ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Rabu, 17 Mac 2010
Dalil BN tak layak tadbir negara
PETALING JAYA: Umno-Barisan Nasional (BN) di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hilang kewibawaan untuk mentadbir negara ini kerana membebankan rakyat dengan pelbagai cukai baru dan kenaikan harga keperluan asas dalam tempoh masa yang begitu singkat.
Dalam usaha untuk meredakan kemarahan rakyat itu, Najib menunda beberapa keputusan termasuk yang bersabit dengan kenaikan tarif elektrik, harga minyak, kadar tol di lebuh raya dan yang terbaru, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Namun segala penangguhan itu hanya akan bertahan untuk tempoh pilihan raya dan kenaikan semua keperluan asas itu dan GST akan diperkenalkan selepas pilihan raya umum ke-13, dengan syarat Umno-BN di beri semula mandat untuk mengekalkan Putrajaya.
Beberapa pihak yang ditemui bersetuju bahawa dalam persiapan untuk menghadapi pilihan raya itu, Najib bersama Umno-BN akan menghidangkan pelbagai retorik mengenai dasar dan program yang merupakan lebih ‘indah khabar dari rupa.’
Ini termasuklah Model Ekonomi Baru yang dicanang sebagai jawapan untuk segala permasalahan yang menghimpit negara salama ini.
Hakikatnya ialah Malaysia kini tercorot dalam menggamit Pelaburan Langsung Asing (FDI) berbanding negara lain di rantau Asia Tenggara akibat kelemahan dalam urustadbirnya.
Penguncupan ekonomi sebanyak 1.7 peratus tahun lalu membuktikan ekonomi Malaysia, yang mengalami bajet defisit selama 13 tahun berturut-turut, belum dapat dipulihkan oleh kerajaan.
Manakala kos kenaikan sara hidup pula semakin tinggi dan membebankan rakyat. Pada masa yang sama kerajaan mahu melaksanakan GST, penstrukturan semula subsidi minyak, meningkatkan kadar tol lebuhraya utama seluruh negara serta menaikkan tarif elektrik.
Dalam sektor pendidikan, dasar pengajian Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah menelan belanja RM5 bilion dan sepatutnya dimansuhkan sepenuhnya pada 2012 ditangguhkan pemansuhannya sehingga 2014.
Manakala dari segi sosial, indeks rasuah dan jenayah mencatat kenaikan tinggi sedangkan perpaduan kaum dan agama pula dilihat semakin renggang.
Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata, banyak dalil menunjukkan BN tidak layak mentadbir negara yang boleh diukur melalui enam Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) yang dilaksanakan kerajaan.
"Pertama NKRA yang dikatakan bertujuan untuk meningkatkan tahap pendidikan. Tetapi kita melihat kos pendidikan semakin tinggi dan kos peruntukan untuk sekolah-sekolah dipotong. Negara tidak mampu lagi melahirkan graduan yang berkualiti tinggi, sedangkan
300,000 graduan yang mempunyai kepakaran dan tenaga mahir berhijrah ke luar negara kerana tawaran gaji yang lebih lumayan," katanya.
Tambah beliau, keputusan kerajaan yang berubah-ubah dalam menyelesaikan masalah ekonomi seperti dalam isu GST mewujudkan sentimen buruk kepada pelabur.
"Matlamat NKRA juga dikatakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat miskin tetapi relatif pendapatan rakyat tidak meningkat sedangkan ekonomi jatuh merudum. Kerajaan pula gagal mengurus sumber dengan baik seperti penggunaan sumber minyak dan balak.
"Isu keselamatan negara juga membimbangkan rakyat seperti dalam kes kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM dan rahsia tentera yang bocor ke negara asing. Dari segi kadar jenayah, kes yang besar dan berprofil tinggi seperti kes pembunuhan dan penderaan bayi
berlaku secara berleluasa dan menggambarkan kemusnahan institusi kekeluargaan yang teruk di negara ini," kata beliau.
Oleh Rusnizam Mahat
sumber
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Surah Hud ayat 15-16
15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2010
(374)
-
▼
Mac
(45)
- PENJELASAN DS NIZAR TENTANG SIDANG DUN PERAK KECOH...
- Penganalisis: PERKOSA ...uups PERKASA ...TIDAK MA...
- Semakin angkuh dan sombong zamry & da geng di sida...
- Guan Eng : I See U in Court Mr. Zahrain...
- Yang sama antara 1Israel dan 1Malaysia....
- PAKATAN RAKYAT AKAN SELAMATKAN HULU SELANGOR DALAM...
- Beginikah mentaliti bloggers umno trooper .?
- Email Daripada Bekas Penyokong Zulkifli Noordin
- Syor Kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ di Negeri Paka...
- Nasib melayu kg plentong tengah johor diusir ke hu...
- Maklumat Yang Perlu Diketahui Mengenai APCO - Agen...
- Sister ini Islam perlu diajar..
- Mat Sabu : Tamat kontrak wakil tetap PBB ada kaita...
- Awas laman-laman ciptaan Task Force 13
- Perlembagaan Negara dicacamarbakan oleh UMno
- Boikot Coca-Cola! Kami Tidak Bangga Kilang Di NS..
- kat penang utusan,perkasa dan umno meroyan tapi ka...
- Jangan Cabar, Saya Boleh Tunjuk Siapa Yang Kaki Ar...
- Pembuat Fitnah Munafik, Penyebarnya Fasiq
- Bongkar Agenda Sulit BN Tak Mahu Daftar Pemilih Au...
- Zambry kena boikot?
- Anwar ibrahim:Umno-BN Hipokrit Guna Khidmat Yahudi...
- Anwar sindir Najib puji diri sendiri
- Media Arus Perdana Lebih Tidak Bertanggungjawab
- Dalil BN tak layak tadbir negara
- JOHOR, NEGERI SEMBILAN BAKAL KITA TAWAN, TETAPI TI...
- Kini subsidi baja petani pula ditarik
- video Prof aziz Bari di Surau Taman Hiburan Ipoh (...
- Mazlan akan saman pengurus Felda, polis
- APABILA 2 TAHUN DIUMPAMA 53 TAHUN MEMERINTAH!
- VCD Agenda Rasmi UMNO, Rakyat Tetap Pilih PR?
- AWAS :Fitnah UMNO demi untuk membenarkan kes liwat...
- Takut berdebat hingga buat laporan Polis...malu be...
- Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia
- Satu dunia kata UMNO-BN pimpinan paling korup, Has...
- 2 tahun Pakatan Rakyat Memerintah.. Buat apa henda...
- Tengok nii...Kenyataan Paling "Bengap" Ustaz Jamil...
- PANAS! Pendedahan setahun yang lalu: Siapakah sebe...
- Nasib Melayu Pulau Pinang
- ZULKIFLI NORDIN menipu akhirnya Saifuddin Nasution...
- GST kian panas .....
- demokrasi dan islam
- Anak dewa UMNO pengarah Syarikat Arak
- AWAS! blogger pakatan rakyat bakal digodam .....
- Ahli Parlimen For Sale
-
▼
Mac
(45)
blogger sempoi
-
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi4 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 tahun yang lalu
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??5 tahun yang lalu
-
DIET KENYANG AZUE - DAY 35 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 tahun yang lalu
-
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya6 tahun yang lalu
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 tahun yang lalu
-
-
Promo Indomaret8 tahun yang lalu
-
Pecah Berita Lagi!!!8 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 tahun yang lalu
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara9 tahun yang lalu
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
Zikir Munajat.avi9 tahun yang lalu
-
-
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?9 tahun yang lalu
-
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio10 tahun yang lalu
-
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre12 tahun yang lalu
-
-
'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'12 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah12 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam12 tahun yang lalu
-
Hujan Itu Rahmat13 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan