Khamis, 18 Mac 2010

Zambry kena boikot?


Kg. Melayu Sungai Rapat - Majlis perasmian sebuah syarikat penerbangan swasta destinasi Ipoh-Kota Bharu di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang dijangkakan meriah dengan kehadiran Dato' Seri Zambry Abdul Kadir bertukar menjadi mimpi ngeri buat penganjur dan juga Zambry sendiri. Menurut maklumat yang diterima majlis tersebut hampir dibatalkan kerana jumlah kehadiran orang ramai yang amat sedikit walaupun khemah yang disediakan boleh memuatkan hampir 500 orang.

Menurut sumber itu lagi, pihak penganjur terpaksa meminta bantuan dari pihak Polis yang menggunakan beberapa biji bas untuk mengangkut anggota polis yang sedang mengadakan mesyuarat Koperasi Polis untuk meramaikan program berkenaan. Beberapa anggota polis yang ditemui turut melahirkan rasa kecewa kerana seolah-olah dipergunakan oleh pihak penganjur untuk menjaga air muka mereka.

Sumber dari pegawai di lapangan terbang tersebut juga mengatakan bahawa program tersebut diadakan tanpa mendapat kebenaran dari pihak berkuasa lapangan terbang yang menyebabkan pekerja-pekerja di situ 'memboikot' program berkenaan.

Jika benar maklumat yang diterima, ini merupakan satu lagi isyarat jelas betapa rakyat menolak kepimpinan Zambry dan BN. Ini juga menunjukkan betapa kerajaan BN telah menyalahgunakan premis dan harta awam serta pasukan polis untuk kepentingan politik mereka.

Zambry dilaporkan meninggalkan majlis berkenaan sebaik sahaja selepas memberikan ucapan tanpa menjamu selera.

sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi