Ahad, 21 Mac 2010

Perlembagaan Negara dicacamarbakan oleh UMno



Tuduhan melulu Ahli Parlimen UMNO yang mendakwa konsep Middle Malaysia yang dibawa DAP tidak menepati perlembagaan persekutuan dibidas Ahli Parlimen balik Pulau Yusmadi Yusoff.


Yusmadi yang juga seorang peguam sebaliknya memulangkan paku buah keras kepada ahli parlimen pro kerajaan itu.

Sidang Parlimen 18 Mac lalu tegang seketika apabila Penasihat DAP Lim Kit Siang mengaju 3 soalan mudah mengenai konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Najib Razak.

Suasana kecoh apabila ahli parlimen UMNO mengelak untuk menjawab pendirian mereka terhadap konsep tersebut.

Yusmadi kemudian bangun menyorot perhatian dewan kepada pindaan perlembagaan yang telah ratusan kali ditukar.

"Yang mempunyai kuasa untuk meminda adalah sebuah parti politik yang mempunyai 2 per 3. Memang terbukti dalam sejarah sebelum 8 Mac 2008 hanyalah Barisan Nasional. Kalau nak dinilai Perlembagaan Malaysia daripada hari awal sehinggalah hai ini, sehingga hilangnya kuasa raja, hilangnya kuasa mahkamah, hilangnya hak- hak asasi, kerana adanya Akta Polis, itu disebabkan oleh siapa ?," katanya.

Beliau berkata hakikatnya, UMNO Barisan Nasional harus bertanggungjawab diatas kecelaruan perlembagaan yang kini dilihat cacamarba di mata dunia.

"Tuduhan melulu mengatakan DAP tidak akur pada perlembagaan undang- undang. Itu tidak. Apatah lagi saya seorang peguam perlembagaan. Perlembagaan itu adalah satu dokumen yang boleh dipinda. Kita boleh pinda perlembagaan. Itulah sifat perlembagaan. Bagi saya yang meminda dan terpindanya perlembagaan disebabkan UMNO Barisan Nasional. Itu fakta," ujarnya lagi.
-tvselangor-

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi