Selasa, 23 Mac 2010

Sister ini Islam perlu diajar..



Dewan Pemuda Masjid Malaysia , sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menfailkan saman pemula terhadap Sis Forum (Malaysia) di sini bagi melarang pertubuhan itu menggunakan nama Sisters In Islam sebagai nama dan pengenalan organisasi.

Saman itu difailkan melalui Pengarah Eksekutifnya Mohd Taqiuddin Abdullah di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini menerusi Sahlan & Associates.

  1. Petikan BERNAMA ada menyebut:-
  2. Dalam saman pemula itu, Dewan Pemuda Masjid memohon perintah satu deklarasi bahawa nama organisasi responden yang sah di sini undang-undang bukanlah Sisters In Islam dan memohon satu perintah bahawa responden tidak dibenarkan dan dilarang daripada menggunakan nama Sisters In Islam sebagai nama dan pengenalan yang menunjukkan identiti responden dalam mana-mana risalah, surat-menyurat, penerbitan dan/atau kenyataan responden sama ada di internet, media cetak dan elektronik sehingga ia dibenarkan di sisi undang-undang.
  3. Pemohon juga memohon perintah memaksa responden mengeluarkan nama 'Sisters In Islam' daripada papan tanda laman web responden, bahan-bahan cetak dan penerbitan responden dan menghalang responden daripada mengedarkan bahan-bahan terbitan, cetakan dan siaran yang menggunakan nama Sisters In Islam sehingga responden dibenarkan secara sah di sisi undang-undang.
  4. Pemohon juga memohon kos dan relif lain. Menerusi afidavit sokongan, Mohd Taqiuddin mendakwa Sis Forum telah melanggar Akta Syarikat 1965 iaitu menggunakan nama 'Sisters In Islam' sebagai nama organisasi dalam kegiatan seperti penulisan artikel, penerbitan dan kenyataan akhbar.
  5. Beliau mendakwa berdasarkan 'Memorandum Of Association' milik responden, tiada dinyatakan bahawa matlamat penubuhan dan objektif mereka adalah untuk wanita Islam tetapi lebih kepada gerakan feminisme sekular yang menyokong dasar kesamarataan antara lelaki dan wanita.
  6. Mohd Taqiuddin juga mendakwa responden banyak kali menggunakan nama 'Sisters In Islam' dalam mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan syariat Islam seperti poligami dalam Islam, pegangan agama anak di bawah umur dan mempertikaikan hukum pakaian menutup aurat dan pakaian yang diwajibkan ke atas wanita Islam.
  7. Dakwanya lagi, perbuatan responden menggunakan nama tersebut menggambarkan seolah-olah sebagai organisasi Islam hingga mengelirukan orang ramai dan kenyataan yang dikeluarkan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan menghina Islam.

Baru sekarang wujud usaha untuk mengenepikan perkara ini setelah sekian lama SISTER IN ISLAM mencemar dan merosakkan Islam anutannya sendiri.

Kenapa kesedaran perlu wujud kesatuan kumpulan dan NGO dalam menghadapai musuh bersama umat Islam tidak pernah difikirkan bersama.

Kenapa laungan perbezaan dan selisih pendapat lebih difokuskan daripada persamaan dan titik pertemuan.

Generasi muda Islam perlu memikir dan mengusahakannya sebelum terlambat yang sudah pasti Islam akan terhina dibuminya sendiri. sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi