama sinonim dengan komunis, anti-Melayu dan babi. Menyebut namanya pun sudah jijik. Lim Kit Siang dan Karpal Singh adalah kafir yang jahat lagi laknat. Penderhaka kepada Raja. Pencabar maruah, hak dan ketuanan bangsa Melayu. Mereka mahu menjadikan negara ini sebagai sebahagian daripada negara China atau jajahan takluk Singapura.
Demikian ulasan tentang parti-parti politik utama di Malaysia menurut persepsi orang Melayu ahli biasa UMNO di cawangan dan pemimpin-pemimpin kecil UMNO yang belum kaya raya setelah dua tiga puluh tahun setia bersama parti itu.
Wahai saudaraku bangsa Melayu!
Tiada sesiapa pun boleh menafikan sumbangan UMNO kepada bangsa dan negara ini. Walau pun langkah dan tindakan UMNO di sepanjang sejarah ada pro dan kontranya, namun sumbangan parti itu tetap wujud. Walau pun gelagat pemimpin-pemimpin UMNO sejak sebelum merdeka hingga kini sarat dengan kisah kepentingan diri dan skandal, namun kekuatan massa yang dibentuk oleh ahli-ahli biasa UMNO tetap menjadi faktor yang menggentarkan ketahanan penjajah. Tiada siapa boleh menafikannya!
Bersama dengan pengiktirafan kepada UMNO itu, bangsa Melayu tidak boleh menafikan sumbangan pihak lain di sepanjang sejarah tanahair ini. Kemerdekaan adalah buah yang dituai oleh UMNO, tetapi pokok yang mengeluarkan buah itu ditanam, dibajai, disiram dan dibelai bersama-sama oleh UMNO, Hizbul Muslimin, PAS, API, AWAS, PKMM, Parti Buruh, karyawan Kaum Muda dan beberapa kumpulan kecil yang lain. Tribulasi gerakan menuntut kemerdekaan ditanggung dengan lebih parah oleh parti dan kumpulan selain UMNO. Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam dan Pak Sako yang merengkok dalam tahanan penjajah, bukan pejuang UMNO. Kenapa mereka dipenjarakan? Kerana penjajah dapat merasakan kesan gerakan tokoh-tokoh itu membangkitkan kesedaran orang Melayu menentang penjajahan. Penjajah takut kepada mereka. Dan mereka bukan UMNO!
UMNO adalah parti yang direstui oleh penjajah. Kebanyakan kakitangan berbangsa Melayu yang bekerja dengan kerajaan penjajah adalah ahli dan pemimpin UMNO. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sendiri adalah pegawai daerah dalam kerajaan penjajah. Penjajah memberi laluan kepada UMNO untuk menonjol sebagai kumpulan paling penting dalam gerakan menuntut kemerdekaan, dengan tujuan menyerap asakan yang lebih kuat oleh parti dan kumpulan lain. Penjajah senang berurusan dengan UMNO kerana parti itu mudah menerima kehendak dan kepentingan penjajah yang mahu dikekalkan bersama kemerdekaan yang dirundingkan.
Kesedaran bangsa Melayu bangkit menentang penjajahan bukan hasil usaha UMNO.
Keyakinan dan semangat memerdekakan tanahair itu berpusat di institusi-institusi pendidikan masyarakat yang formal dan tidak formal iaitu di pondok-pondok pengajian Islam, sekolah-sekolah agama, masjid dan surau. Lanjutan daripada pembenihan yang berlaku di institusi-institusi tersebut, barulah kesedaran itu merebak ke unit-unit komuniti yang lain seperti organisasi pentadbiran kampung-kampung dan persatuan-persatuan orang Melayu yang lain.
Sejarah mencatatkan fokus sebenar ketakutan penjajah terhadap gerakan yang membiak daripada institusi keagamaan ini, dengan ungkapan “Bahaya Dari Gunung” yang merujuk kepada Maahad Al-Ehya’ Al-Syariff di Gunong Semanggol Perak. Sekolah agama itu diterajui oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, pemimpin Hizbul Muslimin. Kesungguhan parti Islam itu menggerakkan kesedaran rakyat menyebabkan penjajah mengambil tindakan mengharamkannya. Kematian Hizbul Muslimin digantikan dengan kelahiran Persatuan Islam SeTanah Melayu (PAS) oleh kumpulan aktivis yang sama.
Kesedaran dan kebangkitan bangsa Melayu berkait langsung dengan ilmu dan maklumat. Pemimpin yang mampu menyedarkan dan membangkitkan kudrat rakyat ialah pemimpin berilmu dan bermaklumat. Di zaman penjajahan, kebanyakan bangsa Melayu yang berilmu adalah graduan institusi pendidikan tinggi Timur Tengah dan Asia Selatan. Mereka tidak berada dalam UMNO. Persatuan pilihan mereka ialah Hizbul Muslimin, PAS, PKMM dan kumpulan karyawan Kaum Muda. UMNO menjadi lubuk graduan yang dihantar oleh penjajah ke institusi pendidikan tinggi United Kingdom. Melayu berijazah yang memimpin UMNO bersifat mesra ‘orang putih’. Melayu UMNO ini juga mahukan kemerdekaan tetapi boleh bertolak ansur dengan kehendak penjajah British. Justeru itulah penjajah mencipta ruang sehingga UMNO dapat mengambil alih kepimpinan suara kebangkitan rakyat yang dimobilisasi oleh golongan agama dan sosialis. UMNO bukan pencetus dan penggerak kemerdekaan. Parti itu hanya menuai buah yang terhasil daripada kerja keras pihak lain.
Wahai saudaraku bangsa Melayu!
Sejarah adalah guru. Malangnya ia kurang diberikan perhatian. Lebih malang lagi apabila fakta sejarah diputar-belitkan. Kulitnya dipamerkan sedang isinya disembunyikan. Inilah nasib sejarah bangsa Melayu termasuk fakta tentang perjuangan kemerdekaan.
Pingat perjuangan kemerdekaan adalah milik seluruh rakyat. Bukan milik UMNO sahaja, bahkan mungkin jasa UMNO hanya juzuk kecil dalam kebangkitan besar itu. Yang berpayah dan derita di perjalanan menuntut kemerdekaan itu bukan pemimpin UMNO tetapi pemimpin parti dan persatuan Melayu lain. Itulah hakikat dan fakta sejarah.
Oleh itu bangsa Melayu perlu menyingkirkan nostalgia songsang tentang jasa UMNO kepada kemerdekaan nusa tercinta ini. Kononan nostalgia itu telah terlalu banyak merosakkan usaha memartabatkan bangsa melalui pentas politik. Kepercayaan karut bahawa UMNO saja yang boleh mentadbir negara ini, wajib dihumban dan ditimbus dalam perigi buta.
Wahai saudaraku bangsa Melayu!
Kenapa takut dan ragu pada parti politik lain? Kerana kepentingan bangsa? Apa bukti parti politik lain telah atau akan merugikan bangsa? Tidakkah keistimewaan dan keutamaan bangsa Melayu itu telah termaktub dalam perlembagaan? Apakah bangsa Melayu terlalu naïf sehingga tidak menyedari betapa tanah, bahasa, budaya, agama dan keperibadian bangsa Melayu serta segala macam ruang menikmati khazanah negara telah dikikis dan dihakis oleh UMNO?
Kalau asas pendirian dan semangat kita ialah bangsa Melayu, maka yang memimpin parti-parti lain itu pun Melayu juga. PAS dipimpin oleh orang Melayu. PKR pun dipimpin oleh bangsa Melayu. Cuma DAP didominasi oleh kaum Tionghua walau pun asas parti itu berbilang kaum. Kalau isunya pada DAP, harus diinsafi betapa MCA, MIC, PPP dan banyak lagi parti komponen BN adalah parti bukan Melayu. Kalau orang Melayu boleh bersahabat dengan MCA dan MIC, kenapa tidak boleh berkawan dengan DAP? Pendirian dalam hal ini berkait dengan kualiti pemikiran. Fikirkanlah!
Nyawa sebenar pentadbiran negara dan negeri ialah keadilan. Nadi kesaksamaan pengagihan khazanah negara dan negeri ialah ketelusan. Pemacu pembangunan dan kemajuan bangsa Melayu bersama semua rakyat berbilang kaum ialah amanah dan ilmu.
Bangsa Melayu perlu cukup kewarasan untuk menilai persoalan ini. Orang Melayu ahli biasa dan pemimpin kecil UMNO tahu betapa ketidakadilan telah lama membarah dalam pengurusan negara di tangan pemimpin UMNO. Orang Melayu ahli biasa dan pemimpin kecil UMNO juga tahu betapa ketelusan telah pupus dalam pentadbiran negara acuan pemimpin UMNO. Terlalu banyak perkara yang disembunyikan oleh pemimpin UMNO. Terlalu banyak yang disekat daripada pengetahuan rakyat melalui akta hasutan, OSA dan manipulasi media. Orang Melayu ahli biasa dan pemimpin kecil UMNO juga tahu betapa amanah telah lama punah dalam budaya UMNO. Rasuah telah beraqidah dalam politik UMNO dari atas sampai ke bawah. Maka apa lagi yang ada pada UMNO? Hak bangsa? Maruah bangsa? Ketuanan bangsa? Kedaulatan bangsa? Martabat bangsa? Kemajuan bangsa? Pemimpin UMNO telah lama menguburkan semua itu!
Bangsa Melayu perlu buang nostalgia cinta UMNO. Kita harus membina kejujuran pada daya fikir yang masih sihat. Tidak perlu rasa malu untuk mengakui kebenaran. Tidak hilang maruah diri kalau menjabat tangan bekas musuh demi keadilan, ketelusan, amanah dan kemajuan hakiki. PAS bukan musuh. PKR bukan seteru. Pintu rumah ini sentiasa terbuka untuk menyambut anak Melayu yang sayangkan bangsa dan nusa.

MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI-SIRI 1/10
Semua bangsa ada jiwanya yang tersendiri. Ada satu semangat yang tak dapat diungkap sepenuhnya dengan hanya susunan kata-kata. Ada perasaan yang unik. Ada rasa tanggungjawab. Ada daya membela. Ada desakan halus untuk memelihara maruah. Ada cetusan fikir tentang darjat dan martabat. Mungkin ada seribu lagi nyawa bagi jiwa bangsa itu.Bangsa Melayu juga begitu jiwanya.Kalau terdengar ada perkelahian antara orang Melayu dengan orang bangsa lain, jiwa kita cepat berasa mahu membela. Banyak insiden Melayu membela Melayu tanpa lebih dulu usul periksa pun. Kalau kebetulan terserempak dengan peristiwa kemalangan jalanraya, kebanyakan kita akan bertanya “Melayu ke?”.
Kita lebih bersungguh-sungguh membantu jika mangsa kemalangan itu sebangsa dengan kita. Hati kita amat terusik kalau terjumpa orang Melayu yang merempat dan melarat. Simpati pasti membuak-buak. Kalau yang kedana itu bangsa lain, ada juga rasa simpati tetapi tidaklah setaraf rasa pada bangsa sendiri. Itulah realiti jiwa bangsa.Di sebalik realiti itu, semua bangsa termasuk bangsa Melayu berbalah juga sesama sendiri. Bangsa Arab yang lebih kuat ikatan bangsanya itu pun, berkelahi juga sesama mereka. Melayu pun begitu.
Sepanjang sejarah yang ada catatannya, kehidupan bangsa Melayu diwarnai pelbagai krisis antara individu, kelompok atau institusi yang lebih besar seperti daerah dan negeri.Melayu moden tak pernah ‘satu’ sejak belum merdeka lagi. Ada kelompok kanan dan ada kelompok kiri. Ada yang menentang penjajah dan ada yang bekerja sebagai penjawat awam kerajaan penjajah. Ada Kaum Muda dan ada Kaum Tua. Ada nasionalis, ada islamis, ada liberalis, ada sosialis bahkan ada yang komunis. Orang Melayu tetap satu bangsanya iaitu bangsa Melayu tetapi pemikiran dan hala tuju sentiasa berbeza antara sebahagian dengan yang lain.
Apa yang ada pada bangsa Melayu? Apakah Melayu itu satu sistem hidup atau satu fahaman atau satu idealisme yang boleh dijunjung dan diperjuangkan?Melayu cuma salah satu bangsa daripada beribu-ribu bangsa yang wujud di dunia. Secara akademik, bangsa Melayu itu cuma satu kumpulan manusia yang susur galur keturunannya berpunca dari nenek moyang yang sama. Ikatan bangsa Melayu adalah ikatan kekeluargaan yang besar.Apa yang ada pada bangsa Melayu? Asal usulnya, setiap keluarga ada corak kehidupannya yang tersendiri dan berbeza (sedikit atau banyak) dengan amalan kehidupan keluarga lain.
Corak dan amalan itu berkembang bersama pembesaran rantaian keluarga itu. Sebahagian daripadanya menjadi amalan bersama. Maka terbentuklah budaya. Budaya sebuah keluarga besar bernama bangsa Melayu. Ada bahasa, upacara, pakaian, makanan, keramaian, permainan, hiburan dan adat istiadat. Di celah-celah corak dan amalan itu, muncullah semangat dan jiwa yang dipupuk sehingga lahir istilah cinta kepada bangsa.Apa yang ada pada bangsa Melayu? Keris, cokmar, tengkolok, selepang, capal, keronsang dan kebaya hanyalah pakaian. Zapin, gamelan, dondang sayang, dikir barat, kuda kepang dan mak yong hanyalah tari dan nyanyi yang dipersembahkan semasa upacara keramaian. Silat gayong, silat lincah, silat pulut dan silat sendeng hanyalah seni mempertahankan diri. Semua itu hanya sejarah bangsa Melayu.
Walau pun masih dipakai, ditari, dinyanyi dan dipencak sehingga hari ini namun sifat kewujudannya kini cuma sebagai kenangan yang dipertahankan. Ia bukan harta yang boleh berkembang dan bukan perkakas yang boleh menjulang martabat bangsa. Cuma janganlah warisan itu hilang begitu saja.Apa yang ada pada bangsa Melayu? Apakah bangsa Melayu ada kelebihan khas yang meletakkan ia setingkat atau beberapa tingkat lebih tinggi daripada bangsa lain? Bangsa Quraish berbangga dengan kelebihan mereka sebagai keluarga Rasulullah SAW.
Bangsa Yahudi berbangga dengan dakwaan memiliki kelebihan IQ dan kecerdasan minda. Bangsa Eropah berbangga dengan kelebihan mendominasi ilmu dan politik dunia moden. Bangsa Melayu ada apa?Tun Mahathir dalam bukunya Malay Dilemma menyifatkan Melayu sebagai bangsa yang lemah dan lembap.
Disebabkan keyakinannya itu juga, dia mengungkapkan kata-kata “Melayu mudah lupa” 40 tahun selepas menulis kitab Malay Dilemma. Apakah Tun Mahathir betul?Kalau Melayu memang lemah, lembap dan mudah lupa, bagaimana boleh lahir puluhan ribu profesional Melayu yang hebat termasuk Tun sendiri? Maka logiknya Melayu bukan lemah dan lembap kerana faktor bangsa atau keturunannya. Melayu ketinggalan kerana sikap yang terhasil daripada budaya kehidupannya. Melayu lemah kerana memilih untuk lemah. Melayu lembap kerana cuai dan lalai.Apa yang ada pada bangsa Melayu? UMNO melaungkan perjuangan bangsa Melayu sejak lebih 50 tahun.
UMNO mahu mendaulatkan apa? Mendaulatkan bangsa Melayu? Bagaimana bentuk sebenar kedaulatan bangsa Melayu yang UMNO perjuangkan?Kalau maksud kedaulatan Melayu itu pada ketuanannya di tanahair ini, memang Melayu sudah mengepalai pemerintahan negara sejak dulu lagi. 5 Perdana Menteri negara ini sejak merdeka hingga kini adalah orang Melayu. Melayu UMNO.Kalau maksud kedaulatan Melayu itu pada bersinggahsana Raja-Rajanya, memang sampai saat ini baginda semua masih bertakhta di istana. Cuma kuasa Raja-Raja Melayu telah berkurang sedikit setelah dua kali UMNO mengecilkan peranan Raja melalui pindaan Perlembagaan Malaysia.Ada satu perkara sahaja yang masih ada ruang untuk diperjuangkan iaitu kalau maksud kedaulatan Melayu itu ialah perihal menguasai khazanah tanahair. Bangsa Melayu masih tertinggal jauh berbanding bangsa lain hampir dalam semua bidang. Bangsa lain terus membeli tanah daripada bangsa Melayu yang pandai menjual tanah. Bangsa lain membesarkan perniagaan ketika bangsa Melayu berbondong-bondong gulung tikar.
Bangsa Melayu masih tak dapat mengejar bilangan profesional bangsa lain walau pun universiti bertambah banyak. Bangsa Melayu masih ke hulu ke hilir memohon untuk jadi kuli di firma dan syarikat milik bangsa lain.Apa yang ada pada bangsa Melayu untuk mencapai matlamat perjuangan menguasai khazanah tanahair ini? Bangsa Melayu ada UMNO! Kebanyakan orang Melayu pun memang berada dalam UMNO. Sudah 50 tahun orang Melayu memberikan kepercayaan kepada UMNO untuk memperjuangkan nasib bangsa. UMNO ada kuasa politik. Kuasa itu cukup besar untuk membolehkan bangsa Melayu mendapat kemudahan, peluang dan bimbingan. Kebetulan pula tanahair ini kaya dengan pelbagai sumber. Hasil negara amat besar. Tetapi bangsa Melayu terus tertinggal. Apa masalahnya?
Masalah utamanya ialah UMNO. Parti yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa Melayu itu sebenarnya tidak pernah betul-betul peduli tentang bangsa. Rangkai kata ‘bangsa Melayu’ hanya alat untuk mendapatkan kuasa. Masalah yang lebih besar ialah mereka sendiri tidak menyedari hakikat perilaku mereka. UMNO kecil dan UMNO besar itu kebanyakannya masih percaya bahawa mereka telah dan sedang mempertahankan hak bangsa Melayu.
Apabila sudah begitu keadaannya maka sukarlah untuk menghentikan keterlanjuran. Payahlah nak memperbaiki keadaan.Tanyalah pada pemimpin-pemimpin UMNO cawangan dan bahagian, nescaya ternyata survival bangsa bukanlah agenda penglibatan mereka dalam politik. Agenda mereka ialah habuan untuk diri dan keluarga. Sambil mengumpul seberapa yang dapat, terpaksa jugalah berkongsi habuan itu dengan rakan-rakan tertentu iaitu sesiapa yang boleh memudahkan misi peribadi yang asal.Demi kedudukan dalam parti dan habuan untuk diri, Melayu UMNO tak pernah peduli hak atau masa depan bangsa. Hampir 2 juta hektar Tanah Rizab Melayu telah bertukar statusnya dan menjadi milik bangsa lain. Siapa punya angkara? Semua itu adalah hasil perbuatan Melayu UMNO. Bercambah tumbuh premis kediaman dan perniagaan bangsa lain di merata bandar dan pekan bahkan sampai ke kampung-kampung, siapa yang berkuasa memberi laluan? Undang-undang, polisi dan kelulusan adalah ditangan pihak berkuasa. Siapa yang berkuasa? UMNO!Bangsa Melayu terus tercicir.
Orang Melayu masih ramai yang miskin bahkan fakir. Pendapatan isi rumah keluarga Melayu adalah yang paling rendah berbanding bangsa lain. Hampir 40% hutang TEKUN, hutang MARA, hutang Micro Credit, hutang Amanah Ikhtiar dan hutang Ah Long tertunggak tak dapat dibayar oleh peminjam bangsa Melayu. Kebanyakannya ahli UMNO. Sebab apa? Sebab pendapatan terhad! Projek tak berdaya maju. Ruang peluang yang kecil. Bimbingan sekadar melepas batuk ditangga. Siapa yang paling mampu menyelesaikan masalah-masalah ini? Satu-satunya pihak yang boleh menyelesaikannya ialah kerajaan. Siapa yang menguasai kerajaan? UMNO!Tanyalah pada wakil-wakil rakyat UMNO tentang agenda meningkatkan taraf hidup orang Melayu di kawasan mereka, nescaya terkebil-kebil Yang Berhormat itu nak menjawabnya.
Kalau kebetulan teringat, Yang Berhormat akan jawab dengan cerita dana IKS, kemudahan pinjaman, program latihan kemahiran dan satu dua lagi program pembangunan yang dilaksanakan oleh beberapa kementerian. Program Yang Berhormat sendiri? illek poochik!Masalah kedua tetapi lebih utama ialah pemikiran orang Melayu UMNO yang kebanyakan. Ahli biasa dan AJK UMNO cawangan. Jiwa UMNO kelompok ini lebih kental daripada pemimpin-pemimpin UMNO. Mati hidup balik pun tetap UMNO.Pemimpin-pemimpin UMNO tahu bahawa pembelaan nasib bangsa bukan agenda UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNO tahu pengkhianatan yang dilakukan oleh parti itu terhadap bangsa Melayu. Mereka sendiri pun sebahagian daripada pelaksana pengkhianatan itu. Tetapi perkara itu tak bolehlah diakui apatah lagi diberitahu kepada ahli-ahli biasa yang akan mengundi lagi dalam pilihanraya seterusnya. Perjuangan hak dan kedaulatan bangsa mesti terus dilagukan semerdu mungkin supaya pemimpin boleh terus berkuasa. Ahli biasa cukuplah dengan peruntukan seribu dua sekali sekala.Bangsa Melayu perlu belajar sifir politik dan kehidupan. Melayu UMNO di kampung-kampung perlu menguasai ilmu hisab atau matematik.
Melayu perlu belajar ilmu pentadbiran, ekonomi, undang-undang dan sejarah. Turun naik indeks komposit dan pergerakan nilai tukaran Ringgit-USD serta kaitannya dengan kehidupan kita, juga mesti diambil tahu. Bangsa Melayu perlu ambil tahu bagaimana dan ke mana leburnya berbilion wang rakyat di KWSP dan Tabung Haji. Bangsa Melayu perlu ambil tahu mengapa kediaman resmi Perdana Menteri dan Timbalannya disewa dengan nilai ratusan juta ringgit setahun. Melayu UMNO perlu ambil tahu kekayaan luar biasa anak menantu wakil-wakil rakyat mereka. Selagi ahli biasa UMNO tidak tahu semua perkara ini, maka selagi itulah nasib bangsa Melayu tak terbela dan malang sentiasa.

Jumaat, 13 Mac 2009
PEMILIHAN KETUA KERAJAAN ATAU KETUA NEGARA (bhg 2)
Dari segi konsep Islam, aku rasa ianya tidak selari dengan konsep ‘Bai’ah’ yang dianjurkan. Konsep menteri-menteri itu juga tidak selari dengan semangat sistem Khalifah walaupun bagi aku ianya tidak bermasalah. Islam yang menekankan konsep Kekuasaan di Tangan Umat (ada penerangan lanjut di bawah) .Adapun prinsip kedua iaitu kekuasaan di tangan umat diambil dari fakta bahawa syara’ telah menjadikan pengangkatan Khalifah oleh umat, dimana seorang Khalifah hanya memiliki kekuasaan melalui bai’at. Dalil bahawa syara’ telah menjadikan pengangkutan Khalifah oleh umat adalah tegas sekali di dalam hadith-hadith tentang bai’at.
Imam Muslim telah meriwayatkan dari Ubadah bin Shamit yang berkata:
“Kami telah membai’at Rasulullah saw untuk setia mendengar dan menta’ati perintahnya, baik dalam keadaan susah maupun baik dalam keadaan yang kami senangi ataupun tidak kami senangi”.
Dari Jarir bin Abdillah yang berkata:
“Aku memba’at Rasulullah saw untuk mendengar dan menta’ati (perintah)-Nya dan aku akan menasihati tiap kaum Muslimin”.
Bai’at tersebut diberikan oleh kaum Muslimin kepada Khalifah, bukan oleh Khalifah kepada kaum Muslimin, kerana merekalah yang sebenarnya mengangkat Khalifah sebagai penguasa mereka.
Kenyataan ini menunjukkan bahawa kekuasaan di tangan umat. Nabi saw sekalipun beliau adalah Rasul namun beliau tetap mengambil bai’at dari umat, menunjukkan bahawa bai’at adalah untuk mendapatkan kekuasaan dan pemerintahan, bukan bai’at terhadap kenabian. Beliau telah mengambil bai’at tersebut baik dari lelaki maupun wanita dan beliau tidak mengambil bai’at dari anak-anak kecil yang belum baligh kerana kaum musliminlah yang mengangkat seorang Khalifah dan membai’at mereka dengan Kitabullah dan Sunah Rasul-Nya, di samping Khalifah mendapatkan kekuasaan hanya dengan adanya bai’at tersebut, maka semuanya tadi telah menjadi dalil yang tegas bahawa kekuasaan adalah milik umat di mana umat boleh memberikannya kepada siapa sahaja yang dikehendakinya.
Sistem Pemilihan Presiden (Gaya Amerika Syarikat)
Pilihan raya
Di Amerika ada beberapa pilihanraya umum, tapi yang aku ingin bincangkan di sini ialah pilihanraya presiden dan pilihanraya majlis perwakilan (House of Representatives) yang sama fungsinya dengan dewan rakyat di Malaysia.
Pemilihan Ketua Kerajaan atau Ketua Negara dan pemegang jawatan penting (Eksekutif) dan Majilis Perwakilan (Legislatif).
Di Amerika, majlis perwakilan rakyat tidak berhak melantik Presiden mahupun dari kalangan Parti yang menang. Pilihanraya Umum perlu diadakan untuk memilih Presiden. Parti mesti mencari calon Presiden yang paling berkelayakan dari pihak mereka, calon juga mesti melepasi pilihanraya peringkat parti terdahulu jika mahu menjadi calon. Pilihanraya untuk memilih Majlis Perwakilan dan dan Memilih Presiden akan dijalankan secara berasingan.
Perbincangan
Cara melantik ahli majlis perwakilan rakyat dengan menggunakan sistem Westminster dan Amerika kelihatan agak sama, dengan memilih calon dari sesuatu kawasan. Tapi di sini undi majoriti atau undi popular kurang membawa kesan kepada perlantikkan Ketua Negara atau Ketua Kerajaan, ini kerana ahli majlis perwakilan rakyat dari parti yang menang dan dewan majlis perwakilan itu sendiri tidak di beri kuasa untuk memilih Ketua Kerajaan. Ini kerana akan ada satu lagi Pilihan Raya untuk memilih Ketua Kerajaan atau Ketua Negara. Di sini kelihatannya pilihanraya demokrasi ala Amerika Syarikat lebih adil berbanding sistem Westminster.
Kadangkala kita dapat lihat di Amerika, Presiden adalah dari Parti yang berlainan dengan Ahli-ahli majlis yang menguasai dewan perwakilan rakyat dan ada “check and balance”. Dengan sistem ini, hasrat rakyat dapat dinyatakan dengan lebih jelas. Ketua Negara dan orang-orang beliau dalam kerajaan juga tidak berada dalam dewan Majlis Perwakilan dan tidak akan mempengaruhi Ahli-ajli dewan dalam membuat keputusan dasar dan undang-undang Negara yang dijalankan oleh Dewan Majlis Perwakilan. Tetapi Presiden dan orang-orangnya harus hadir untuk menjawab soalan berbangkit di dalam dewan.
Tetapi ada juga kecacatan dalam sistem ini, Pilihanraya Presiden Amerika ditentukan melalui ‘electoral college’, sekali lagi cara ini menentukan dari kemenangan dari kawasan pusat undi (seperti sistem pemilihan yang berdasarkan kerusi parlimen di Malaysia), ianya tidak mengambil kira dari undi popular atau undi majoriti.
Tetapi dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negara, Presiden mempunyai kuasa untuk melantik pegawai-pegawai penting (kabinet) dari ahli parti yang beliau anggotai, sistem ini lebih berkesan kerana pilihan beliau tidak terhad dan tidak menganggu pihak legislatif (majlis perwakilan rakyat). Beliau juga akan sentiasa di awasi oleh ahli-ahli legislatif dan anggota-angota parti beliau sendiri kerana, pada kebiasaannya calon bukanlah individu yang mengepalai parti.
Secara dasarnya, aku rasa sistem ini lebih telus dan adil berbanding sistem Westminster.
Sistem Non-Partisan
Secara keseluruhanya, sistem demokrasi oleh non-partisan ini masih terikat dengan cara pemilihan demokrasi Westminster atau demokrasi Ala-Amerika.
Pilihanraya
Ahli majlis perwakilan rakyat yang dipilih bukan berdasarkan parti yang ditandingi, tetapi atas dasar kemampuan secara inividu, ini kerana tiada parti dalam sistem ini.
Pemilihan dan Perlantikan Ketua Negara dan dan menteri-menteri.
Dalam sistem ini pemilihan calon untuk ketua negara akan dilakukan tanpa pengaruh semangat kepartian oleh ahli majlis perwakilan rakyat. Perwakilan akan memilih berdasarkan kemampuan individu. Ketua negara juga akan memilih menteri-menteri daripada kalangan perwakilan berdasarkan kemampuan dan bukan berdasarkan parti yang diwakili atau kedudukan dalam parti. Dalam sistem ini tiada pembangkang, yang ada Cuma kerajaan dan penasihat kerajaan yang berada dalam satu bumbung. Tiada parti yang membentuk kerajaan.
Perbincangan
Pada pendapat aku, sistem ini lebih berkesan dalam mencari kebaikan untuk rakyat berbanding sistem Parti. Contoh yang terbaik dapat diambil ialah kerajaan Negeri Perak. Di sini aku cuma andaikan dalam suatu situasi, Jika menteri besar dari PAS mengusulkan sesuatu yang baik bagi umat Islam di dewan perwakilan negeri, tetapi ditentang oleh parti gabungan dalam kerajaan dari DAP yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak dalam kerajaan, apakah ahli majlis dari kalangan UMNO akan bertindak untuk menyokong menteri besar? Ini hampir mustahil akan berlaku kerana ahli majlis terpaksa mangikut arahan parti untuk tidak menyokong usul dari kerajaan kerana berlainan parti. Dalam sistem ini, parti diutamakan, bukan rakyat secara keseluruhan. (untuk mempersetujui usul, majoriti anggota majlis perlu bersetuju tanpa mengira dia dari sebelah parti kerajaan atau tidak).
Bagi aku dengan sistem ini, dewan majilis perwakilan akan bertindak lebih adil dan bertanggungjawab kepada rakyat. Sistem Non-Partisan ini juga disokong oleh Hassan al Banna iaitu pengasas Ikhwan Muslimin.

Khamis, 12 Mac 2009
Pemimpin yang baik….
Bagi anda, siapa yang atau bagaimana ciri pemimpin yang baik? Jika anda pergi ke sebuah kampung di Malaysia, dan bertanya kepada orang-orang tua yang selalu berbual-bual sesama kawan, anda boleh mendengar jawapan yang begini, “pemimpin yang baik mestilah membantu rakyat dan dapat membawa pembangunan”. Apakah benar pemikiran sebegini?
Jika ada dua orang pemimpin, yang seorang taat pada perintah Allah, solatnya, ibadahnya dan akhlaknya amat terjaga dan dia begitu menjaga agamanya, tetapi kurang membawa pembangunan dan kebajikkan rakyat agak terabai (mungkin kerana tekanan politik atau sebagainya, tapi kita abaikan dahulu), bukan kerana dia malas, tetapi dia kurang kebolehan untuk menjadi pemimpin (mungkin kerana tekanan politik atau sebagainya, tapi kita abaikan dahulu). Yang seorang lagi agak tidak baik akhlak dan kehidupan sosialnya, tetapi mampu menjaga rakyat di kawasannya secara fizikal dengan baik dan membawa pembangunan dengan pesat ke kawasannya. Bagi anda, siapa pemimpin yang baik?
Tentu sahaja kita mendambakan seorang pemimpin yang benar-benar berkebolehan dari segi rohani dan jasmani, dan mampu membawa kemajuan dunia dan akhirat. InsyaAllah, memimpin begini memang ada, buka mata hati anda.
Firaun (firaun semasa zaman Nabi Musa), cuba anda bayangkan, bukankah dia pemimpin yang gemilang, lihat sahaja peninggalannya seperti Piramid dan Sphinx, bukankah ianya peninggalan yang terbilang? Tetapi Al-Quran menyatakan dia pemimpin yang zalim, mengapa?
Jika berlaku sesuatu masalah di kawasan anda, apakah pada pendapat anda Perdana Menteri, Menteri Besar, Ahli Parlimen dan ADUN patut dating melawat kawasan anda bagi menunjukkan mereka adalah pemimpin yang bertanggung jawab dan baik? Bagi aku ADUN, Exco Negeri yang berkenaan dan Menteri yang berkenaan sahaja yang perlu turun, lalu mereka akan melaporkan perkara tersebut kepada pemimpin atasan dan mengarahkan pihak dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan keadaan.
Tak perlulah Menteri Besar atau Perdana Menteri perlu turun kecuali jika mereka ada masa terluang atau kejadian itu terlalu serius. Satu lagi masalah orang kita, mereka kurang tahu peranan Ahli Parlimen dan ADUN, jika ada sesuatu kejadian di kawasan tertentu, yang perlu bertanggungjawab ialah ADUN, bukan Ahli Parlimen, kerana tugas utama Ahli Parlimen ialah di Dewan Rakyat, untuk menyelesaikan masalah peringkat Negara dan menentukan dasar Negara, bukannya menyelesaikan masalah setempat.
Pemimpin yang kita pilih bukan sahaja dapat memimpin kita di dunia, tetapi juga membawa kita ke akhirat dengan jalan yang betul. Jalan ke Masjid, bukannya jalan ke disko di Bangsar……
Lihat sahaja Rasulullah (pemimpin agung), pada mula dakwah baginda di Mekah, baginda dan para pengikutnya dikenakan sekatan ekonomi, tetapi baginda dan para pengikut tetap bertahan, makan pun susah, hanya sebiji atau setengah biji kurma sehari, kemajuan apa yang diharapkan jika begini keadaannya? Tetapi berkat kualiti mereka untuk bertahan, lalu Islam berkembang dengan jaya.
Rasulullah mengatur pembangunan dengan teratur dan berlandaskan Al-Quran, kemajuan yang berasaskan takwa, bukan kemajuan berasaskan Rom dan Parsi!! (Rom dan Parsi adalah tamadun yang maju ketika itu), begitu juga dengan keadaan sekarang, bukan dasar kapitalis Amerika atau dasar pandang ke timur (Jepun dan Korea), seharusnya kita berpegang kepada dasar memuliakan Al-Quran, membangun bersama Islam!!!! Tetapi jika ada sesuatu yang baik daripada tamadun lain, dan tidak bertentangan dengan Islam, maka kita boleh mengambil kebaikkan itu.
Tentera Hijau dari Gunung

Jumaat, 6 Mac 2009
Najib..Apa hang dah buat ni
Berita paling panas hari ini adalah tentang Najibtuya..apabila membaca apa yang ditulis di akhbar Perancis hati aku mula terdetik mengatakan jika orang yang dikatakan menjadi Perdana Menteri kita alamat jahanam negara kita dibuatnya ..
Sekiranya tiada bukti takkan wartawan tersebut suka2 jer nak tulis tentang Najibtuya ..takkan dia tak tau yang najibtuya nie kan pakar menghilangkan orang ..jangan wartawan tue hilang sudah ..Bala sampai sekarang takder berita entah hdp ker tdk sape tau..kalau najib tak bersalah ayuh saman ler akhbar tersebut takkan nak biarkan jer ( ada bran..). Masa dalam parlimen semalam saifudin Nasution cuba membahaskan isu ini tapi telah ditolak speaker bukankah ini satu isu yang menggugat nama Malaysia ..
Tambahan pula ,aku tengok cara kes ini dalam mahkamah pun nampak macam tak kena jer ..
Sirul kata dia dikambinghitamkan tapi kenapa tak dicari pengembala kambing hitam tue ..inilah yang meragukan ..nak harap mahkamah malaysah iss silap gaya kes tak selesai ..
Apa yang diharapkan kes ini dijalankan dengan baik ..Sape yang bersalah patut dihukum ..
kalau di dunia terlepas tapi mahkamah akhirat yang lebih adil n dahsyat menanti ..sumpahlah mcamana pun nnti di sana semua tu tak berguna

Khamis, 5 Mac 2009
Krisis Perlembagaan VS Laksamana Doremi
Apa yang menyebabkan kekecohon politik di Malaysia sekarang? Bagi aku ianya terjadi kerana Perlembagaan Negara yang bertindih dan bercelaru. Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Negara yang diwarisi dari British serta Common Law British juga tidak selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri-Negeri dan Perlembagaan Negeri-Negeri.
Kecelaruan ini menyebabkan pakar-pakar perlembagaan sendiri terkeliru dan bercelaru, hingga ada pada satu masa ada seorang pakar undang-undang dan perlembagaan merujuk kepada Common Law dan Perlembagaan British dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia untuk merujuk kepada krisis perlembagaan di Perak.
Media yang tak tahu apa-apa tentang perlembagaan Negara ini juga turut pandai-pandai menyibuk untuk menambahkan kontroversi.
Turut terkeliru ialah pemimpin-pemimpin Negara sendiri, lihat sahaja Perdana Menteri semasa perlantikkan Menteri Besar Perlis dan Terengganu selepas PRU 12 dahulu, dia juga tidak tahu siapa yang berkuasa untuk melantik Menteri Besar.
Begitu juga dengan Kontrak Sosial Negara, ianya tidak jelas sehingga menjadi pertikaian antara maksud sebenar Kontrak Sosial diantara PR dan BN.
Tapi krisis begini bagus juga untuk renungan kita dan belajar dari kelemahan. Krisis ini juga akan jadi rujukan sejarah pada masa hadapan.
Waktu dahulu, semasa menonton filem Laksamana Doremi, kita ketawa apabila melihat Menteri –menteri dan Sultan Negara Pasir Berdengung bersidang di bawah pokok, tapi kini ianya benar-benar terjadi di Sidang DUN Perak. Aku tidak tahu sama ada selepas ini aku akan ketawa lagi melihat babak itu dalam filem Laksamana Doremi, ternyata nilai falsafah babak itu cukup tinggi, apakah Tan Sri P. Ramlee sengaja membuat babak itu?
Jadi sekarang, hamper semua rakyat Malaysia terutamanya rakyat Perak dalam keadaan keliru dan bingung dengan krisis ini. Yang faham pun jadi tak beberapa faham, yang tak faham jadi makin tak faham, tapi jangan cuba-cuba tunjuk faham.
Mengapa kita tidak cuba melakukan penambah baikkan terhadap kekeliruan dan pertindihan dalam perlembagaan Negeri dan Persekutuan serta Kontrak Sosial. Atau kenapa tidak pilih sahaja perlembagaan yang berteraskan Islam?

Rabu, 4 Mac 2009
Istana setuju terima memo anti-PPSMI
kemaskini 4.51pm Istana Negara memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.Persetujuan istana itu dianggap "
kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menganjurkan perhimpunan besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata istana tidak melarang majlis penyerahan memorandum tersebut.Beliau dimaklumkan Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berada di istana pada masa yang dijadualkan dan memorandum tersebut akan diserahkan kepada seorang pegawai bagi pihak baginda.Dr Hassan menambah, satu salinan memorandum tersebut telah disampaikan kepada istana melalui setiausaha sulit kanan Yang di-Pertuan Agong semalam.Memorandum lapan halaman itu diserahkan awal, tambahnya, sebagai makluman kehadiran mereka di istana, petang 7 Mac ini.
GMP merancang berhimpun di tiga tempat di ibu negara – kompleks membeli-belah Sogo, Pasar Seni dan Masjid Negara – sebelum berarak beramai-ramai ke Istana Negara pada jam 2 petang.Mereka merancang berarak dalam pakaian putih sebagai lambang pembersihan PPSMI, tanpa sebarang logo, bendera dan simbol parti-parti politik walaupun GMP turut disertai PAS dan PKR.Selain Dr Hassan, Sasterawan Negara A Samad Said dan pemimpin pembangkang termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual hadir.Menjelang perhimpunan besar itu, GMP akan menghabiskan empat programnya di seluruh negara sebelum ceramah akhir di Markaz Tarbiah PAS di Taman Melewar, Gombak pada Jumaat ini.
Malam ini, satu forum isu PPSMI akan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).Selain Dr Hassan, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli parlimen BN Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut membahaskan isu ini.Ditanya tindakan lanjut GMP jika kerajaan tetap enggan melayan tuntutan mereka, Dr Hassan berkata gabungan itu akan terus memperjuangkan pemansuhan dasar kontroversi itu sehingga berjaya."Tidak ada tempoh tamat. Kita akan terus berjuang sehingga kembali kepada dasar asal (sebelum diperkenalkan PPSMI pada 2003)," katanya.Sementara itu, Setiausaha GMP Hasni Abas berkata 1,000 anggota Unit Amal PAS dikerahkan bagi mengawal keadaan dan lalulintas supaya perhimpunan itu terkawal dan aman.
Pada mulanya, kata Hasni, GMP telah menghantar permohonan untuk mendapatkan permit berhimpun ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, katanya, mereka dinasihatkan supaya mengemukakan permohonan itu kepada di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.Pada 17 Februari lalu, seramai 20 aktivis bahasa dan sastera GMP berarak ke Parlimen dari Tugu Negara bagi menyerahkan memorandum membantah PPSMI kepada ahli-ahli parlimen, termasuk Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.]
Manakala pada 31 Januari pula, tokoh-tokoh utama GMP buat pertama kali turun ke jalanraya sempena pelancaran kempennya di pusat membeli-belah Sogo.Mereka juga menabur 50,000 risalah mengenai kempen menentang dasar itu ketika pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari lepas.

Nik Aziz :Elak guna istilah bumuputera
KOTA BAHARU:
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju istilah "bumiputera" digunakan terutama bertujuan untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan.Malah, beliau juga berkata, bukan Islam boleh dibenarkan menggunakan perkataan "Allah" yang kini menjadi kontroversi.Beliau berkata, istilah bumiputera itu juga berbau perkauaman dan menafikan hak kaum lain sedangkan mereka mempunyai hak yang sama rata dan mempunyai kad pengenalan yang sama."Bila pilihan raya kaum lain boleh mengundi dengan satu undi, begitu juga dengan kaum bumiputera dapat mengundi dengan satu undi," katanya mengulas kedudukan bumiputera di negara ini yang didakwa sama dengan golongan aparteid di Afrika.
Nik Aziz bagaimanapun berkata, sewajarnya pihak tertentu menyamakan bumiputera itu sama seperti aparteid.Beliau berkata, kerajaan perlu menubuhkan satu badan bagi mengendalikan golongan miskin di negara ini bukannya membantu satu kaum yang dikenali sebagai bumiputera."Saya tidak suka dengan perkataan bumiputera. Yang saya suka perkataan miskin, melibatkan semua kaum, begitu juga dalam Islam tidak sebut (Islam) hak Arab sahaja tetapi hak semua termasuk Arab Quraisy," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, penubuhan sebuah badan yang mengendalikan bantuan kepada golongan miskin dapat menentukan pihak yang bertanggungjawab mendapatkan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan.Beliau berkata, semua golongan yang terdiri dari kalangan miskin perlu dibantu sebagaimana kerajaan membantu golongan bumiputera sekarang."Apa kita hendak guna bumiputera sahaja sedangkan kaum Cina, kaum India pun miskin juga dan perlu dibantu," katanya.
BOLEH GUNA PERKATAAN "ALLAH"Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, penggunaan nama Allah oleh masyarakat bukan Islam, yang kini menjadi kontroversi, dibolehkan.Bagaimanapun, kata Menteri Besar Kelantan itu, ia terserah kepada Kerajaan Pusat untuk menentukannya."Saya tidak mahu campur tangan dalam perkara ini, Kerajaan Pusat yang membuat keputusan, kerana sebelum ini mereka anggap penggunaan God itu Allah, itu salah," kata beliau dipetik Bernama.Sehubungan itu, tambah beliau, terserah kepada Kerajaan Pusat menentukan tindakan dan berharap ia tidak menimbulkan kebimbangan orang ramai.
Kelmarin, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan bahawa ia telah membatalkan warta kerajaan yang membenarkan penggunaan bersyarat perkataan "Allah" dalam penerbitan agama Kristian berkuat kuasa serta merta.Sambil mengakui bahawa ada kesilapan dalam menggubal warta itu yang menyebabkan kekeliruan berhubung isu itu, Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, keputusan kerajaan untuk melarang penggunaan perkataan itu dalam penerbitan majalah Herald tetap berkuatkuasa sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut meminta kerajaan menarik balik keputusan itu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.Sementara itu, Nik Aziz berkata, kejayaan rakyat Kelantan dalam bidang ekonomi adalah kerana semangat setelah kecewa dengan sekatan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini.Nik Aziz berkata, sikap pemimpin Pusat mempertikai keinginan pelabur ke Kelantan menyebabkan rakyat naik muak dan semangat diguna untuk berusaha sendiri sehingga berjaya."Apabila pelabur datang dan bertanya hendak ke Kelantan dia (menteri) akan tanya balik... why Kelantan? (mengapa Kelantan?), why Kelantan?... u know la... (anda tau la)," katanya ketika mengulas kejayaan dalam bidang ekonomi oleh rakyat Kelantan sekarang.Kata beliau, matlamat utama kerajaan negeri juga mahu melihat rakyatnya memperoleh kekayaan secara halal."
Bagaimana dia buat, apa yang dia hendak usaha, sama ada depu (gaharu) atau tanam lain, janji dibuat secara halal," katanya.Bagaiamanapun beliau kesal dengan sikap rakyat yang suka membina rumah besar dan berkereta besar kerana boleh menyebabkan ekonomi tidak berkembang."Saya bimbang dengan rumah besar, kereta besar yang sepatut buat lain, bila bina rumah besar duit mati, wang tidak rolling," katanya.

Matahari dan mendung merah
Matahari menyinari bumi, membawa harapan bila menjelang pagi, matahari tidak mengira siapa yang disinarinya, tidak pernah meminta sesiapun untuk mengucapkan terima kasih kepadanya, kerana matahari tahu, itu ialah tugasnya, tanpa mengira sesiapa atau apa, tanpa mengira pangkat atau harta. Bumi yang disinarinya pasti ada rezeki dari Allah untuk sama dinikmati dan dikongsi.
Kerajaan dan pemimpin sesuatu wilayah yang berdaulat juga harus bertindak adil seperti matahari, mereka tidak boleh memilih, siapa yang harus ditolong dan siapa yang akan dipilih. Tetapi jika kita lihat sekarang, terlalu banyak mendung-mendung merah yang menghalang cahaya matahari daripada sampai kepada bumi. Bumi itu umpama rakyat yang memerlukan pemimpin yang adil, pemimpin tidak sepatutnya bertindak atas dasar ideologi dan penyokongnya sahaja. Mengapa kerajaan untuk semua berubah menjadi kerajaan untuk sebelah pihak sahaja dan mendiskriminasi pihak-pihak lain.
Mengapa ada mendung-mendung merah yang menghalang cahaya matahari untuk menyinari pepohon hijau. Matahari itu selain dari menyinari dan membawa rahmat Allah ke muka bumi, ia juga tetap beredar mengelilingi bumi di atas orbitnya, itulah ketetapan Allah kepadanya, dan matahari begitu mematuhinya. Begitulah jua sepatutnya peranan pemimpin dan kerajaan, mematuhi perintah Allah dan amanah. Jika matahari tidak beredar di atas orbitnya, maka rosaklah ekosistem bumi dan binasalah juga matahari itu sendiri. Jika terlalu banyak juga mendung-mendung merah yang menghalang cahaya bumi, maka suramlah alam ini.
‘Jika kamu menyokong pembangkang, jadi kenapa kamu bersekolah di sekolah kerajaan, kenapa menggunakan jalanraya?’. Apakah ini pandangan orang-orang yang menyokong kerajaan? Bukakankah tanggungjawab kerajaan itu untuk semua, tanpa mengira apa ideologi dan pilihan rakyatnya? Apakah penyokong pembangkang ini tidak membayar cukai sehingga begitu mereka diperkatakan….
Tidak kira siapa yang menjadi kerajaan, matahari yang sentiasa mematuhi perintah Allah dan menerangi seluruh bumi tanpa sikap pilih kasih wajib dicontohi. Para penyokong-penyokongnya pula janganlah menjadi seperti awan mendung yang membawa bala, jadilah seperti mendung yang membawa hujan dan menyiramkan rezeki dari Allah kepada bumi. Moga bumi ini akan menghijau dengan segar sebagai anugerah kepada semua penghuni yang mendiaminya, moga akan datang keamanan dan keadilan yang berteraskan kepada kebenaran…..InsyaAllah.

kenyataan Prof DR AGUS Yusoff
Oleh Amin Iskandar @ Black
Itulah pandangan yang diberikan oleh penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika ditanya mengenai kesahihan persidangan tergempar yang diadakan di Perak semalam.Persidangan tergempar itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.
Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
“Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan,”. Klik disini berita selanjutnya.
Jeng… jeng… jeng….
Makin gelabahlah Najib,
Menggelupurlah Rosmah,
Perak bukan Timah kata Mahathir,
Nizar masih MB kata Ku Li,
Apa kata Dollah?
Dulu Najib main sondol aja,
Tak guna otak,
Tak fikir habis,
Sekarang terberak.

PEMILIHAN KETUA KERAJAAN ATAU KETUA NEGARA (BHG 1)
Sistem Westminster (sistem peninggalan penjajah British yang diguna pakai oleh Pilihanraya Malaysia)
Setiap dalam tempoh masa yang telah ditetapkan maka piliharaya akan diadakan untuk memilih wakil rakyat. Calon Wakil Rakyat dicalonkan oleh Parti-Parti yang bertanding.
Perlantikkan Ketua Negara atau Ketua Kerajaan dan Menteri-Menteri
Dalam sistem Westminster ini, Ketua dari pihak Parti yang menang dan menguasai Dewan Rakyat akan (Selalunya presiden Parti) yang akan diperkenankan dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memegang jawatan Perdana Menteri. Perdana Menteri yang diperkenankan ini akan memilih menteri-menteri kabinet yang majoritinya daripada wakil rakyat dari Parti yang menang pilihanraya. Dalam konteks Malaysia sekarang ini, Perdana Menteri adalah seorang Individu yang mengetuai UMNO yang menjadi parti “Big Brother” dalam BN. Menteri-menteri kabinet pula selalunya dilantik daripada ketua-ketua parti komponen dan berdasarkan kepada jawatan dalam parti tanpa mengira kelayakkan mereka.
Perbincangan
Apakah pilihanraya dengan sistem Westminster ini dapat menterjemahkan pilihan rakyat secara adil? Kita lihat satu fakta dari PRU Malaysia yang ke 12 (tak termasuk pilihanraya kecil yang terbaru dan Parti yang keluar dari BN).
Jumlah Kerusi yang dimenangi BN -140
Jumlah Kerusi yang dimenangi PR – 82
Jumlah Kerusi parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat hanya mewakili sekitar 40% sedangkan fakta dari undi popular menunjukkan sokongan keseluruhan rakyat Malaysia yang menyebelahi PR ialah 49.7 (jika didasarkan kepada undi popular, sepatutnya PR mampu memenangi 110 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan)
Sistem ini mementingkan pilihan rakyat mengikut kawasan pilihanraya dan bukannya pilihan rakyat secara umum. Aku akan buat satu lagi perbandingan yang lebih parah, dan ini berkemungkinan akan terjadi.
Kawasan A : Parti X = 11 manalaka Parti Y = 9 jumlah undi
Kawasan B : Parti X = 11 manakala Parti Y = 9 jumlah undi
Kawasan C : Parti X = 5 manakala Parti Y = 15 jumlah undi
Jumlah Undi Part X =27 manakala Parti Y = 33 jumlah keseluruhan
(undi keseluruhan adalah undi popular )
Ketidakadilan sistem Westminter boleh ditermahkan seperti ini, walaupun Parti A menang di 2 kawasan (Kawasan A dan B), namun undi majoriti seluruh negara atau undi popular condong ke arah Parti B. Tetapi malangnya Parti B tidak mampu memerintah kerana hanya menang 1 dari 3 kerusi. Jumlah undi popular kurang berkesan di sini.
Ini amat tidak adil dan agak berbahaya, kerana Ahli Parlimen dari parti yang menang akan memilih calon dari kalangan mereka untuk jawatan Perdana Menteri, dan mungkin ianya tidak selari dengan kehendak rakyat secara majoriti. Keputusan pilihanraya untuk memilih ahli majlis Dewan Rakyat sekaligus secara tidak langsung akan terus memilih ketua kerajaan. Apakah ini sistem yang menepati konsep ‘Bai’ah’ dan menepati konsep keadilan demokrasi.
Dalam hal perlantikan menteri-menteri kabinet, Perdana Menteri akan melantiknya daripada kalangan ahli-ahli dewan yang menganggotai dari parti yang menang. Bukankah pilihannya amat terhad, juga kadang kala kita lihat, orang yang tidak sesuai dilantik untuk memegang sesuatu kementerian. Amat jarang kita lihat menteri yang di lantik dari kalangan senator.
Jika anda belajar tentang Sains Politik dan menjunjung sistem politik barat, Sistem Westminster juga tidak mampu menjelmakan semangat Trias Politica (sistem pengasingan kuasa kepada legislatif [Dewan Rakyat], eksekutif [Perdana Menteri dan Kabinet Menteri] dan juga kehakiman). Ini kerana Ketua Kerajaan (ketua eksekutif) dilantik dari kalangan perwakilan rakyat (legislatif), jadi di sini Perdana Menteri dan menteri kabinet (eksekutif) berada dari kalangan legislatif (dewan rakyat) dan mampu mepengaruhi Dewan Rakyat. Perdana Menteri juga mempunyai pernanan dalam melantik melantik hakim dan secara tidak langsung Ketua kerajaan mempunyai pengaruh dalam legislatif dan kehakiman. Sepatutnya badan kehakiman di Malaysia harus terletak dibawah Yang di-Pertuan Agong secara terus. Penasihat Yang di-Pertuan Agong juga sepatutnya ada tiga, iaitu wakil-wakil dari legislatif, eksekutif serta kehakiman dan dari Perdana Menteri sahaja. Ini akan menghasilkan Ketua Kerajaan atau Ketua Negara yang bersikap totalitarian dan diktator. Oleh kerana itu juga penyokong-penyokong UMNO terkeliru tentang istilah Parti yang menang dalam pilihanraya dan Kerajaan.
Jika anda ada belajar tentang sains politik, Ketua Negara atau Ketua Kerajaan juga harus mendapat sokongan terus daripada rakyat, kerana beliau akan memimpin rakyat.

Isnin, 2 Mac 2009
Beza Antara Merebut Nama ALLAH dan Mempertahankan akidah
Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.
Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.
Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar?
Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.
Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia,
Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).
Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian,
Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).
Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.
Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.
Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.
Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).
Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.
Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!
Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:
“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.
Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.
Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.
Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3).
Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.
Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.
Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?
Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.
Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.
Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.
Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.
Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.
oleh ust Asri Zainal Abidin

Ahad, 1 Mac 2009
SPRM yang menghampehkan....
Sejak akhir-akhir ini iklim politik di Malaysia semakin panas dan gawat.Sebut pasal gawat ni ,tak sah kalau tak nyebut pasal SPRM yang sekarang sudah tunjuk belang .Semakin berani untuk menunjukkan ketaatannya pada sebelah pihak..
Betapa double standardnyer sprm ini bila dalam tempoh 2 minggu jer sudah buat kenyataan yang mmburukkan mb selangor padahal mahkamah belum putuskan lagi ...sedangkan beberapa laporan yg dibuat oleh pihak pakatan rakyat masih belum jelas perlaksanaannya..Khir toyo n gerak buat laporan dan dengan pantas sprm siasat.Padahal rakyat dah tau BN yg penuh dengan rasuah tidak ada langsung tindakan ..
Di Perak misalnya ..Semasa ADUN Bota berhijrah ke pakatan rakyat sprm kata nak siasat tp apabila ADUN tersebut melompat balik ke pangkuan BN langsung diam dan siasatan tidak dibuat , begitu juga pada 3 orang yang katanya adun bebas dan berstu dengn BN wlaupun laporan dibuat tp hampeh tiada tindakan .
Anwar Ibrahim baru2 nie mendedahkan di parlimen bukti2 keatas bekas mb kedah yg melakukan cobaan membeli ADUN PKR Kulim dengan nilai suapan bernilai 4-5 juta dalam bulan april - julai supaya ADUN tersebut melompat .Siap dengan bukti cctv yg jelas lagi tu ..tp apa tindakan SPRM? pegawai tersebut dipindahkan ke negeri lain dan kes tersebut diam tanpa berita .
Kalau Kes lembu korban dan kereta lexus begitu cekap dia menjalankan tugas..mana tindakan keatas laporan2 yg dibuat keatas ikan jerung2 dalam BN nie..
Ape cerita kes video Lingam ..ape citer kes pkfz klang,ape citer kes komisen kapal selam ..ape citer projek2 yg dibuat kerajaan ats ketelusan yg boleh dipersoalkan ,ape citer kes balak di pahang ,sarawak & sabah ..
Ini negara apa ? chad kah ,congo kah ,rwanda kah ,myanmar kah ...dimana keadilan ,dimana ketelusan ,dimana amanah ..satu cara jer yg boleh mengubah ini semua mari kita tumbangkan BN mcm kite tumbangkan lembu korban ..

Langgan:
Catatan (Atom)
Surah Hud ayat 15-16
15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.

- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2009
(331)
-
▼
Mac
(15)
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI – siri 3/10
- Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI 2/10
- MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI-SIRI 1/10
- PEMILIHAN KETUA KERAJAAN ATAU KETUA NEGARA (bhg 2)
- Pemimpin yang baik….
- Najib..Apa hang dah buat ni
- Krisis Perlembagaan VS Laksamana Doremi
- Istana setuju terima memo anti-PPSMI
- Nik Aziz :Elak guna istilah bumuputera
- Matahari dan mendung merah
- kenyataan Prof DR AGUS Yusoff
- PEMILIHAN KETUA KERAJAAN ATAU KETUA NEGARA (BHG 1)
- Beza Antara Merebut Nama ALLAH dan Mempertahankan ...
- SPRM yang menghampehkan....
-
▼
Mac
(15)
blogger sempoi
-
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi4 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 tahun yang lalu
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??5 tahun yang lalu
-
DIET KENYANG AZUE - DAY 35 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 tahun yang lalu
-
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya6 tahun yang lalu
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 tahun yang lalu
-
-
Promo Indomaret8 tahun yang lalu
-
Pecah Berita Lagi!!!8 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 tahun yang lalu
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara9 tahun yang lalu
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
Zikir Munajat.avi9 tahun yang lalu
-
-
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?9 tahun yang lalu
-
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio10 tahun yang lalu
-
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre12 tahun yang lalu
-
-
'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'12 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah12 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam12 tahun yang lalu
-
Hujan Itu Rahmat13 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-