Isnin, 8 Mac 2010

PANAS! Pendedahan setahun yang lalu: Siapakah sebenarnya Saiful Bukhari?



Oleh Warkahdaily

Sehingga kini, ramai yang terkeliru berhubung status Saiful Bukhari, yang selama ini kerap dianggap sebagai pembantu peribadi kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rekod menunjukkan, setahun yang lalu, iaitu beberapa hari selepas Saiful memfitnah Anwar berhubung tuduhan liwat, Anwar ada mengadakan sidang media berhubung status Saiful di pejabat beliau berhubung status pemuda itu yang juga gagal menamatkan pengajiannya di salah sebuah universiti di negara ini.

Dalam sidang akhbar itu, Anwar menjelaskan bagaimana Saiful mula bekerja di pejabat beliau dan turut menjelaskan Saiful sekadar sukarelawan PKR dan tidak menerima gaji tetap, jauh sekali sebagai pembantu peribadinya.

Berikut ialah kenyataan PENUH Anwar dalam sidang akhbar tersebut yang turut mendapat liputan wartawan dari dalam dan luar negara.

Pengakuan bersumpah, dengan keterangan tambahan yang akan kita dedahkan dalam tempoh terdekat.

Di mana, Saiful Bukhari punyai hubungan yang rapat dan akrab, dengan pegawai khas Datuk Najib (Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia), Khairul Anas, Rosmah (Rosmah Mansur, isteri Najib) malah Datuk Najib sendiri.

Beliau (Saiful Bukhari) bukan pegawai peribadi saya atau personal assistant seperti mana yang didakwa. Saya, Chief of Staff di pejabat saya ialah saudara Ibrahim Tan Sri Yakub.

Semasa pilihanraya, tiga-tiga pegawai kanan saya, Nik Nazmi (Nik Nazmi Nik Ahmad, kini Ahli Dewan Undangan Negeri, Seri Setia), Sim (Sim Tze Szin, kini Adun Pantai Jerjak), Nurul Izzah (kini Ahli Parlimen Lembah Pantai), bertanding dalam pilihanraya.

Nik Nazmi ambil seorang staf bernama Rahimi dan dalam kelam kabut itu dan Rahimi ambil Saiful, yang jadi Sukarelawan, datang nak jadi pekerja sukarela, membantu Rahimi dan Ibrahim.

Itulah konteks beliau, tidak diberi pendapatan tetap, tidak diangkat sebagai pegawai tetap.

Kita tidak tahu, walaupun pada masa itu ada dakwaan sebaliknya, tetapi nyata beliau punyai hubungan akrab malah dipercayai mendapat dukungan yang kuat dari pejabat Datuk Seri Najib,” jelas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, peguam Anwar, R. Sivarasa Rasiah, pimpinan PKR dan penyokong beliau.

1 ulasan:

Serupademo berkata...

ANDA BOLEH MELAYARI INTERNET/BLOG SAMBIL MENDENGAR CERAMAH AGAMA DI http:serupasekala.blogspot.com MUGA MUGA BERTAMBAH LAGI ILMU AGAMA.
BANYAK CERAMAH USTAZ TERSOHOR SAPERT TG NIK AZIZ ,USTAZ I ISMAIL KAMUS, USTAZ SHAMSURI. USTAZ AZHAR,USTAZ KAZIM ELIAS DAN LAIN LAIN LAGI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi