ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Rabu, 31 Mac 2010
PENJELASAN DS NIZAR TENTANG SIDANG DUN PERAK KECOH HARI INI
IPOH, 31 Mac - Kekecohan yang berlaku dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sememangnya sudah dijangka oleh ramai pihak.
Semuanya kerana berpunca dari sikap Speaker DUN, R.Ganesan yang dipercayai bersikap biadap, bodoh sombong dan gagal melaksanakan tugasnya dengan sempurna akibat beliau adalah "Speaker Haram".
Menurut MB Perak yang Sah, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (foto) kejadian berlaku seawal jam 10.00 pagi iaitu ketika beliau membuat usul Perintah Tetap 2,3 dan 4. Namun, speaker haram Ganesan tidak memberi perhatian terhadap usul yang dibawanya.
"Kita telah bertegang leher kerana kita ingin jelaskan bahawa Ganesan tidak layak menjadi speaker. akibat tidak menghormati namun kita cuba beri kerjasama. Selain itu sesi soal jawab hanya dari jam 10.10 hingga 10.49 habis, ini tidak pernah berlaku. Sebab lain kami keluar ialah dalam agenda tidak ada perbahasan titah tuanku dan dibantah oleh speaker sivakumar. Saya dengan Dato Ngeh bantah dan tidak ada jawapan", Jelas Datuk Seri Nizar.
"Maka kami ambil keputusan keluar dewan kerana dengan beberapa alasan kuat tersebut "Kami mencabar Zambry dan Ganesan, kalau ada perbahasan kami akan hadir esok. malangnya selepas keluar namun tidak dapat disahkan bahawa zambry ada usulkan ada titah ucapan, namun sudah tersangat terlewat. Kalau ada sekarang itu sudah terlewat", katanya.
Apa yang berlaku di persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ini sesungguhnya menampakkan kepada kita betapa kalut dan takutnya BN bila melihat kelibat ADUN Pakatan Rakyat sebenarnya.
Tindakan Speaker yang ternyata gagal mengikut ketetapan dewan sememangnya amat memalukan, bahkan ini membuktikan bahawa Ganesan sememangnya tidak layak untuk menjadi Speaker DUN Perak yang sah.
Justeru itu, beliau terpaksa melaksanakan tugasan hanya bersandarkan kepada mandat dan kehendak pemimpin UMNO BN tanpa mengetahui bahawa dirinya memang bodoh dalam urusan tersebut. Semoga rakyat Perak menyedari apa yang berlaku ini dan membuat tindakan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. " - intanhijau-
Penganalisis: PERKOSA ...uups PERKASA ...TIDAK MAMPU MENGUBAH KUASA POLITIK ..!!!
Isnin, 29 Mac 2010
Semakin angkuh dan sombong zamry & da geng di sidang dun esok
Keadaan yang dialami sejak rampasan kuasa pada 6 Febuari 2009 tidak lain dari suasana sidang yang hiruk pikuk dan bercelaru semacam DUN Perak tidak ada peraturan dan undang-undang lagi. Keadaan tersebut tercetus tidak lain dari sikap BN yang telah mengarahkan pihak keselamatan dalam keadaan yang melampau dan melangkaui tugas sebenarnya sehingga DUN Perak tidak lekang dari pencabulan dan karenah BN yang terus menegakkan benang basah bagi mempertahankan kuasa haram yang mereka dapat dari kudeta itu.
Sidang esok hari nampaknya akan diwarnai dengan kawalan keselamatan yang melampau seperti sebelumnya. Tanda-tandanya sudah nampak pada hari ini. Alat sekatan jalanraya sudah sedia dipasang sejak pagi tadi.
Benarlah Zambry dan Ganesan berbohong dengan mengatakan sidang sekali ini tidak akan menggunakan pasukan keselamatan. malah rata-rata rakyat Perak yang saya temui didalam dan diluar negara membayangkan BN akan menggunakan "talian hayat" itu untuk menjamin sidang haram terus akan berlangsung.
Selain itu tindakan Ganesan yang cuba mengendalikan sidang negeri dengan kuasa haram yang dimiliki sekali lagi gagal dan kegagalannya menampakkan dia adalah 'bodoh' dan "semacam tidak bersekolah" bila tidak dapat memahami surat yang dikeluarkannya sendiri sehingga menolak soalan yang dikemukakan oleh ADUN Pakatan Rakyat walaupun mematuhi arahan surat tersebut.
Atau Ganesan tidak tahu membaca surat dalam Bahasa Melayu dan Pakatan Rakyat boleh terjemahkan ke dalam tulisan bahasa yang dikehendakinya.
Selain itu kengganan Zambry dan Ganesan yang dengan secara angkuh dan sombong menolak pelawaan Pakatan Rakyat untuk berbincang bagi memastikan kepentingan rakyat Perak terjamin hasil dari sidang, jelas mengecewakan kami walaupun sudah kami jangkakan dari awal.
Saya sangat hairan dengan sikap pemimpin BN Perak yang diketui oleh Zambry yang semakin angkuh dan sobong sejak kebelakangan ini. Semacam mereka tidak sedar bahawa kuasa yang mereka miliki adalah sementara dan mereka dapatpun dengan mencuri bukan dengan cara domokrasi seperti yang Pakatan Rakyat dapat pada PRU ke 12 pada 8 Mac 2008 dulu.
Tidak apalah kalau mereka sengaja untuk berlakun tidak sedar diri untuk menyakinkan rakyat bahawa dengan lakunan itu rakyat nampak semacam benar tindakan BN merampas kuasa pada 6 Februari itu, tetapi saya yakin rakyat dapat menilai yang mana intan dan yang mana berlian sehingga mereka semakin tidak sabar untuk menunggu DUN Perak dibubarkan pada satu masa nanti bagi menghukum BN.
Bayangkan betapa ditempat yang mereka tidak menang bertanding pada tahun 2008 kebanyakan mereka dipanggil YB oleh pegawai di jabatan kerajaan. Mengampu atau tidak saya tidak pasti tetapi yang paling tepat mereka adalah YB iaitu "Yang Berlakun" dengan kuasa haram yang mereka dapat.
Dan lakunan mereka akan disaksikan dengan kawalan ketat oleh pasukan keselamatan, kita tunggu dan lihat.....
Ahad, 28 Mac 2010
Guan Eng : I See U in Court Mr. Zahrain...
Guan Eng Tunggu Zahrain Saman Untuk Dedah Tembelang
Pembantu Khas kepada Lim Guan Eng, Ng Yap Hwa berkata Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan menghantar surat tuntutan kepada Guan Eng sedangkan ia bukan notis saman mahkamah, sebaliknya hanya surat notis oleh seorang peguam.
"Zahrain hanya cuba alihkan perhatian daripada sebab sebenarnya dia begitu marah kepada Ketua Menteri bukan kerana isu prinsip tetapi kerana Ketua Menteri enggan mengikut syor Zahrain yang menwakili IGP Sdn Bhd untuk meluluskan pengswastaan pengurusan Bukit Jambul Golf Club yang bernilai lebih RM40 juta kepada sebuah syarikat RM2,"kata Yap Hwa.
Menurut beliau Guan Eng hanya menunggu tindakan saman mahkamah diteruskan oleh Zahrain supaya segala pekung Ahli Parlimen Bayan Baru itu dapat didedahkan kepada umum.
"Kami mengesyaki Zahrain samada beliau benar-benar berani meneruskan tindakan mahkamah atau hanya bersikap main-main untuk dapat publisiti murah kerana ada dokumen hitam putih yang boleh sahkan bahawa Zahrain menyokong pemberian tender RM40 juta kepada sebuah syarikat RM2 yang tidak ada sebarang rekod kerana hanya baru ditubuhkan dua bulan sebelum tender dipanggil," jelasnya.
Yap Hwa berkata Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dalam ucapannya di Parlimen pada 23 Mac lalu mempersoalkan tindakan Zahrain menggelar Guan Eng sebagai komunis kerana tidak mendapat sebarang bentuk imbuhan dari kerajaan negeri.
Ghafur dalam ucapannya di Parlimen dipetik sebagai berkata, “Bolehkah dalam dewan ini tunjuk satu orang antara kita ini komunis. Ini (tuduhan Zahrain) bukan bukti, ini salah dari segi peraturan, mana boleh duduk dalam Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri seorang komunis.
"Abdul Ghapur memarahi Zahrain sudah gemuk dan sudah kenyang kerana 'umpan' yang dibagi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru ini besar, sebab dia lompat,” tegas Yap Hwa lagi. -SK
Yang sama antara 1Israel dan 1Malaysia....
Nah, saya terkejut bila membuat perbandingan dengan konsep ‘One Israel’ memang terdapat beberapa perkara persamaan begini:
Najib kata, “Dalam Belanjawan 2010, dan sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk melaksanakan kaedah rawatan perubatan dan piawai paling tinggi untuk semua rakyat Malaysia, saya telah mengumumkan penubuhan Klinik 1Malaysia yang baru di seluruh negara bernilai RM10 juta.
Klinik-klinik ini diilhamkan dalam semangat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" untuk memberikan rawatan kesihatan segera kepada semua rakyat Malaysia di kawasan-kawasan perumahan yang memerlukan perkhidmatan mudah” Sejak 28 Disember 2009, dan pembukaan perkhidmatan pertama di Lembah Pantai, 50 Klinik 1Malaysia telah dimulakan di kawasan-kawasan perbandaran yang terpilih.
Setakat ini lebih daripada 100,000 orang telah mengunjungi klinik-klinik ini (mewakili purata 80 hingga 200 pesakit bagi setiap klinik setiap hari), untuk mendapatkan rawatan mudah bagi penyakit-penyakit seperti sakit kepala dan selesema.
( ini semua untuk mengatasi masalah sosio-ekonomi dan diskriminasi social ) dan bandingkan pula apa Barak lakukan,
“for the poor economic conditions and social discrimination they experienced during the early years of the state. Barak has used many election appearances as opportunities to tell stories about elderly women unable to get hospital treatment, and about the effects of unemployment on families, and to promise remedies. His hope is to gain a "hip-pocket vote" from some segments of the Sephardi community, and as part of this process he needs to overcome the stigma against voting Labor to do it.
Kata Najib, “Dalam satu lawatan terbaru ke Sarawak bulan lepas, saya telah berkunjung ke beberapa petempatan dan kampung di negeri itu, termasuk Nanga Tada yang terletak hampir 80 kilometer di luar Sibu, dalam usaha merapatkan jurang pemisah antara bandar dan luar bandar dalam sosioekonomi kita. Sejenak dalam lawatan itu termasuklah pertemuan singkat saya dengan pasangan Iban yang agak sudah lanjut usia, Medan anak Nunying dan isterinya Landun anak Ngumbang, yang tinggal di Rumah Meruan. Apa yang menghubungkan saya dengan pasangan yang berumur ini merupakan peristiwa paling mencemaskan dan berbahaya dalam kerjaya saya sepanjang 14 tahun menjadi Menteri Pertahanan.”
Pada Julai 2000, satu konfrontasi telah berlaku antara kumpulan penyeleweng Islam, Al-Maunah dan angkatan tentera Malaysia di Sauk, Perak. Saat mempertahankan diri, seorang komando daripada pasukan elit terbunuh ketika bertugas. Beliau ialah Askar Mathew anak Medan, anak lelaki kedua-dua pasangan lanjut usia tersebut. Turut terkorban dalan insiden yang sama ialah pegawai penyiasat polis, R. Sagadevan.
Adakah ini hampir persamaan dengan Barak yang membangkit tragedy berdarah untuk menarik sokongan ramai? Di mana mereka menggunakan pelbagai agensi dan pakar-pakar untuk menjayakan konsep itu?
Baca ini:
On top of the One Israel success and the positive polls, Barak seemed particularly pleased with the results of report by Israel’s State Comptroller, an independent auditing and investigation body, into the 1992 Tzeelim II training accident.
Najib juga cuba menggunakan pihak agama dan cuba memancing PAS di saat bahtera mereka hampir karam. Mari kita baca tindakan Barak bagi mengatasi kelemahan partinya bagi menghadapi pilihanraya berikutnya.
Levy is of Moroccan origin, and himself the product of one of the poorer Sephardi neighbourhoods. He was originally a protege of Likud Prime Minister Menachem Begin, but after Begin’s departure from the political scene, came into conflict with his successors, Shamir and Netanyahu, over social welfare for his constituents and his own ambitions within the Likud party.
This eventually led to the formation of his Gesher party, first as a faction within the Likud and later as an independent party. Conflicts over Netanyahu’s failure to implement promised social spending led Levy to leave the governing coalition last year. Barak has been reaching out to Sephardi voters since his selection as Labor leader, for instance, by offering a public apology for Labor’s past policies, and clearly hopes that the addition of Levy and Gesher can win him some votes in the Sephardi sector.
One Israel faces significant competition for Sephardi votes from the Centre Party leader Yitzhak Mordechai, a Kurdish Sephardi, and the religious Shas party, which is able to garner almost all the religious Sephardi vote. Meimad, it is also hoped, can attract some religious voters to Labor. Religious voters, who are about 20% of the Israeli population, are even less likely to vote for Labor than Sephardi voters. In many religious neighbourhoods in 1996, votes were 98% for Netanyahu, and only 2% for Labor leader Peres.
For its future political survival Labor must increase its vote among religious and Sephardi Israelis because demographics are against the Labor party. Political analysts say that changes in Israeli population demographics have made the right-left divide in the Israel population approximately 55%-45% since the late 1970s. And since this period, the Likud has come out ahead in most of the elections.
Furthermore, the faster population growth in the religious and Sephardi communities, as well as the influx of immigrants from the Soviet Union, is making matters worse for Labor as time passes. Unless Labor can re-position itself to capture larger segments of these three communities, it may gradually drift into perpetual opposition and political irrelevance.
Saya kira beberapa pekara di atas memang ada persamaan, sudah terang lagi bersuluh. Dengan konsep ‘One Israel’ itu Barak dengan Parti Buruhnya berjaya dalam pilihanraya berikutnya menentang Netanyahu.
“In the run-up to the election, surveys predicted the party would win 33 seats. However, although One Israel did emerge as the largest faction in the Knesset, its 26 seats was the lowest ever by a winning party (Labor's 34 in the 1996 elections whilst running alone had been the previous low). Of the 26 seats, Labor took 22, Gesher 3 and Meimad one”.
Sila baca lebih lanjut di http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel dan http://www.aijac.org.au/review/1999/244/oneisrael.html pihak Pakatan perlu menyimpan maklumat ini segera kerana hantu-hantu BN pasti membuat sesuatu untuk mengelakkan orang ramai akses laman-laman ini. Saya tgk carian melalui Google sukar selepas Anwar menyarankan orang ramai mendapatkan maklumat tentang One Israel.
Sabtu, 27 Mac 2010
PAKATAN RAKYAT AKAN SELAMATKAN HULU SELANGOR DALAM RANGKA KEMPEN SELAMATKAN MALAYSIA
Pakatan Rakyat memulakan kempennya malam tadi untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor dengan perhimpunan kira-kira 5,000 penyokongnya di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.
Majlis yang dinamakan "kempen selamatkan negara" itu, menyaksikan Kuala Kubu Bharu sesak dengan kenderaan orang ramai yang datang, termasuk dari luar Kuala Kubu Bharu.
Ada yang datang dari Tanjung Malim dan sejauh Sungai Besar, Perak. Mereka termasuk 50 orang yang menyewa bas dari sebuah ested di Tanjung Malim untuk datang menghadiri majlis malam tadi.
Pemimpin utama Pakatan termasuk timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali; naib presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategi PKR, Tian Chua; ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Hatta Ramli dan ADUN DAP bagi Kampung Tunku, Lau Weng San adalah antara mereka yang menghadiri majlis tersebut.
Turut hadir ialah penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut mungkin dipilih sebagai calon PKR untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Manakala ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tiba sejurus sebelum jam 11 malam.
Para pemimpin Pakatan itu berucap dengan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad - wakil rakyat Hulu Selangor yang meninggal dunia kelmarin kerana barah otak.
Menurut Tian Chua, Zainal Abidin yang pernah menjadi timbalan menteri besar Selangor ketika di bawah pentadbiran BN, telah bekerja keras berkhidmat untuk rakyat sehingga ke akhir hayatnya.
Mereka yang berucap malam tadi kemudiannya beralih kepada nada kempen, dengan masing-masing menyentuh isu-isu panas, antaranya kes kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM, kontrak kapal selam Scorpene, rasuah dan lain-lain lagi.
Khalid pula menegaskan bahawa dalam pilihanraya umum lalu, rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk membawa perubahan.
Di Selangor, katanya, Pakatan telah diberi mandat untuk memerintah dan "kami membalasnya dengan memberi perkhidmatan yang terbaik", dengan diikuti tepukan gemuruh para hadirin.
Difahamkan perhimpunan malam tadi dirancang lebih awal sebelum Zainal Abidin meninggal dunia.
Menurut Dr Hatta, Pakatan sedang membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan tersebut apabila Zainal Abidin menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ekoran itu, "kempen selamatkan negara" telah bertukar menjadi kempen untuk pilihan raya kecil.
Azmin yang juga ahli parlimen Gombak pula, dalam ucapannya berkata, PKR mahu meletakkan seorang calon yang boleh menrealisasikan impian Pakatan.
Katanya, kerajaan Selangor di bawah Pakatan telah berjaya membawa masuk pelaburan berjumlah RM7 bilion dalam tempoh dua tahun.
Pada tahun 2009 sahaja, katanya, Selangor telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 20,753 orang.
Menteri besar Selangor, tegasnya, menggunakan harta kerajaan negeri untuk rakyat dan "bukan membina istana bernilai RM24 juta untuk dirinya".
Anwar mula berucap mulai jam 11.45 malam. Mengambil kira jumlah pengundi kaum India yang besar di Hulu Selangor, beliau menegaskan bahawa dua aktivis utama Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kini bersama Pakatan.
“(T) Vasanthakumar, yang menyertai PKR, berada di sini," kata Anwar sambil menambah, V Ganabatirau, yang turut hadir, telah menjadi ahli DAP. sumber
Jumaat, 26 Mac 2010
Beginikah mentaliti bloggers umno trooper .?
Lucu benar bila membaca satu artikel yang dikeluarkan dilaman blog blogger UMNO Pahang iaitu Bravehearts bertajukAnu-Arr: Apa Lagi Harapan Yang Tinggal Laporan yang dipetik daripada blog The Unspinners itu jelas sekali menggambarkan betapa banggangnya tahap mentaliti puak-puak bloggers yang menyokong UMNO karat itu. Huraian mereka tentang kes Anwar nampak benar menunjuk mereka dibutakan mata dan hati untuk melihat "kebenaran yang tersurat" sebenarnya. Tambahan pula blogger Bravehearts yang merupakan salah seorang blogger UMNO dan Team Blogger Pembela Negara dari Pahang yang sebelum ini telah merintih mengharapkan simpati atas sikap puak-puak UMNO itu sendiri.
Beliau yang amat kecewa akibat kelibatnya tidak dilayan oleh pimpinan UMNO negeri terutamanya dari segi kewangan dan janji-janji manis yang diabaikan sebelum ini, tiba-tiba begitu bersemangat sekali ingin mempertahankan sebuah kerajaan yang sudah hilang kredibilitinya dari kalangan majoriti rakyat.
Hanya yang tinggal adalah sokongan beberapa kerat rakyat seperti Bravehearts dan puak-puak UMNO yang sudah hilang mentaliti untuk membuat penilaian secara kritis dalam setiap isu yang melanda. Namun, kini nampaknya Bravehearts begitu bersemangat membela, apakah kini sudah mendapat "Umpan" daripada pihak-pihak tertentu hingga gagal memikirkan apakah yang mahu diperkatakan.
Sekarang cuba kita lihat antara perkara yang diperjelaskan menerusi blog beliau itu. "Jika Anwar dipenjarakan, buat kali ini tiada siapa pun akan merinduinya. Tidak akan wujud sebarang Blog atau Website seperti Free Anwar Campaign dulu. Sebab RPK (Raja Petra) pun sudah menjadi banduan dalam larian yang bakal dipenjarakan juga jika dia balik ke tanahair".
Kenyataan di atas membuktikan betapa dangkalnya pemikiran puak-puak blogger upahan UMNO ini. Apakah mereka yakin bahawa apabila Anwar dipenjara maka tidak akan wujud sebarang blog yang mempertahankan mantan Timbalan Perdana Menteri itu?. Apakah hanya Raja Petra sahaja yang layak untuk mempertahankan Anwar?. Apakah mereka lupa bahawa beribu-ribu blog yang turut berjuang untuk itu. Malah, blog-blog terbabit bukan hanya mempertahankan Anwar sebenarnya, tetapi kebenaran dan keadilan yang harus ditegakkan. Anwar hanyalah pencetus gelombang kebangkitan rakyat. Biarpun dia terpenjara maka pasti akan ada beribu-ribu lagi Anwar diluar sana yang akan terus memperjuangkan keadilan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka hanya berlandaskan kepada "akal yang dunggu" semata-mata tanpa melihat kepada fakta sebenar. Sia-sia sahaja mereka dianugerahkan akal dan fikiran oleh Allah SWT, bila gagal untuk memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.
Kenyataan kedua yang berbunyi "Kali ini tidak ada sesiapa pun akan percaya sebarang tuduhan bahawa Kerajaan berkonspirasi atau menzalimi Anwar. UMNO dan Kerajaan tidak masuk campur dalam kes Anwar liwat Saiful Bukhari. Isu ini melibatkan hanya Anwar dan Saiful sahaja. Anwar peliwat dan Si Saiful kena liwat".
Ini lebih meloyakan tekak kita sebenarnya. Kenyataan kononnya tiada siapa yang aka percaya bahawa kerajaan berkonspirasi atau menzalimi Anwar malah katanya kerajaan tidak masuk campur dalam kes Anwar-Saiful itu. Punya bangang pemikiran puak-puak ini, bukankah Saiful bertemu dengan Najib Razak dua hari sebelum membuat laporan polis dia diliwat. Malah, dia memohon biasiswa dan mengadu dirinya diliwat Anwar dalam keadaan terketar-ketar serta kesejukan. Soalnya Najib itu sekarang siapa?. Malah dia juga ada membuat pertemuan sulit dengan seorang anggota polis yang terlibat dengan kes liwat 98 dulu, ketika di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Untuk tujuan apa mereka bertemu. Malah, Peguam Negara dengan tidak segan silu menandatangni surat perpindahan mahkamah kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Soalnya sekarang mereka semua itu siapa agaknya? Tunggul kayu atau batu? Bukankah itu adalah orang-orang kerajaan yang dilihat terlibat secara langsung dalam kes ini. Itu pun puak-puak blogger UMNO masih percaya kerajaan tidak terlibat dengan kes tersebut. Malah kononnya tidak ada siapa akan percaya terhadap tuduhan kerajaan terlibat. Masalahnya apa yang berlaku sekarang, semua orang tidak percaya tuduhan yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar. Malah, masyarakat antarabangsa kini mula menunjukkan protes terhadap sistem kehakiman negara yang dilihat telah tersasar daripada matlamatnya. Keadilan yang mahu ditegakkan, tetapi kezaliman pula yang mahu dilakukan terhadap rakyat.
Kenyataan ketiga iaitu "Kemungkinannya juga paling besar penyokong Anwar yang hardcore pun sudah letih dan akan berkurangan. Kita boleh lihat bahawa kali ini tidak sampai 100 orang yang menghadiri bicara kes liwatnya. Dan yang hadir pun perlu dibayar upah dan dibawa khas menaiki bas".
Ini lagi satu kenyataan bangang yang dibuat mereka. Macam mana penyokong mahu datang beramai-ramai bagi mengikuti perbicaraan Anwar, jika pasukan polis dan FRU dicampakkan bertimbun-timbun di sekitar kawasan pintu masuk ke mahkamah. Malah, pihak polis juga mengenakan sekatan yang cukup untuk menakutkan rakyat hadir berbondong-bondong bagi mengikuti kes Anwar itu. Paling melucukan, kononnya mereka yang hadir menyokong Anwar itu pula dibayar upah dan dibawa dengan bas khas. Bangang punya blogger UMNO. Walhal semua orang tahu bahawa hanya puak-puak UMNO yang membuat kerja terkutuk seperti itu. Terkadang, rasa macam mahu termuntah sahaja apabila mendengar kenyataan puaj-puak blogger bangang UMNO ini sebenarnya.
Dan kenyataan terakhir iaitu "Bila Anwar masuk penjara, rakyat Malaysia akan melupakan Anwar buat selamanya. Dan jika Anwar masih hidup lagi selepas melalui hukuman penjara dan juga masih sihat apabila dibebaskan kelak, tiada siapa pun akan mengenalinya lagi. Riwayat politik dan juga riwayat hidup Anwar akan habis dalam penjara buat selamanya".
Kenyataan ini mengesahkan lagi bahawa puak-puak blogger UMNO ini memang sudah rosak akhlak dan otak mereka sebenarnya. Penilaian yang dibuat tanpa berlandaskan fakta jelas sekali bakal menyebabkan orang-orang seperti ini ke "Tampoi" akhirnya. Apakah rakyat marhaen boleh menerima kenyataan blogger-blogger upahan UMNO semudah itu. Sedangkan hakikat dan realitinya yang berlaku adalah jauh berbeza.
[Dengan beberapa kenyataan diatas, maka anda boleh melihat sendiri tahap mentaliti blogger umpahan UMNO ini sekarang. Apakah rakyat yang celik IT dan komputer boleh menerima kenyataan mereka itu. Dan paling penting mereka ini menulis tanpa menggunakan akal fikiran yang waras serta hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata. Apapun tahniah diucapkan kepada blogger Bravehearts, Syabas kerana anda terus menjadi pendekar untuk berjuang sendirian menentang blog-blog rakyat di negeri Pahang ini. Semoga kelibat anda akan diperhatikan oleh puak-puak UMNO agar anda akan diberikan wang ehsan untuk menjana kehidupan sebagai "penjilat UMNO" dulu, kini dan selamanya].
http://pahangdaily.blogspot.com/2010/03/eksklusif-blogger-umno-semakin-hilang.html
Khamis, 25 Mac 2010
Email Daripada Bekas Penyokong Zulkifli Noordin
Nota : Kiriman email ini diterima daripada pengirim yang mahu dikenali sebagai sapien (sprsapien@gmail.com).
17.3.10
18 SX .Zulkifli Nordin : Anak H***m yang kuat berbohong
Pengkisahan tentang Zulkifli Nordin yang digelar anak haram yang kuat berbohong sejak awal kedatangan beliau ke Kulim dikisahkan . Antara individu yang terapat dengan beliau adalah ejen beliau sendiri dan juga beberapa pembantu beliau semasa kempen pilihanraya 2008 yang lalu. Anak haram si Zulkifli Nordin ini yang memakan kesemua hasil derma kempen samaada daripada individu ataupun dari PKR pusat juga dibualkan. Yang digelarkan anak haram ini adalah kerana ada individu yang memberi sumbangan kepada kempen pilihanraya beliau tidak menghalalkan derma yang dihulurkan. Setelah terjadi insiden beliau mencerca ahli PAS dengan tuduhan yang liar seperti dayus dan dungu serta sikap beliau yang turut menghina TGNA dan juga kerana dipecat dari parti maka berdozenlah yang hadir dalam perjumpaan pengkisahan Zulkifli Nordin yang digelar anak haram ini.
Kalau ada orang yang marah kepada entri ini amatlah dialu-alukan. Saya sebagai penyampai ketidakpuasan hati para pengundi serta petugas pilihan raya 2008 yang berkempen bagi Zulkifli Nordin ini berasa amat bertuah kerana topeng kulit muka beliau yang asal telah berjaya diselak. Seluruh warga Kulim yang mengundi beliau sekarang tahu siapa Zulkifli Nordin yang sebenarnya. Watak alim beliau hanyalah sandiwara. Kenyataan beliau dalam blog yang memaparkan bantuan serta kehadiran dalam majlis bersama rakyat hanyalah satu pembohongan semata. Yang digelar anak haram ini yaitu Zulkifli Nordin adalah seorang individu yang tidak boleh dipercayai. Sikap bermuka-muka dan mengadu-domba rakan-rakan dalam PKR semasa kempen pilihanraya 2008 terserlah sekarang.
Patutkah dimaki pukimak kepada individu yang bertungkus-lumus bekerja untuk beliau?. P*****klah jugak kepada Zulkifli Nordin yang mempunyai emak. Haruskah seorang yang diangkat menjadi calon sanggup berbohong tentang ketiadaan wang kerana telah diambil oleh ahli PKR yang lain?. Bolehkah seorang calon yang datang sehelai sepinggang setelah dihulurkan wang ringgit, dijamu makan, diberi tempat tinggal dikawal setiap masa sanggup mengkhianati pihak yang membantu beliau. Seperti kata pepatah macam menolong anjing tersepit. Setelah ditolong tangan yang membantu pula digigit.
Akan malulah seluruh keturunan Zulkifli Nordin akibat perbuatan beliau yang khianat ini. Yang digelar Ustaz dahulunya sekarang dah jadi p****t. Ustaz Zulkifli Nordin!. Masing-masing menggelakkan diri masing-masing apabila disebut Ustaz Zul dan setelah mengetahui ditipu oleh Uztaz Zulkifli Nordin ini. Adakah hanya kerana janggut sejemput berketayap bagi melindungi kepala yang botak boleh menyamar menjadi Uztaz. Keterlanjuran beliau dalam berkata-kata dengan membelakangkan jamaah amatlah dikesali.
Kemanakah kunci rumah sewa yang dahulu diberikan semasa kempen pilihanraya 2008. Tuan rumah bertanyakan kunci rumah beliau walaupun duit rumah sewa boleh dianggap hanggus. Mana dia duit untuk membeli borang calon yang hanya berapa ringgit itu. Apabila ditanyakan wang untuk bayaran borang boleh beliau mengaku bahawa beliau tidak ada duit. Dan petugas pilihan raya jugalah yang mengeluarkan wang poket sendiri untuk membeli borang tersebut untuk membolehkan beliau bertanding dalam pilihanraya 2008. Adakah beliau lupa dengan PA beliau yang dikantoi beberapa ribu bagi mengubahsuai ruang pejabat Pusat Khidmat beliau. Setelah bekerja beberapa lama gaji juga tidak dibayar. Seperti cerita Ahmad Albab. Nak beli stempun pakai wang sendiri.
Banyaklah lagi kisah Zulkifli Nordin yang dikisahkan dalam perjumpaan kali ini. Namun yang mengharukan adalah pengundi berbangsa Cina yang tidak menghalalkan wang ringgit serta tenaga yang dikeluarkan bagi berkempen untuk beliau. Dengan nada marah beliau menyatakan " ini Zul aaa makan duit halam ooo. Kita talak sangka dia ini macam punya pelangai. Kalau kita tau aaa kita talak kempen sama dia oooo".
Kalau nak tau lebih lanjut maka senang-senangkanlah diri untuk hadir dalam himpunan pengundi pada 20-3-2010 di Pekan Serdang pada jam 8.00 pagi dan press conference pada jam 9.30 pagi. pada malam harinya pula selepas Isyak akan diadakan ceramah dengan tajuk Rahsia menjadi Jutawan Segera."
ada perkataan2 yg kurang enak harap maaf nie luahan hati yg begitu marah dr bekas penyokong belaiau sendiri saya menyiarkan sepenuhnya kiriman email tersebut dengan sedikit suntingan pada perkataan yg tidak elok shj untuk dinilai sendiri oleh pembaca. sumber
Syor Kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ di Negeri Pakatan Rakyat
Apabila isu buang bayi berleluasa, ada yang cadangkan buat kempen ‘Katakan Ya kepada Kanak-kanak’. Sekali pandang nampak elok. Dua kali pandang ia seperti kempen menggalakkan zina lebih berleluasa kerana ada pihak lain bersedia menerima bayi baru lahir itu. Si jantan dan betina hanya tahu memuaskan hawa-nafsu sahaja. Yang membesarkan anak ialah orang lain. Namun ia masih boleh dibahaskan.
Saya mengesyorkan kepada negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat-Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang mengadakan kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’.
Mengapa tidak seluruh Malaysia? Negeri di bawah BN tak perlulah kerana mereka tidak berminat dengan isu sosial dan amar makruf nahi mungkar. Kalau sensitif, dah lama mereka buat.
Statistik terbaru 17,303 anak tak sah taraf didaftar tahun 2009, meningkat 762 kes dari tahun sebelumnya. 1Malaysia hanyalah kesinambungan sebuah dongeng penglipurlara yang menolak isu di atas sebagai agenda penting negara. Dalam satu kajian dijalankan JIM pada 2009 membabitkan 727 responden daripada universiti tempatan dan swasta menunjukkan 50 peratus remaja pernah berzina.
Apabila saya menulis artikel tentang kes buang bayi dan lain-lain yang berkaitan tersiar, ia bukan hanya mahu menulis tetapi sebuah manifestasi hati yang tak puashati dengan kedudukan masyarakat sekarang. Nabi SAW mengajarkan demikian. Malangnya semua artikel itu dan artikel yang ditulis oleh mereka yang sensitif hanya tinggal artikel. Nak harap Najib? atau Muhyiddin? atau Pak Lah dulu? atau Dr M lama dahulu? Mereka memang tak sensitif dengan isu ini. Yang penting harta dah bertimbun untuk diri dan anak keluarga.
Generasi sekarang yang mula menjadi remaja dan yang mula berkeluarga adalah hasil dan produk dari sebuah pemerintahan BN selama lebih 50 tahun. Modul pemerintahan BN silap. Langsung tak kena dengan modul anjuran Nabi SAW. Jahiliah begitu pekat di zaman sebelum bangkitnya Nabi. Namun dalam tempoh 23 tahun dakwah Baginda, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah, Nabi boleh mengubah masyarakat menjadi yang terbaik dengan modul yang betul. Modul pemerintahan BN telah menjahanamkan generasi demi generasi.
Banyak pendekatan yang boleh dibuat dalam kempen di atas:
1. Buat papantanda besar, contohnya anak muda dan gadis bukan mahram berbonceng motosikal. Tulis ‘Anda Bijak Jauhi Zina’. Tambah apa yang patut. Letakkan papantanda ini di simpang lampu isyarat utama.
2. Bincang dengan pengurusan kilang dan industri bagi mengadakan kuliah agama kepada staf terutama operator kilang dan lain-lain oleh para ustaz. Paling kurang sekali seminggu. Negeri-negeri boleh menggunakan peruntukan undang-undang yang ada dan sesuai bagi memanfaatkan perkara ini.
3. Bekerjasama dengan NGO lain menjayakan program di atas. Pihak RaudhatusSakinah dan lain-lain mungkin berminat. Ketika menjadi pensyarah di IPT dahulu, saya pernah berbincang dengan salah seorang aktivis mereka tentang aktiviti sesuai untuk pelajar-pelajar saya terutama siswi perempuan.
4. Dewan Muslimat, Pemuda atau Nisa, juga Ulama boleh membantu pihak kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat mengadakan program sesuai. Generasi muda terutama yang jauh dari agama dan didikan perlu diberi keutamaan.
5. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mesti sentiasa menekan kerajaan Pusat di dalam Dewan, bukan sahaja berkait isu politik, ekonomi, juga seperti isu ini. Saya pernah nyatakan sebelum ini dalam artikel lain bahawa almarhum Ustaz Fadhil Nor ketika menjadi ketua pembangkang pernah menyuarakan kebimbangannya tentang isu anak luar nikah ini. Ia adalah isu generasi Malaysia akan datang yang bakal mewarisi negara Malaysia ini.
Sekali lagi saya mengharapkan perkara ini diambil perhatian oleh pihak kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat untuk diambil tindakan sepantas mungkin. sumber
Rabu, 24 Mac 2010
Nasib melayu kg plentong tengah johor diusir ke hutan kesudahannya..
KUALA LUMPUR : Penduduk Kampung Baru Kuala
Lumpur dinasihatkan mengambil pengajaran berhubung rampasan tanah yang dilakukan oleh kerajaan BN terhadap tanah dan nasib orang Melayu di Kampung Plentong Tengah, Johor.
Menurutnya, penduduk yang dihalau itu kini terpaksa menjadi peneroka Bandar semula dengan membina rumah sendiri di kawasan hutan tanpa sebarang kemudahan asas seperti air dan elektrik.
“Kawasan hutan yang digantikan kerajaan negeri di Bukit Dagang itu bukan sahaja tidak berbaloi kerana tiada kemudahan asas termasuklah bekalan air bersih, elektrik malah tanah itu suatu hari nanti tidak musthil untuk dirampas semula seperti mana yang mereka alami di Kampung Plentong Tengah sebelum ini,” katanya kepada erapakatan.com ketika dihubungi.
Beliau turut memberitahu, penduduk yang diusir ke hutan itu juga langsung tidak diberikan sebarang pampasan dan jauh sekali geran tanah.
Berbanding di kampung Plentong, katanya, kedudukan rumah perkampung Melayu itu cukup indah dan teratur dengan setiap rumah memiliki jarak tersendiri selain kemudahan jalan antara rumah dengan rumah yang lain mudah untuk dilalui berbanding kawasan hutan yang terpaksa diteroka semula.
“Sejumlah lebih 300 rumah yang melibatkan ribuan keluarga terlibat dalam rampasan tanah itu penghujung tahun 2008,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di Kampung Baru Kuala Lumpur mengambil iktibar dengan kes yang berlaku terhadap nasib orang Melayu di Kampung Plentong Tengah, Johor, sebuah negeri yang diperintah oleh BN lebih 50 tahun serta terkenal sebagai kubu kuat dan sejarah Umno.
“Kalau di negeri yang majoritinya Orang Melayu dan kubu kuat Umno pun dan amat setia dengan kerajaan Barisan Nasional boleh mereka halau, roboh rumah dan menindas orang Melayu, apatah lagi di Kuala Lumpur yang nilai tanahnya mencecah jutaan ringgit,” katanya.
Ditanya, mengapa penduduk Kampung Plentong begitu mudah tumbang dalam kes itu, beliau dengan tegas menyatakan;
“Penduduk Kampung Plentong terlalu baik dan sering bersangka baik dengan kerajaan BN yang akhirnya menyaksikan mereka ditipu berpuluh kali sehingga dihalau dan tanah mereka di rampas,” jelasnya.
Beliau turut menjelaskan isu rampasan tanah dan penindasan kerajaan BN di Johor cukup banyak untuk dibongkar dan terbaru situasi sama hampir berlaku di Kampung Majidie, di Johor Bahru.
“Di Kampung Majidie, baru baru ini penduduk yang dihalau keluar dari tanah mereka diberikan pampasan sekadar RM18,000, namun yang mereka terima hanyalah RM15,000 daripada orang tengah.
Apabila ditanya siapa orang tengah itu, dia ialah Ketua Cawangan Umno.
Inilah budaya Umno, dari pemimpin atasan sampai bawahan semuanya sama, kerap mengambil kesempatan dalam kesempitan” katanya dalam nada kesal.
Berikut ialah Kronologi peristiwa Kampung Baru Plentong Tengah, Johor :
1985 : Penduduk meneroka tanah. Pejabat Tanah memaklumkan bahawa tanah tersebut tiada pemilik.
1986 : KBPT terbentuk. Penduduk memohon hak milik tanah. Pejabat Tanah kata tanah dimiliki Syarikat Mosbert.
1987 : Tanah ditukar tangan kepada Jet Ace Co. dan seterusnya kepada Oakfield.
1989 : Penduduk kalah kepada Oakfield di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong.
1990 : Dalam usaha mendapatkan ehsan DYMM Sultan Johor, penduduk ditipu sebanyak RM 18,000.00 oleh orang tengah.
1991 : Atas cadangan wakil rakyat, penduduk membentuk tabung bertujuan membeli tanah daripada Oakfield.
1993 : Pembayaran pendahuluan penduduk dari wang tabung sebanyak RM 417,307.93 digelapkan oleh peguam.
1993 : Oakfield melakukan perobohan rumah. Atas suruhan wakil rakyat, penduduk melarikan diri ke dalam hutan. Selepas itu, penduduk membelanjakan RM 22,000.00 untuk membebaskan seorang penduduk yang tidak sempat lari dan ditahan oleh polis.
1993 : Atas cadangan peguam, penduduk menanggung kos menghantar wakil untuk memohon wang kebajikan atarabangsa di Filipina.
1993 : Penduduk menang kepada Oakfield di Mahkamah Rayuan KL dengan ketepikan perintah kommintal Mahkamah Tinggi JB.
1994 Oakfield setuju menjual tanah kepada penduduk. Perundingan pembelian tanah dimulakan.
1994 : Penduduk ditipu dengan "menghilangkan" RM 820,000.00 kepada Oakfield melalui peguam J. Sing & Co.
1995 : TNB membekalkan elektrik ke KBPT.
1996 : Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. ambil milik tanah KBPT. Pemaju menawarkan pampasan kepada penduduk yang berpindah. Penduduk tidak setuju kerana nilai pampasan itu tidak setimpal dan jauh lebih murah dari nilai semasa.
1997 : Penduduk buat aduan polis terhadap Oakfield yang jualkan tanah sedangkan proses jual-beli dengan penduduk tengah diproses.
1997 : Bukit Lenang saman penduduk. Bukit Lenang menolak cadangan tuntutan ganti rugi penduduk.
1997 : Penduduk membuat kempen tandatangan dan hantar surat kepada MB Johor atas sokongan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB).
1998 : Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong tetapi terus merayu.
1999 : Kerajaan Johor mengurniakan tanah Kg. Bukit Dagang kepada penduduk.
2000 : Bukit Lenang menjalankan operasi pengusiran secara paksa. Penduduk turun sama-sama dan berjaya mempertahankan rumah.
2000 : Penduduk menang kes di Mahkamah Rayuan KL.
2002 : Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB.
2007 : Penduduk kalah di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
2008 : Bukit Lenang mendapat notis perintah mahkamah.
Oktober 2008 : Hakim telah memberi surat kepada peguam yang menyatakan beliau cuti dan akan memulakan sebutan kes pada 29 Oktober 2008.
Bukit Lenang Development tidak menghirau surat daripada hakim dan menetapkan pengusiran secara paksa pada 16 Oktober 2008 dengan alasan ingin merobohkan rumah-rumah yang telah kosong.
16 Oktober 2008 : Penduduk Kg Baru Plentong Tengah mula berhimpun secara aman seawal 8 pagi. Pihak berkuasa telah membuat sekatan di jalan masuk utama kampung dan cuba berbincang dengan wakil penduduk.
Peguam yang mewakili penduduk kampung tiba dan membantah perobohan rumah berlaku kerana sikap Bukit Lenang Development yang tidak menghormati perintah mahkamah supaya menunggu sehingga tarikh sebutan kes. Bailif Bukit Lenang Dev. Menyatakan yang beliau mendapat perintah daripada mahkamah tanpa notis bertulis untuk masuk ke kampung dan melaksanakan perobohan.
Kekecohan berlaku dimana Pihak Berkuasa (FRU & PDRM) memaksa penduduk untuk bersurai.
Penduduk enggan bersurai dan kekerasan telah digunakan oleh Pihak Berkuasa untuk menyuraikan penduduk.
Pihak berkuasa masuk ke kampung untuk mengiringi jentera-jentera perobohan untuk melaksanakan perobohan rumah-rumah yang tidak berpenghuni lebih kurang 11.45 pagi.
Akhirnya nasib orang Melayu di kampung itu dihalau oleh kerajaan negeri bangsanya sendiri yang kononnya menjaga orang Melayu tetapi bukan sahaja merampas tanah orang Melayu tetapi mengusir mereka ke hutan tanpa memberi pampasan dan jauh sekali geran tanah
Selasa, 23 Mac 2010
Maklumat Yang Perlu Diketahui Mengenai APCO - Agensi laknat Yahudi Yang Diternak Najib
Lembaga Pengarah
Margery Kraus chair founder & chief executive officer APCO Worldwide | |||
Ron Boschetto director | Neal M. Cohen chief executive officer Americas director worldwide operations | ||
David Greenberg independent director | Neil Wiesenberg director |
Jawatankuasa Eksekutif
Margery Kraus chair founder & chief executive officer APCO Worldwide | |||
Neal M. Cohen chief executive officer Americas director worldwide operations | Larry E. Snoddon vice chairman APCO Worldwide chief executive officer Asia | ||
Brad Staples chief executive officer EMEA | Robert Schooling managing director Washington, D.C. | ||
Kirk Stewart executive vice president | Philip Fraser chief information officer | ||
Mara Hedgecoth vice president & director global marketing & communication assistant secretary APCO Worldwide | Stacy Reyan senior vice president human resources | ||
Judith S. Sapir senior vice president general counsel secretary APCO Worldwide | Denise Teeling chief financial officer |
Paul Stadlen...muka Yahudi pekat
Sister ini Islam perlu diajar..
Dewan Pemuda Masjid Malaysia , sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menfailkan saman pemula terhadap Sis Forum (Malaysia) di sini bagi melarang pertubuhan itu menggunakan nama Sisters In Islam sebagai nama dan pengenalan organisasi.
Saman itu difailkan melalui Pengarah Eksekutifnya Mohd Taqiuddin Abdullah di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini menerusi Sahlan & Associates.
- Petikan BERNAMA ada menyebut:-
- Dalam saman pemula itu, Dewan Pemuda Masjid memohon perintah satu deklarasi bahawa nama organisasi responden yang sah di sini undang-undang bukanlah Sisters In Islam dan memohon satu perintah bahawa responden tidak dibenarkan dan dilarang daripada menggunakan nama Sisters In Islam sebagai nama dan pengenalan yang menunjukkan identiti responden dalam mana-mana risalah, surat-menyurat, penerbitan dan/atau kenyataan responden sama ada di internet, media cetak dan elektronik sehingga ia dibenarkan di sisi undang-undang.
- Pemohon juga memohon perintah memaksa responden mengeluarkan nama 'Sisters In Islam' daripada papan tanda laman web responden, bahan-bahan cetak dan penerbitan responden dan menghalang responden daripada mengedarkan bahan-bahan terbitan, cetakan dan siaran yang menggunakan nama Sisters In Islam sehingga responden dibenarkan secara sah di sisi undang-undang.
- Pemohon juga memohon kos dan relif lain. Menerusi afidavit sokongan, Mohd Taqiuddin mendakwa Sis Forum telah melanggar Akta Syarikat 1965 iaitu menggunakan nama 'Sisters In Islam' sebagai nama organisasi dalam kegiatan seperti penulisan artikel, penerbitan dan kenyataan akhbar.
- Beliau mendakwa berdasarkan 'Memorandum Of Association' milik responden, tiada dinyatakan bahawa matlamat penubuhan dan objektif mereka adalah untuk wanita Islam tetapi lebih kepada gerakan feminisme sekular yang menyokong dasar kesamarataan antara lelaki dan wanita.
- Mohd Taqiuddin juga mendakwa responden banyak kali menggunakan nama 'Sisters In Islam' dalam mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan syariat Islam seperti poligami dalam Islam, pegangan agama anak di bawah umur dan mempertikaikan hukum pakaian menutup aurat dan pakaian yang diwajibkan ke atas wanita Islam.
- Dakwanya lagi, perbuatan responden menggunakan nama tersebut menggambarkan seolah-olah sebagai organisasi Islam hingga mengelirukan orang ramai dan kenyataan yang dikeluarkan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan menghina Islam.
Baru sekarang wujud usaha untuk mengenepikan perkara ini setelah sekian lama SISTER IN ISLAM mencemar dan merosakkan Islam anutannya sendiri.
Kenapa kesedaran perlu wujud kesatuan kumpulan dan NGO dalam menghadapai musuh bersama umat Islam tidak pernah difikirkan bersama.
Kenapa laungan perbezaan dan selisih pendapat lebih difokuskan daripada persamaan dan titik pertemuan.
Generasi muda Islam perlu memikir dan mengusahakannya sebelum terlambat yang sudah pasti Islam akan terhina dibuminya sendiri. sumber
Mat Sabu : Tamat kontrak wakil tetap PBB ada kaitan dengan APCO?
Perkhidmatan wakil tetap tersebut, Datuk Mohamad Arshad Hussain ditamatkan bulan ini setelah dipanggil balik oleh Kementerian Luar awal Disember lalu.
Menurut laporan Bernama, beliau dipanggil balik "bagi perbincangan selepas undi Malaysia pada mesyuarat IAEA bercanggah dengan prosedur kerajaan".
Pada mesyuarat itu, Malaysia bersama-sama dengan Cuba dan Venezuela, telah mengundi tidak menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program pengkayaan uranium.
Mohamad Arshad juga adalah pengerusi lembaga gabenor IAEA yang dilantik. "(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri mengaitkan pemecatan Mohamad Arshad dengan keengganannya menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program nuklear.
"Oleh sebab tindakan pemecatan yang pro-Amerika Syarikat dan pro-Israel itu berlaku di zaman Apco menjadi tempat Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) meminta nasihat, bimbingan, panduan dan tunjuk ajar, kita tertanya-tanya adakah tindakan itu hasil dari muslihat perhubungan awam yang ditagih oleh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan kerajaan BN yang diketuainya dari firma yang didominasi Zionis itu?" soal Mohamad.
Beliau menyifatkan tindakan pemecatan yang pro-Amerika dan Israel itu meletakkan maruah negara ini di tahap paling hina.
"Para pemimpin Umno dan BN menjadikan perbuatan menuduh pembangkang memburuk-burukkan nama negara sebagai hobi dan perisai untuk melindungi kelakuan buruk mereka.
"Hakikatnya kerajaan BN di bawah Najiblah yang meletakkan maruah negara ini di tahap paling hina dengan pelbagai keburukan seperti misteri pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pemecatan Mohamad Arshad dan pelbagai kelakuan buruk lain," kata Mohamad.
Pertengahan Disember lalu, dalam posting blognya yang bertajuk "Kita sudah tukar," Dr Mahathir menyatakan "duta kita dipanggil balik untuk disoal kenapa tidak sokong Amerika".
Secara sinis bekas Perdana Menteri itu bertanya: "Dasar-dasar lama memang patut dihapuskan. Tetapi inikah dasar baru kita?"
Tindakan menamatkan kontrak Mohamad Arshad itu kebetulan berlaku ketika Apco sudah memulakan perkhidmatannya untuk Najib dan kerajaan BN.
Tidak berapa lama selepas Najib menjadi Perdana Menteri, Apco membuka pejabatnya di Malaysia.
Menurut laporan Bernama, firma yang didominasi oleh tokoh-tokoh Yahudi itu menyatakan, tugasnya di Malaysia termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.
Januari lalu, memetik The Times Of India (TTI), Free Malaysia Today melaporkan bahawa APCO Worldwide juga memberikan perkhidmatan kepada diktator Nigeria, Sani Abacha dan presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.
Pelanggan-pelanggan lain APCO termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, yang juga salah seorang pemimpin muda Parti Komunis Rusia.
Beliau dikaitkan dengan kegiatan mafia.
TTI berusaha membongkar senarai pelanggan APCO selepas mendapati Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi juga menjadi pelanggan syarikat tersebut.
Narendra didakwa menjadi penyebab kepada pergaduhan ugama pada Februari 2002 di mana kira-kira 1,000 orang terbunuh, majoritinya orang-orang Islam.
Kerajaan Negeri Gujarat membayar US$25,000 sebulan kepada APCO untuk memulihkan imej Narendra.
Walaupun perkhidmatan APCO tiga kali lebih mahal dari firma-firma PR yang lain, APCO dipilih kerana ia mempunyai ramai ahli-ahli Democrat dan Republican yang berkhidmat sebagai perunding.
Akhbar The Edge dan laman berita Malaysian Insider tahun lalu melaporkan kerajaan Malaysia memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri untuk memulihkan imejnya yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya dan misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene serta pembelian jet Sukhoi diselubungi misteri.
1 September lalu, APCO Worldwide membuka cawangannya di Kuala Lumpur selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib.
Di antara penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich. -FMT
Isnin, 22 Mac 2010
Awas laman-laman ciptaan Task Force 13
"Baru bercerita pasal Task Force 13, metting dia orang dah sampai kepada kita orang, kita orang juga nak tergelak bila nama kita orang macam menjadi agenda utama dalam metting dia orang. Lagi nak tergelak metting dia orang tak cukup korum.
Apapal saya pula dicari-cari, siapa batuapi firestone? Tanyalah Tulang Besi, diakan pakar tudung menuduh. Songkok Putihlah tu, lagipun saya tak pernah bersumpah menafikannya, buat apa cari lagi!!! Tergolek aku, pakar motivasi menulis TF13, Zainulfaqar pun tergaru kepala! (Selepas ini setiap orang kena tukar kupiah dengan songkok, tapi pastikan yang putih!!)
Ok, itu selingan sahaja, pokok yang nak dibincangkan ialah ada usaha-usaha memburukkan laman-laman dan blog yang membela kepimpinan ulama. Blog yang berhujah dengan dengan fakta menepikan fitnah yang disebarkan, akan diburuk-buruk imejnya. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan boleh memberikan manafaat dan natijah dalam usaha jahat mereka.
Saya tertarik dengan tulisan webmaster TranungKite (TKO) yang ada menyebut bagaimana kenyataan-kenyataan lama Presiden PAS dimanipulasikan. (Sila baca di sini untuk maksud penuh penulisan Songkok Putih, webmaster TKO http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3258 )
Bayangkan TKO adalah portal yang sudah pasti setiap artikel perlukan penapisan oleh webmaster barulah boleh keluar, tapi mereka ini sanggup melakukan mungkin mereka berfikir, jika songkok putih keletihan dan alfa artikel itu boleh keluar dan boleh mengaibkan Songkok Putih sendiri.
Saya juga diberikan links satu blog baru iaitu Anti-Bakistani (http://anti-bakistani.blogspot.com/) yang mana nampak perancangan Task Force 13 serentak menyerang laman atau blog-blog yang mengganggu gugat kerja-kerja jahat mereka.
Satu prinsip yang perlu kita kenalpasti laman-laman pembela ulama PAS tidak sekali menghukum seseorang kerana pendakwah bukan penghukum. Jauh sekali menghina dan mencerca.
Kita berhujah dengan mereka mengikut rentak dan cara mereka. Kita sekadar memperbetulkan matlamat mereka. Senjata mereka sepatut diajukan kepada musuh bukan kepada rakan seperjuangan. Jangan basirkan masa dengan kerja-kerja bodoh ini.
Mencipta laman (Anti-Bakistani), mengkafirkan Wan Ji bin Wan Hussin, meletakkan beberapa orang kepimpinan ulama PAS, misal Tuan Guru Haji Abdul, Dr Haron Din, Dato' Haruin Taib dan Ustaz Nasha bagi mengambar kononnya geng ulama (geng UGlah tu) adalah golongan taksud satu kerja jahat Task Force 13.
sumber
Ahad, 21 Mac 2010
Perlembagaan Negara dicacamarbakan oleh UMno
Tuduhan melulu Ahli Parlimen UMNO yang mendakwa konsep Middle Malaysia yang dibawa DAP tidak menepati perlembagaan persekutuan dibidas Ahli Parlimen balik Pulau Yusmadi Yusoff.
Yusmadi yang juga seorang peguam sebaliknya memulangkan paku buah keras kepada ahli parlimen pro kerajaan itu.
Sidang Parlimen 18 Mac lalu tegang seketika apabila Penasihat DAP Lim Kit Siang mengaju 3 soalan mudah mengenai konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Najib Razak.
Suasana kecoh apabila ahli parlimen UMNO mengelak untuk menjawab pendirian mereka terhadap konsep tersebut.
Yusmadi kemudian bangun menyorot perhatian dewan kepada pindaan perlembagaan yang telah ratusan kali ditukar.
"Yang mempunyai kuasa untuk meminda adalah sebuah parti politik yang mempunyai 2 per 3. Memang terbukti dalam sejarah sebelum 8 Mac 2008 hanyalah Barisan Nasional. Kalau nak dinilai Perlembagaan Malaysia daripada hari awal sehinggalah hai ini, sehingga hilangnya kuasa raja, hilangnya kuasa mahkamah, hilangnya hak- hak asasi, kerana adanya Akta Polis, itu disebabkan oleh siapa ?," katanya.
Beliau berkata hakikatnya, UMNO Barisan Nasional harus bertanggungjawab diatas kecelaruan perlembagaan yang kini dilihat cacamarba di mata dunia.
"Tuduhan melulu mengatakan DAP tidak akur pada perlembagaan undang- undang. Itu tidak. Apatah lagi saya seorang peguam perlembagaan. Perlembagaan itu adalah satu dokumen yang boleh dipinda. Kita boleh pinda perlembagaan. Itulah sifat perlembagaan. Bagi saya yang meminda dan terpindanya perlembagaan disebabkan UMNO Barisan Nasional. Itu fakta," ujarnya lagi.
-tvselangor-
Sabtu, 20 Mac 2010
Boikot Coca-Cola! Kami Tidak Bangga Kilang Di NS..
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang apabila mendapati Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilang pembotolan minumannya di Negeri Sembilan, Malaysia. Ketika majlis pecah tanah yang diadakan pada 16 Mac 2010 di Bandar Enstek, Nilai, wakil syarikat menyatakan bahawa Coca-Cola akan menguasai pasaran minuman tempatan yang akan mensasarkan lebih daripada 60% penduduk iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.
Gambar atas: Bila di lihat dan diperhatikan dengan teliti, yang di 'saf' belakang tu orang sebenarnye. Mereka mengiklankan solat dengan berpakaian seperti ini. Berkupiah jenama 'coke'.
Sila rujuk..
Lihat ini.. Jenayah: Bunuh Melalui Se botol coca-cola
Boikot Coca Cola(klik 2x untuk besarkan gambar)
kat penang utusan,perkasa dan umno meroyan tapi kat N9 senyap membisu dasar hipokrit...
Utusan Malaysia dengan megahnya di muka depan menunjukkan gerai orang Melayu dirobohkan sedikit masa lalu di P.Pinang.
Nah, sekarang ini di Taman Gadong Jaya, Labu, Negeri Sembilan notis merobohkan gerai telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Nilai.
Menariknya notis dikeluarkan sehari sebelum berlansungnya program JUARA RAKYAT bersebelahan dengan kawasan gerai tersebut pada 6 Mac 2010.
Di Negeri Sembilan, Kerajaan, MBnya orang Melayu , semua gerai ( 15 orang lebih kurang ) semuanya Orang Melayu dan majoriti di Labu ni orang Melayu. Tak kan berdiam diri sahaja.
Kalau di P.Pinang, Utusan Malaysia mengaung, "Pahlawan Melayu" rasa terhina, NGO atau Dewan Melayu melalak tentang ketidakperihatin Ketua Menteri Cina, apakah di N. Sembilan, nada yang sama tidak diutarakan?
Pelik dan Ajaibnya, notis berbunyi ....kacau ganggu iaitu meletakkan dan menjalankan perniagaan di atas jalan masuk ke balai raya Taman Gadong Jaya. ( Tempat berlangsung Program Juara Rakyat.)
Sedihnya, hampir 5 hingga 6 tahun mereka berniaga di situ, hanya kerana kononnya Program JUARA RAKYAT yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri ( itupun tak jadi datang..), mata pencarian mereka direntap sedemikian rupa... JUara Rakyat apakah ini?
Lebih menyedihkan, Ketua Pemuda UMNO Negeri adalah anak watan Labu sendiri.
Kita cabar beliau untuk mempertahankan Gerai2 Melayu ini dan mempertahankan penjaja melayu di Taman Gadong ini daripada tindakan MPN.Adun Labu tak payah nak cakap.
Beliau lebih arif dan mungkin terlalu sibuk untuk mengambil tahun hal-hal kecil sebegini agaknya?
Jangan Cabar, Saya Boleh Tunjuk Siapa Yang Kaki Arak Dalam Parlimen Ini - Saifuddin
Cubaan Ahli Parlimen (MP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik dimuka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.
Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno tidak duduk senang termasuklah MP Pasir Salak kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.
Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno menggelabah di Dewan Rakyat.
“Dia (Khairy Jamaludin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.
Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja.Maknanya, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri itu sahaja.
Jadi, Itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.
Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.
Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.
Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.
Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.
Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.
Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.
Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.
TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rmbau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.
Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;“Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.
MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata’
Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.
Saifudin menyambung;
“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah.
YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.
Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;
“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.
Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..
“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.
Jangan Tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa.
Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.-erapakatan
Surah Hud ayat 15-16
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2010
(374)
-
▼
Mac
(45)
- PENJELASAN DS NIZAR TENTANG SIDANG DUN PERAK KECOH...
- Penganalisis: PERKOSA ...uups PERKASA ...TIDAK MA...
- Semakin angkuh dan sombong zamry & da geng di sida...
- Guan Eng : I See U in Court Mr. Zahrain...
- Yang sama antara 1Israel dan 1Malaysia....
- PAKATAN RAKYAT AKAN SELAMATKAN HULU SELANGOR DALAM...
- Beginikah mentaliti bloggers umno trooper .?
- Email Daripada Bekas Penyokong Zulkifli Noordin
- Syor Kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ di Negeri Paka...
- Nasib melayu kg plentong tengah johor diusir ke hu...
- Maklumat Yang Perlu Diketahui Mengenai APCO - Agen...
- Sister ini Islam perlu diajar..
- Mat Sabu : Tamat kontrak wakil tetap PBB ada kaita...
- Awas laman-laman ciptaan Task Force 13
- Perlembagaan Negara dicacamarbakan oleh UMno
- Boikot Coca-Cola! Kami Tidak Bangga Kilang Di NS..
- kat penang utusan,perkasa dan umno meroyan tapi ka...
- Jangan Cabar, Saya Boleh Tunjuk Siapa Yang Kaki Ar...
- Pembuat Fitnah Munafik, Penyebarnya Fasiq
- Bongkar Agenda Sulit BN Tak Mahu Daftar Pemilih Au...
- Zambry kena boikot?
- Anwar ibrahim:Umno-BN Hipokrit Guna Khidmat Yahudi...
- Anwar sindir Najib puji diri sendiri
- Media Arus Perdana Lebih Tidak Bertanggungjawab
- Dalil BN tak layak tadbir negara
- JOHOR, NEGERI SEMBILAN BAKAL KITA TAWAN, TETAPI TI...
- Kini subsidi baja petani pula ditarik
- video Prof aziz Bari di Surau Taman Hiburan Ipoh (...
- Mazlan akan saman pengurus Felda, polis
- APABILA 2 TAHUN DIUMPAMA 53 TAHUN MEMERINTAH!
- VCD Agenda Rasmi UMNO, Rakyat Tetap Pilih PR?
- AWAS :Fitnah UMNO demi untuk membenarkan kes liwat...
- Takut berdebat hingga buat laporan Polis...malu be...
- Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia
- Satu dunia kata UMNO-BN pimpinan paling korup, Has...
- 2 tahun Pakatan Rakyat Memerintah.. Buat apa henda...
- Tengok nii...Kenyataan Paling "Bengap" Ustaz Jamil...
- PANAS! Pendedahan setahun yang lalu: Siapakah sebe...
- Nasib Melayu Pulau Pinang
- ZULKIFLI NORDIN menipu akhirnya Saifuddin Nasution...
- GST kian panas .....
- demokrasi dan islam
- Anak dewa UMNO pengarah Syarikat Arak
- AWAS! blogger pakatan rakyat bakal digodam .....
- Ahli Parlimen For Sale
-
▼
Mac
(45)
blogger sempoi
-
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi4 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 tahun yang lalu
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??5 tahun yang lalu
-
DIET KENYANG AZUE - DAY 35 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 tahun yang lalu
-
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya6 tahun yang lalu
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 tahun yang lalu
-
-
Promo Indomaret8 tahun yang lalu
-
Pecah Berita Lagi!!!8 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 tahun yang lalu
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara9 tahun yang lalu
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
Zikir Munajat.avi9 tahun yang lalu
-
-
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?9 tahun yang lalu
-
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio10 tahun yang lalu
-
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre12 tahun yang lalu
-
-
'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'12 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah12 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam12 tahun yang lalu
-
Hujan Itu Rahmat13 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-