Ahad, 14 Mac 2010

video Prof aziz Bari di Surau Taman Hiburan Ipoh (INSTITUSI KEHAKIMAN NEGARA MEMANG KRITIKAL )






harap maaf atas kualiti gambar yang kurang memuaskan....

PROF AZIZ BARI:INSTITUSI KEHAKIMAN NEGARA MEMANG KRITIKAL


PROF AZIZ Bari menegaskan bahawa kita atau rakyat perlu membuat sesuatu agar institusi kehakiman yang semakin teruk itu dapat kembali dimartabatkan .Begitulah yang diperkatakan ketika berucap di majlis wacana selamatkan kehakiman kita yang diadakan di surau taman hiburan tambun ipoh pada 13/3/2010 .yang turut diwakili oleh dr khairuddin selaku moderator majlis .Dia juga menunjukkan kerisauan akibat daripada apa yang telah berlaku pada institusi kehakiman sekarang .

Beliau juga berkata bermulanya sistem kehakiman kita mula dirosakkan apabila Tun Salleh Abbas dipecat pada tahun 1998 kerana selepas itu hakim –hakim dipilih oleh perdana menteri .contohnya kes vk lingam membuktikan bahawa hakim-hakim ditentukan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan .Dengan kata lain pihak eksklusif mempunyai kuasa penuh dalam perlantikan hakim –hakim .

Selain itu beliau berkata setakat kerajaan negeri sahaja yang berubah tidak cukup membuat perubahan dan sampai sekarang geran-geran sepatutnya dapat tidak diperolehi.wang royalty pula ditukar jadi wang ehsan ,nak buat pilihanraya kerajaan tempatan pun tidak dibenarkan begitu juga undang2 hudud di kelantan juga tidak dibenarkan .jadi pendek kata untuk membuat perubahan perlukan kerajaan pusat bertukar kerajaan .

Apa yang menarik ialah apakah perlu berbuat kezaliman demi untuk menyelamatkan orang melayu dan islam kononnya .Beliau juga menegaskan jika kita memahami islam, doa orang dizalimi tiada hijab di sisi allah jadi mana mungkin kezaliman itu dilakukan ,lekeh sangat ke melayu dan islam ini sampai terpaksa membuat zalim .adalah lebih perlu kita menunjukkan keadilan kita.

Yang lawak sekali sekarang apa yang mahkamah buat seandainya betul pun dipertikaikan ini menunjukkan kredibiliti mahkamah kian teruk .Selain itu di Malaysia mengamalkan kes-kes terpilih yang mana tidak kena pada pemerintah di biarkan dan ada kes-kes yang ditangguh begitu lama..contohnya kes royalty minyak di terengganu dari tahun 1999 sehingga sekarang masih tertangguh. kes mb perak mengambil masa setahun .

Dan bermacam –mcam lagi.

Dan ada satu kes pelabur Brazil yang datang ke perak untuk melabur di manjung sebanayak 10 billion tetapi telah menetapkan syarat jika ada masalah perundangan pihak pelabur tersebut meminta supaya diadili di mahkamah singapura dan pelabur tersebut akhirnya tidak melabur di perak kerana kerajaan perak sekarang tidak berani mengambil syarat tersebut kerana ia memalukan ..


1 ulasan:

Unknown berkata...

Saya rasa Dr.aziz Bari patut teruskan cara dia macam tu.Biar dia jadi orng tengah yang tak berparti.Biar dia jadi penasihat sebagai org Profesional.Rasanya dengan cara macam tu org atas pagar mudah nak terima kata-kata beliau.Samalah juga dgn Dr.Agus.

Chip,sy cadangkan ante buka channel kat youtube sebab lebih cepat nak upload kat youtube dari upload kat blog.Lepas upload kat youtube,copy letak kat blog.
kalau upload kat blog mmg lambat sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi