Rabu, 24 Mac 2010

Nasib melayu kg plentong tengah johor diusir ke hutan kesudahannya..



KUALA LUMPUR : Penduduk Kampung Baru Kuala
Lumpur dinasihatkan mengambil pengajaran berhubung rampasan tanah yang dilakukan oleh kerajaan BN terhadap tanah dan nasib orang Melayu di Kampung Plentong Tengah, Johor.

Ketua Angkatan Muda PKR Johor, Zabidie Abas berkata, situasi di kawasan Kampung Plentong kini ibarat Padang Jarak, Padang Tekukur apabila tanah yang dikosongkan selepas kerajaan negeri johor dan pemaju merobohkan perumahan rakyat hampir dua tahun lalu langsung tiada pembangunan sehingga kini.


Menurutnya, penduduk yang dihalau itu kini terpaksa menjadi peneroka Bandar semula dengan membina rumah sendiri di kawasan hutan tanpa sebarang kemudahan asas seperti air dan elektrik.

“Kawasan hutan yang digantikan kerajaan negeri di Bukit Dagang itu bukan sahaja tidak berbaloi kerana tiada kemudahan asas termasuklah bekalan air bersih, elektrik malah tanah itu suatu hari nanti tidak musthil untuk dirampas semula seperti mana yang mereka alami di Kampung Plentong Tengah sebelum ini,” katanya kepada erapakatan.com ketika dihubungi.

Beliau turut memberitahu, penduduk yang diusir ke hutan itu juga langsung tidak diberikan sebarang pampasan dan jauh sekali geran tanah.

Berbanding di kampung Plentong, katanya, kedudukan rumah perkampung Melayu itu cukup indah dan teratur dengan setiap rumah memiliki jarak tersendiri selain kemudahan jalan antara rumah dengan rumah yang lain mudah untuk dilalui berbanding kawasan hutan yang terpaksa diteroka semula.

“Sejumlah lebih 300 rumah yang melibatkan ribuan keluarga terlibat dalam rampasan tanah itu penghujung tahun 2008,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di Kampung Baru Kuala Lumpur mengambil iktibar dengan kes yang berlaku terhadap nasib orang Melayu di Kampung Plentong Tengah, Johor, sebuah negeri yang diperintah oleh BN lebih 50 tahun serta terkenal sebagai kubu kuat dan sejarah Umno.

“Kalau di negeri yang majoritinya Orang Melayu dan kubu kuat Umno pun dan amat setia dengan kerajaan Barisan Nasional boleh mereka halau, roboh rumah dan menindas orang Melayu, apatah lagi di Kuala Lumpur yang nilai tanahnya mencecah jutaan ringgit,” katanya.

Ditanya, mengapa penduduk Kampung Plentong begitu mudah tumbang dalam kes itu, beliau dengan tegas menyatakan;

“Penduduk Kampung Plentong terlalu baik dan sering bersangka baik dengan kerajaan BN yang akhirnya menyaksikan mereka ditipu berpuluh kali sehingga dihalau dan tanah mereka di rampas,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan isu rampasan tanah dan penindasan kerajaan BN di Johor cukup banyak untuk dibongkar dan terbaru situasi sama hampir berlaku di Kampung Majidie, di Johor Bahru.

“Di Kampung Majidie, baru baru ini penduduk yang dihalau keluar dari tanah mereka diberikan pampasan sekadar RM18,000, namun yang mereka terima hanyalah RM15,000 daripada orang tengah.

Apabila ditanya siapa orang tengah itu, dia ialah Ketua Cawangan Umno.

Inilah budaya Umno, dari pemimpin atasan sampai bawahan semuanya sama, kerap mengambil kesempatan dalam kesempitan” katanya dalam nada kesal.

Berikut ialah Kronologi peristiwa Kampung Baru Plentong Tengah, Johor :

1985 : Penduduk meneroka tanah. Pejabat Tanah memaklumkan bahawa tanah tersebut tiada pemilik.

1986 : KBPT terbentuk. Penduduk memohon hak milik tanah. Pejabat Tanah kata tanah dimiliki Syarikat Mosbert.

1987 : Tanah ditukar tangan kepada Jet Ace Co. dan seterusnya kepada Oakfield.

1989 : Penduduk kalah kepada Oakfield di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong.

1990 : Dalam usaha mendapatkan ehsan DYMM Sultan Johor, penduduk ditipu sebanyak RM 18,000.00 oleh orang tengah.

1991 : Atas cadangan wakil rakyat, penduduk membentuk tabung bertujuan membeli tanah daripada Oakfield.

1993 : Pembayaran pendahuluan penduduk dari wang tabung sebanyak RM 417,307.93 digelapkan oleh peguam.

1993 : Oakfield melakukan perobohan rumah. Atas suruhan wakil rakyat, penduduk melarikan diri ke dalam hutan. Selepas itu, penduduk membelanjakan RM 22,000.00 untuk membebaskan seorang penduduk yang tidak sempat lari dan ditahan oleh polis.

1993 : Atas cadangan peguam, penduduk menanggung kos menghantar wakil untuk memohon wang kebajikan atarabangsa di Filipina.

1993 : Penduduk menang kepada Oakfield di Mahkamah Rayuan KL dengan ketepikan perintah kommintal Mahkamah Tinggi JB.

1994 Oakfield setuju menjual tanah kepada penduduk. Perundingan pembelian tanah dimulakan.

1994 : Penduduk ditipu dengan "menghilangkan" RM 820,000.00 kepada Oakfield melalui peguam J. Sing & Co.

1995 : TNB membekalkan elektrik ke KBPT.

1996 : Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. ambil milik tanah KBPT. Pemaju menawarkan pampasan kepada penduduk yang berpindah. Penduduk tidak setuju kerana nilai pampasan itu tidak setimpal dan jauh lebih murah dari nilai semasa.

1997 : Penduduk buat aduan polis terhadap Oakfield yang jualkan tanah sedangkan proses jual-beli dengan penduduk tengah diproses.

1997 : Bukit Lenang saman penduduk. Bukit Lenang menolak cadangan tuntutan ganti rugi penduduk.

1997 : Penduduk membuat kempen tandatangan dan hantar surat kepada MB Johor atas sokongan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB).

1998 : Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong tetapi terus merayu.

1999 : Kerajaan Johor mengurniakan tanah Kg. Bukit Dagang kepada penduduk.

2000 : Bukit Lenang menjalankan operasi pengusiran secara paksa. Penduduk turun sama-sama dan berjaya mempertahankan rumah.

2000 : Penduduk menang kes di Mahkamah Rayuan KL.

2002 : Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB.

2007 : Penduduk kalah di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

2008 : Bukit Lenang mendapat notis perintah mahkamah.


Oktober 2008 : Hakim telah memberi surat kepada peguam yang menyatakan beliau cuti dan akan memulakan sebutan kes pada 29 Oktober 2008.

Bukit Lenang Development tidak menghirau surat daripada hakim dan menetapkan pengusiran secara paksa pada 16 Oktober 2008 dengan alasan ingin merobohkan rumah-rumah yang telah kosong.

16 Oktober 2008 : Penduduk Kg Baru Plentong Tengah mula berhimpun secara aman seawal 8 pagi. Pihak berkuasa telah membuat sekatan di jalan masuk utama kampung dan cuba berbincang dengan wakil penduduk.

Peguam yang mewakili penduduk kampung tiba dan membantah perobohan rumah berlaku kerana sikap Bukit Lenang Development yang tidak menghormati perintah mahkamah supaya menunggu sehingga tarikh sebutan kes. Bailif Bukit Lenang Dev. Menyatakan yang beliau mendapat perintah daripada mahkamah tanpa notis bertulis untuk masuk ke kampung dan melaksanakan perobohan.

Kekecohan berlaku dimana Pihak Berkuasa (FRU & PDRM) memaksa penduduk untuk bersurai.

Penduduk enggan bersurai dan kekerasan telah digunakan oleh Pihak Berkuasa untuk menyuraikan penduduk.

Pihak berkuasa masuk ke kampung untuk mengiringi jentera-jentera perobohan untuk melaksanakan perobohan rumah-rumah yang tidak berpenghuni lebih kurang 11.45 pagi.

Akhirnya nasib orang Melayu di kampung itu dihalau oleh kerajaan negeri bangsanya sendiri yang kononnya menjaga orang Melayu tetapi bukan sahaja merampas tanah orang Melayu tetapi mengusir mereka ke hutan tanpa memberi pampasan dan jauh sekali geran tanah

Melayu Johor diusir ke hutan.. sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi