Rabu, 17 Mac 2010

Media Arus Perdana Lebih Tidak Bertanggungjawab




Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah bahawa baginda kesal terhadap fitnah dan pemesongan fakta yang dibawa segelintir media baru. Bagaimanapun, Senator Dewan Negara, Dr. Syed Hussin Ali tanpa menafikan wujud segelintir pengamal media baru bertindak di luar etika kewartawanan tetapi beliau lebih khuatir dengan sikap media arus perdana yang nyata lebih tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya yang paling teruk menyebarkan fitnah media seperti Utusan Melayu. Bukan sahaja fitnah yang dilemparkan tetapi api perkauman sempit yang cuba dibakarkannya. Bersama-sama misalnya dengan badan-badan dan tokoh yang hendak mengapi-apikan semangat perkauman. “Memang ada, boleh jadi ada media baru yang sumbang suaranya tetapi mungkin kebanyakannya didalangi oleh UMNO-Barisan Nasional sendiri. Tetapi kalau kita tengok yang bebas, mereka betul-betul bebas,”katanya.



Pemesongan fakta ketara dilakukan Utusan Malaysia apabila memaparkan gambar Saiful Bukhari Azlan menunjukkan katil, kononnya, tempat beliau diliwat walhal perbicaraaan berlangsung dalam kamar. “ Mahkamah bertanggungjawab untuk memastikan bagaimana surat khabar ada di situ, macam mana surat khabar ada di situ dan bagaimana sengaja dilakonkan supaya si Saiful menunjukkan tempat-tempat yang belum lagi dibuktikan sebagai tempat yang sebenarnya. Jadi ertinya dari mula telah digunakan media, mahkamah diperalatkan untuk menaburkan fitnah terhadap Datuk Seri,”katanya.

Berkongsi pengalaman yang sama, Senator Dewan Negara, S. Ramakrishnan berkata, beliau sendiri pernah membuat laporan ke atas Utusan Malaysia yang sengaja menimbulkan api perkauman.“ Saya setuju dengan Dr Syed bahawa memang media baru bebas. Ada ramai penerbit yang lama-lama yang didokong oleh kerajaan memberikan berita-berita yang palsu dan berusur perkauman. Mereka ini lebih tidak bertanggungjawab. Saya pun dulu ada membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia mengenai isu perkauman,”katanya.

sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi